Saturday, May 16, 2009

Pentadbiran Ujian

SEBELUM PELAKSANAAN UJIAN

(Langkah Am Penyediaan Item Ujian)

1) Menentukan tujuan ujian

Dalam pembentukan soalan ujian terhadap pelajar Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, saya telah menetapkan tujuan khas iaitu mengesan kemampuan pelajar tentang penguasaanya terhadap pembelajaran yang telah dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan sepanjang sesi praktikum tersebut.

2) Menentukan isi kandungan ujian.

Berdasarkan tujuan ujian yang telah ditetapkan, isi kandungan bagi tajuk-tajuk tertentu telah dipilih. Isi kandungan tersebut mengandungi kemahiran-kemahiran dalam satu atau bebarapa topik yang telah dipelajari. Kemhiran-kemahiran yang dipilih sebagai isi kandungan pula adalah berdasarkan sukatan pelajarn.

Aras kemahiran yang dimaksudkan ialah mengikut enam aras kemahiran Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan, aras kefahaman, aras aplikasi, aras analisis, aras sintesis dan aras penilaian. Selain itu, aras kemahiran telah ditentukan khusus untuk setiap item atau soalan ujian.


3) Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian.

Setelah topik-topik dan aras kemahiran ditentukan, Jadual Spesifikasi ujian disediakan untuk memastikan pemberatan yang wajar bagi topik-topik serta aras kemahirannya sesuai dengan kebolehan murid-murid keseluruhannya.

Bentuk jadual spesifikasi ujian mengandungi dua perkara penting iaitu topik-topik disusun dalam pasdi mencancang dan aras kemahiran disusun dalam paksi mengufuk. Bilangan item soalan dinyatakan dalam petak-petak Jadula Spesifikasi Ujian mengikut aras kemahiran yang ditetapkan.

Dengan adanya Jadual Spesifikasi Ujian, item/soalan yang dibina dapat dipastikan untuk mempunyai ciri-ciri ujian yang baik seperti cirri keesahan dan kebolehpercayaan. Ia juga memastikan kemahiran-kemahiran adapat diuji secara menyeluruh serta pemberatannya adalah mengikut aras kemahiran tersebut dapat dibahagikan secara berpatutan.


4) Menulis item/soalan berdasarkan item ujian.

Berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah dibentuk, item/ soalan dibentuk dan dibahagikan kepada soalan berbentuk objektif dan soalan berbentuk sumatif. Pemilihan ujian subjektif atatu ujian objektif sebagai bentuk ujian bergantung kepada tujuan ujian itu.

Pada amnya, jika tujuan ujian adalah untuk penilaian sumatif, ujian objektif biasanya digunakan kerana ujian jenis ini dapat menguji banyak topik dalam tempoh masa yang singkat. Sekiranya tujuan ialah menguji kebolehan calon menyelesaikan masalah dengan langkah-langkah penyelesaian secara bersistematik atau menguji kemahiran menulis, maka ujian subjektif adalah wajar digunakan.

5) Menyemak Item/ soalan

Setelah item/ soalan selesai digubal, item/ soalan tersebut disemak supaya bebas dari sebarang kesilapan sebelum ujian ditadbirkan. Dalam hal ini, item soalan disemak dari segi bentuk, isi dan bahasa yang digunakan untuk menggubal soalan. Di samping itu, arahan perlu dipastikan jelas dan mudah difahami dan masa peruntukan adalah berpatutan dengan bilangan soalan. Item soalan juga dipastikan disusun dari mudah ke sukar.


6) Menilai Item Ujian

  • Semakan dan penilaian terhadap perkara-perkara berikut:
  • Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami pelajar.
  • Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumatat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.
  • Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan seimbang untuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.
  • Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mencukupi dan seimbang untuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.
  • Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

6) Membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.

