Wednesday, March 18, 2009

Kefahaman Seorang Sahabat:Suatu Muhasabah

Entri ni saya ambil dari http://www.rausyanfikir.com

Perkongsian Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor on Khamis 11 Dis 2008


Sahabat saya meniupkan semangat yang padu kepada saya. Katanya, sudah tiba masanya untuk kita merapati golongan ilmuan bagi memperkasakan nilai kebijaksanaan kita. Saya bersetuju, malah sangat sangat bersetuju. Sudah lama saya melaungkan gagasan ini namun nampaknya kurang bersambut.

Saya pun lembap juga. Sepatutnya saya jangan menunggu orang bersetuju atau tidak. Saya harus pergi dahulu, dan buktikan. Saya mesti merapati golongan ilmuan ini dahulu, sebagaimana sekarang saya sedang merapati golongan murabbi di Kelantan. Murabbi di Kelantan sangat berilmu, saya rasa sangat seronok.

Apabila saya ke rumah Ustaz Yahya Othman baru-baru ini, beliau bangun menymbut saya. Beliau ingat saya. Dulu pun beliau ingat saya. Kini pun beliau masih ingat. Harap esok lusa, beliau tetap ingat. Apabila ingin berpisah, beliau perkenalkan saya kepada orang lain, ini orang kanan….
Kita takut merapati ulama dan ilmuan, walhal merekalah yang paling mudah dirapati. Tawadhu’ itu sikap dan pakaian mereka. Mereka ibarat padi, tunduk apabila semakin berisi. Sudah ramai orang yang saya takut untuk rapati gara-gara ilmu mereka, rupanya mereka sangat lembut dan ramah. Yang tidak ramah pun, sangat lembut. Bila ceramah, menakutkan. Bila berbicara, aduh, sangat lembut dan menyenangkan.


Saya masih ingat kenangan malam tu, malam yang membuka satu lagi paradigma baru dalam diri saya. Saya bersama tiga empat orang sahabat sedang berbincang tentang strategi mengukuhkan lagi penguasaan gerakan Islam masa depan. Kami berbincang tentang Negara, dalam masa yang sama membincangkan tentang kampus. Ada dua epilog bicara yang mengubah minda saya. Satu, ia terpacul keluar dari mulut seorang yang lain, dan satu ia terkeluar daripada keazaman saya sendiri selepas terkena percikan semangat yang lain pada malam yang bertuah itu.

Pertama, kita bukan lagi group strategi semata-mata, strategi hanyalah skill dan kepintaran, sebaliknya kita adalah pemimpin Negara masa depan. Saya teruja sama sekali. Ya, strategi hanyalah satu kepintaran. Benar juga pandangan sebegitu. Lantas, saya pula menyebut, bulan tiga tahun depan (2009), ana sudah tidak mahu menjadikan kampus sebagai soal utama perbincangan kita, sebaliknya kita mahu berbncang soal Negara dan dunia. Tinggalkan kampus, ambil jiwa Negara.

Semalam, sahabat saya mengirimkan idea baru kepada saya, kuasai ISTAC,* atau dalam pengertian lain menurut syarah saya, rapatilah golongan intelektual dan kuasai kemahiran berfikir mereka. Ya, ia membuatkan saya kian teruja dan terkesima.

Saya sudah ingin meninggalkan dunia kampus, tidak lama lagi kata saya kepada Ustaz Ridhuan. Saya ingin melangkah terus ke depan. Saya tidak suka alam sekolah, saya juga ingin tiinggalkan alam kampus. Tetapi jiwa tarbiah, tetap meresap dalam segenap pelosok. Tarbiah itu suatu perkara yang lain. Strategi politik, orang lain lah yang ambil. Saya ambil bahagian tarbiah.
Bila saya berkecimpung dalam dunia sekolah dengan mengadakan program untuk pelajar (ayat ini hanya untuk saya, harap yang lain tidak terasa), saya rasakan pemikiran saya akan tersekat. Saya tidak akan puas dengan menjadi budak sekolah. Saya ingin mendewasakan pemikiran saya sepantas mungkin. Jika ada program sekolah, saya hanya ingin menjadi pengurus, bukan orang yang turun berprogram. Memberi pengisian pun kalau boleh saya ingin elakkan. Cuma setakat ini saya masih turun untuk memberikan pengisian. Satu hari, saya ingin tinggalkan. Anda mesti memahami, tinggalkan bukan bermaksud, saya tidak akan terlibat. Tinggalkan maksudnya, saya tidak mahu pemikiran saya masih kekal berada di situ. Tetapi jasa mesti ditabur, ilmu mesti dicucur, pengalaman mesti dikongsi.


Pemikiran saya mesti luas. Justeru, saya belajar berfikir dan belajar menganalisis kebijaksanaan orang lain. Sebab itulah saya berani menentang gerakan arus sekarang. Orang suka belajar Usul 20 yang dibawa Ikhwan, saya pula tidak suka. Orang suka memahami teori Maratibul Amal, saya pula tidak suka. Saya menganalisis dan berfikir, rupanya kita banyak mencedok pemikiran al-Banna tanpa mengambil kefahaman Rukun Bai’ah yang pertama iaitu Daya Kefahaman.** Nah, situasi kita, gerakan kita, kita lebih memahaminya berbanding al-Banna. Jadi, mengapa kita masih sibuk-sibuk dengan pemikiran puluhan tahun yang lepas yang bermula di Mesir. Jiwa Mesir dengan jiwa Melayu berbeza.

