Sakitnya kepalaku belum reda gara-gara tidak memejamkan mata sejak 27 jam yang lalu.Itupun setelah bangun dari tidurku selama satu jam pada 5 pagi rabu yang lepas + penat drive 27 kilometer ke sekolah setiap hari sepanjang minggu + tugasan sekolah relif kelas,handle gerko, menyiapkan portfolio bagi tiga tugasan KKBI, draf ujian murid, pengumpulan maklumat bagi setiap partition portfolio praktikum, mendokumentasikan aktiviti sepanjang keberadaan di sekolah,pencarian sumber pnp,kawalan amalan harian,dll.
Segalanya memerlukan pengurusan.Urus masa perlu untuk mengawlakan tindakan yang fardu dan menta'khirkan tindakan yang berhukumkan harus ( itupun kalau sempat, kebanyakan masa hanya sempat diluangkan setakat perkara yang berbentuk keperluan), walaupun pada zahirkan dia seakan-akan perkara yang perlu diutamakan kerana keterikatan masa. Namun itu bukanlah alasan untuk menggagalkan keistiqamahan amalan kerana masa itu milik Allah.
Urus perasaan dengan menukar mode seorang al muaddib yang tegas dalam bilik darjah ke mode seorang 'pelajar' praktikum yang baru di kalangan guru-guru senior di sekolah di celah-celah tekanan timbunan tugasan Institut dan sekolah juga bukanlah mudah . Menjadi seorang yang authoritarian dikalangan murid 'kelas belakang' dan seorang yang demokratik di kalangan murid kelas terkehadapan juga melibatkan pengurusan diri yang istiqamah dan bersifat tega.
Sungguh, bulan praktikum adalah tamrin buat diri. Syukur padaMu ya Allah kerana melatih semua juzuk keperluan muslim sejati terutamanya tarbiyyah ruhiyyah dan jasadiyyah buat diri ini sekaligus menganjak jauh sempadan kelemahan diri yang berlokasikan mindset.Alhamdulillah..
Sungguh, unsur-unsur tarbiyyah rabbaniyyah ini menambahlebarkan kapasiti kekuatan untuk berjuang dengan tabah.Seawal celikku di pagi setiap hari,sakit-sakit dan lenguh badan memberontak untuk rehat tetapi akal mengingatkan dan hati memujuk untuk menghadam bait-bait ini:
" Mengapa aku perlu bersusah begini?- kerana ini landasanku untuk mendekati 'Tuan' aku. Semakin hari semakin dekat! Kerana aku tahu amal aku takkan dilakukan orang lain maka aku perlu menyibukkan diri untuk mengumpul bekal.Mendidik tugas ideal dari Allah untukku,
Tetapkan kakimu di jalan ini kerana Allah!
Bangun dan sambut tangan anak-anak didikmu!


No comments:
Post a Comment