Kajian rintis bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada pelajar yang setara dari segu keupayaan dengan pelajar sasaran. Biasanya, kajian rintis tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian. Bagimanapun, kajian rintis perlu dibuat untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam bank soalan. Kajian rintis begini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:

  • Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajardan tidak ada kesilapan ejaan/ istilah yang digunakan.
  • Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.
  • Soalan –soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar guru dan tidak ada soalan yang ‘terkeluar’ daripada kandungan tersebut.
  • Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendak soalan.


SEMASA PELAKSANAAN UJIAN


1) Memastikan tempat pelaksanaan ujian berada dalam keadaan yang baik.

Sepertimana bilik darjah yang kondusif diperlukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah, begitulah juga suasana yang kondusif diperlukan semasa ujian dijalankan supaya para pelajar dapat memberikan tumpuan semasa menjawab soalan. Para pelajar akan berada dalam keadaan berfikir yang kritikal yang memerlukan kepada suasana yang tenteram semasa menjawab soalan. Adalah menjadi tanggungjawab guru bagi membina suasana ini dengan mengambilkira aspek susun atur kerusi meja dan aspek kepentingan kemudahan pelajar seperti penyediaan jam di dalam dewan atau kelas.


2) Memastikan pengawas mengambil tempat atau posisi yang betul bagi mengawas perjalanan peperiksaan.

Dalam pentadbiran ujian yang sebenar, pengawas perlu ditempatkan di sudut-sudut tertentu bertujuan mengawal sebarang pergerakan atau tingkah laku pelajar semasa menjawab soalan. Sebelum itu, pengawas peperiksaan perlulah mengadakan perbincangan sesama mereka untuk membahagikan tugas pengawasan amsing-masing semasa peperiksaan dijalankan.


3) Mengedarkan soalan peperiksaan dengan angka giliran yang betul.

Soalan peperiksaan diedarkan mengikut susunan para pelajar untuk memudahkan guru memeriksa jawapan murid dengan sistematik. Biasanya, Kedudukan para pelajar di dalam dewan peperiksaan ditentukan berdasarkan angka giliran manakala peperiksaan yang dijalankan di dalam kelas ditentukan berdasarkan turutan nama.


4) Membuat taklimat ringkas tentang kertas soalan yang akan dijawab oleh pelajar.

Sebelum peperiksaan dimulakan, satu taklimat ringkas kepada para pelajar perlu diadakan. Isi taklimat adalah pengumuman tentang arahan-arahan yang terdapat dalam kertas soalan, peraturan-peraturan peperiksaan, peruntukan masa, pembetulan soalan jika ada, dan semakan soalan serta muka surat. Taklimat ringkas ini penting bagi memastikan pelajar dapat menjawab soalan tanpa sebarang gangguan dari kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak sekolah. Sebarang kesilapan soalan boleh menjejaskan markah pelajar atau keseluruhan soalan ujian yang disediakan.


5) Mengawas tingkah laku pelajar semasa ujian dilaksanakan.

Disiplin pelajar adalah penting semasa pelaksanaan ujian. Bagi memastikan diziplin pelajar terjaga semasa perjalanan ujian, pengawas peperiksaan bertanggungjawab mengawas tingkah laku pelajar. Sebarang tindakan yang mencurikan perlulah dilaporkan kepada ketua pengawas yang bertugas. Pelajar yang disyaki menuri dalam peperiksaan hendahlak dikenakan tindakan disiplin seperti yang telah ditetapkan dalam mesyuarat. Biasanya, pelajar yang ditangkap meniru dalam peperiksaan tidak dibenarkan meneruskan pepriksaanya dan akan dikenakan tindakan disiplin oleh guru disiplin.

6) Peka dengan keperluan pelajar.

Guru perlu peka terhadap sebarang permintaan pelajar seperti kertas tambahan. Biasanya, kertas jawapan untuk menjawab bahagian esei akan diberikan kepada pelajar dengan secukupnya, tetapi sekiranya pelajar meminta kertas tambahan, guru perlu memberikannya kerana ia adalah hak pelajar.