Maafkan saya, sudah saya jelaskan, saya cuma belajar menganalisis. Jika salah, tidak mengapalah. Saya akan belajar lagi.

Kebijaksanaan bagi saya akan terlahir apabila kita bersama dengan orang-orang yang memilikinya. Tetapi jangan sampai tertakluk dengan pemikiran mereka, tetapi analisis. Saya berforum bersama Ustazah Sakinah, saya ada tidak bersetuju dengan pandangan mereka meskipun umumnya berpegang begitu. Mungkin pemikiran Kuala Lumpur berbeza dengan pemikiran Kelantan. Saya juga ada tidak bersetuju dengan pemikiran Ramadhan Fitri, tetapi apakah ini salah dalam Islam? Tidak salah, malah inilah kemurnian berfikir yang sepatutnya disemai. Malah jika satu ketika saya tidak bersetuju dengan Tuan Guru Nik Aziz, apakah ini salah dalam Islam?

Tuan Guru bukannya Nabi. Tetapi beliau seorang ahli hikmah yang mempunyai pengikut yang sangat ramai. Jka Anwar disentuh, orang berdemonstrasi sehingga mencetuskan reformasi. Jika Tuan Guru, saya tidak tahu apa yang akan menimpa Malaysia. Sebab itu mereka tidak berani menyentuh Tuan Guru. Bahaya, bahaya. Tetapi, apakah salah saya berbeza pandangan dengan beliau? Sudah tentu tidak salah.

Tarbiah melahirkan orang yang bijaksana, yang mampu berijtihad. Meskipun al-Syafei murid kepada Imam Malik, tetapi ia tidak menghalang al-Syafei mengasaskan mazhab baru, begitu juga dengan Imam Ahmad. Inilah nilai kebijaksanaan dan tidaklah pula Imam Malik menghalang al-Syafei. Malah Imam Malik sangat menyintai perbezaan pendapat dalam mencari kebenaran hakiki.

Balik KL nanti, saya ingin bertemu dengan golongan ilmuan, saya mahu kembangkan daya berfikir saya sepantas mungkin.

Komentar:
* Tak silap saya, ini mungkin respon Ustaz Dzul selepas saya menghantar beberapa mesej tentang ISTAC dan Prof. al-Attas.
** Ini banyak berlaku kerana tarbiyah yang berbentuk indoktrinasi tanpa memberi ruang untuk ahli berfikir. Saya akan bahas perkara ini dalam entri akan datang. Setakat ini, kajian peribadi yang saya lakukan ialah bahawa kenapa ahli futur selepas keluar kampus kerana masalah ini juga.



Begitulah. Celikkan mata, luaskan minda kalian. Saya faham apa yang dikatakan penulis. Adakah anda selaku manusia yang akan mencelikkan anak didik masih liat untuk mencelikkan minda sendiri. tepuk dada tanya iman, ukur ilmu... (andai cetek, carilah dulu jangan membebal lagi). Saya sayang jemaah, dan saya sangat BENCIKAN PENYELEWENGAN! Penyelewengan anugerah masa, kekacauan adab (akhlak), dan kekaburan matlamat.

Wahai al Muaddibin. Uruslah tiga perkara; T.A.G

T= Time, Masa= Lakukan yang awla, bezakan yang afdhal,hancurkan mungkar yang bersarang dalam diri.

A= Attitude, akhlak = Tegakkan Islam dalam diri, nescaya Islam akan tertegak dengan mudahnya di sekitarmu. ( Sabar dan kaji selidik akhlak al muaddib)

G= Goal, matlamat = Dongak jauh ke hadapan! Kita Al Muaddib, tempat kita di mana-mana dan masa kita sampai bila-bila. Dan ingatlah duhai sahabat, sesiapa sahaja layak diiktiraf al muaddib tidak terhad kepada yang bergelar guru sahaja kerana tidak semua guru mahu bertindak sebagai al muaddib.

No comments:

Post a Comment

Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.

Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .












Inilah tugas seorang Da’e. Mendidik insan, memanusiakan. (berusaha membentuk manusia yang kembali kepada fitrahnya- tunduk dan patuh kepada RabbNya)
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.





Apa tugas seorang manusia?

1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e





Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.






Dan wahai AL Muaddib, tugas yang tertulis untuk kita adalah berjuang membentuk manusia yang berfungsi sebagai hamba, khalifah dan da’e yang baik. Itulah tugas kita dari satu sudut sebagai mata rantai perjuangan.






Menimba Ilmu, menjaga akhlak, menyalurkan ilmu, membentuk dan mendidik akhlak diri dan mad’u (anak-anak, khususnya kepada Muaddib yang akan berjuang di bidang pendidikan) bukanlah suatu usaha yang mudah.






Kesabaran, Istiqamah, kemahuan dan Azam, serta kesedaran tanggungjawab menjalankan amanah ini perlu dipastikan sentiasa segar buat jiwa, sesegar cinta kita pada perjuangan, jihad.. Ya, dalam konteks yang sama, jihad kita ialah untuk memanusiakan manusia.,Memastikan anak-anak ini mendapat tarbiyyah di peringkat awal supaya laluan mereka untuk menjadi jundiy yang berdiri teguh di saff tenteraNya menjadi mudah, ..InsyaAllah, Walau apapun, hanya Allah yang layak memudahkan segala urusan hambanya, milik Allahlah bagi setiap jiwa, ruh, jasad, niat dan usaha kita.







Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.




Sama-samalah kita berusaha menjernihkan anak-anak yang akan kita didik ini dengan kefahaman Islam yang sejati.






InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…




“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “


( Hadith Sahih)