7) Mengumumkan perjalanan masa menjawab soalan.

Masa baki perlulah diumumkan kepada pelajar supaya mereka berjaga-jaga dengan perjalanan masa. Ini bagi mengelakkan sikap bertangguh-tangguh dalam menjawab soalan dan bagi membantu pelajar membuat perancangan atau pembahagian masa dalam menjawab soalan yang terbahagi kepada bahagian-bahagian objektif dan subjektif.

Biasanya, 10 minit sebelum masa menjawab tamat, guru atatu pengawas akan mengumumkannya kepada pelajar supaya pelajar dapat mempertimbangkan peruntukan masa baki untuk menyelesaikan kesemua soalan yang disediakan.



8) Mengumunkan masa tamat menjawab peperiksaan dan memastikan pelajar mematuhi arahan tersebut.

Setelah tamat masa menjawab soalan, guru perlu mengumumkannya dengan jelas. Setiap pelajar mestilah dipastikan meletakkan pensel atau pen yang digunakan untuk menjawab. Sebarang tindakan melanggar arahan oleh pelajar mestilah ditegur supaya guru bersikap adil kepada semua pelajar.

9) Mengutip kertas soalan mengikut tertib kelas atau angka giliran.

Kertas soalan hendaklah dikutip mengikut tertib. Sepertimana yang diterangkan diatas, ia penting bagi memastikan pemeriksaan kertas jawapan dan pemarkahan dilaksanakan dengan sistematik. Guru juga mestilah memastikan bahawa tidak ada kertas soalan yang tercicir semasa ia dikutip. Semasa menjalankan ujian, kertas soalan dikutip berdasarkan tempat duduk pelajar dan disusun mengikut senarai nama yang telag disedikan bagi memudahkan saya membuat jadual pemarkahan setelah diperiksa dan dianalisis keputusan peperiksaan.


10) Membuat kompilasi berdasarkan pembahagian kelas dan menyimpan kertas-kertas tersebut untuk disemak.

Setelah kertas jawapan atau kertas soalan yang dijawab dikumpulkan, guru atau pengawas akan mengasingkannya mengikut kelas atau subjek atau angka giliran.. Semasa kertas soalan ini dikutip dan dikumpul mengikut klasifikasinya yang telah ditetapkan, disiplin pelajar masih perlu dikawal supaya tidak berlaku sebarang gangguan terhadap tugas guru pada masa tersebut.

11) Mengumamkan masa bersurai dari kelas atau dewan.

Setelah guru selesai mengumpulkan semua kertas jawapan pelajar, pengumuman bersurai dari dewan peperiksaan dilakukan. Sebelum itu,para diminta untuk membersihkan tempat duduk masing-masing dari kotoran serta membuang atau mengumpulkan kertas contengan untuk dibuang.


SELEPAS PELAKSANAAN UJIAN

1) Mengumpul kertas soalan dan memeriksa jawapan berdasarkan skema jawapan.


Selepas ujian dijalankan dan kertas jawapan dikutip, guru melaksanakan tugas setrusnya, iaitu memeriksa skrip jawapan. Beberapa perkara yang diberi perhatian semasa memriksa skrip jawapan seperti bentuk ujian yang diberikan, jawapan yang diberikan oelh pelajar sama ada dalam kertas jawapan yang disediakan atau jawapan dalam bentuk esei. Bagi jawapan berbentuk objektif, adalah mudah bagi guru memeriksa dengan menebuk kertas jawapan ‘master’ dan seterusnya menanda pada skrip jawapan pelajar.


Sekiranya jawapan dibuat pada boring OMR adalah lebih mudah memeriksa boring jawapan melalui mesin memproses boring jawapan OMR. Sebaliknya, jawapan yang berbentuk esei pula memerlukan guru memeriksanya dengan teliti dan tidak wajar diperiksa oleh sesiapa sahaja, berbanding jawapan berbentuk objektif. Lazimnya, pemeriksaan skrip jawapan berbentuk esei memrlukan guru pakar dalam mata pelajaran tertentu.

Jawapan yang perlu diperiksa oleh guru dalam ujian yang telah dijalankan adalah berbentuk jawapan di atas kertas soalan . Dalam kertas soalan, runag jawapan telah disediakan. Guru hanya perlu meneliti jawapan murid berdasarkan pilihan jawapan yang telah ditandakan pada bahagian objektif dan jawapan yang telah ditulis pada bahagian subjektif.

  • Skema jawapan.
Skor yang diperolehi seorang pelajar adalah bergantung kepada prestasi/ kualiti jawapan yang diberikan bagi setiap soalan yang dijawab. Di samping prestasi jawapan, skor yang diperolehi juga dipengaruhi cara pemarkahan oleh guru atatu pemeriksa. Pada umumnya, dalam sesuatu peperiksaan, guru diminta mnyediakan skema pemarkahan sebagai panduan semasa memeriksa skrip jawapan. Skema pemarkahan ini perlu disediakan lebih awal untuk membantu guru mengenalpasti soalan yang tidak sesuai, yang perlu dibaiki atau dibuang.

2) Memberikan markah yang sewajarnya kepada pelajar.

Markah yang sewajarnya perlulah diberikan kepada pelajr dengan adil. Semasa penyediaan markah, sebuah jadual pemarkahan telah dibina. Markah dikira berdasarkan bilangan jawapan yang betul dan markah keseluruhan adalah hasil tambah peruntukan markah bagi jawapan yang betul.

3) Membincangkan hasil keputusan dan membuat penilaian keseluruhan terhadap prestasi

Biasanya,setelah hasil keputusan dibentung dalam menyuarat atau satu sesi pertemuan khas, prestasi pelajar dibincang dan dinilai. Setiap pelajar seharusnya dinilai dengan kritikal dari setiap aspek yang berkaitan. Hasil penilaian direkodkan oleh guru sebagai rujukan dalam membincangkan tindakan lanjut yang perlu dilakukan untuk memperbaiki prestasi pencapaian.

No comments:

Post a Comment

Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.

Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .












Inilah tugas seorang Da’e. Mendidik insan, memanusiakan. (berusaha membentuk manusia yang kembali kepada fitrahnya- tunduk dan patuh kepada RabbNya)
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.





Apa tugas seorang manusia?

1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e





Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.






Dan wahai AL Muaddib, tugas yang tertulis untuk kita adalah berjuang membentuk manusia yang berfungsi sebagai hamba, khalifah dan da’e yang baik. Itulah tugas kita dari satu sudut sebagai mata rantai perjuangan.






Menimba Ilmu, menjaga akhlak, menyalurkan ilmu, membentuk dan mendidik akhlak diri dan mad’u (anak-anak, khususnya kepada Muaddib yang akan berjuang di bidang pendidikan) bukanlah suatu usaha yang mudah.






Kesabaran, Istiqamah, kemahuan dan Azam, serta kesedaran tanggungjawab menjalankan amanah ini perlu dipastikan sentiasa segar buat jiwa, sesegar cinta kita pada perjuangan, jihad.. Ya, dalam konteks yang sama, jihad kita ialah untuk memanusiakan manusia.,Memastikan anak-anak ini mendapat tarbiyyah di peringkat awal supaya laluan mereka untuk menjadi jundiy yang berdiri teguh di saff tenteraNya menjadi mudah, ..InsyaAllah, Walau apapun, hanya Allah yang layak memudahkan segala urusan hambanya, milik Allahlah bagi setiap jiwa, ruh, jasad, niat dan usaha kita.







Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.




Sama-samalah kita berusaha menjernihkan anak-anak yang akan kita didik ini dengan kefahaman Islam yang sejati.






InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…




“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “


( Hadith Sahih)