Wednesday, November 25, 2009

Jiwa Sabar dan Syukur

"Jangan letakkan nilai kamu pada perkara yang kamu tak dapat kawal"- Abu Saif.

" Setiap yang mahu berjaya pasti akan diuji"


Hari ini, jiwaku amat sensitif. Entah mengapa aku sendiri tidak mengerti. Masalah kecil dan sangat remeh sahaja mampu membuatkan air mataku mengalir lagi. Mungkin kerana jiwa ini dalam kondisi lemah.Ya, terlalu lemah.

Jam 3.30 petang tadi, adikku Muhaymin menelefonku dari sekolah setelah dia tamat menjawab soalan peperiksaan SPMnya. Dia berpesan kepadaku supaya mengemas rumah dan buat apa yang patut untuk menyambut kedatangan sahabatnya Cop yang akan bermalam di rumah kami.

Sememangnya aku amat menyukai kedatangn Cop ke rumah. Dia kulihat satu-satunya sahabat adikku yang beriman. Aku bersyukur adikku punya sahabat sepertinya.

Aku mula bersungguh mengemas rumahku selepas menunaikan solat asar. Aku selongkar bilik adikku yang macam tongkang pecah. Bermula dari katilnya, aku campak semua pakaiannya , bantal dan selimutnya yang bergumpal ke sisi katil. Cadarnya aku ratakan, selimutnya aku lipat, bantalnya aku tepuk supaya rata dan kemas. Frame dan gambar-gambarnya aku betulkan posisinya. Buku-buku dan kertas-kertas yang bersepah-sepah ditepi katil aku susun di satu sudut sehingga benar-benar kemas.

Kemudian, aku beralih ke meja belajarnya. Segala bentuk wayar, headphone, laptop, perfume, bingkai2 gambar yang kecil, lampu, cebisan-cebisan nota dan kraftangan-kraftangan aku susun supaya nampak kemas. Kemudian aku beralih kepada almari bajunya. Apabila aku kuak sahaja pintu almarinya, masyaAllah, jatuh semua baju yang dilonggokkan di dalamnya tertimpa-timpa ke lantai. Semua baju itu aku kumpulkan setempat termasuk baju-baju yang kelihatan seperti berlipat tapi sudah tidak teratur susunannya. Aku lipat semua baju itu. Kemudian, aku kelaskan baju-baju itu mengikut kegunaan termasuk pakaian-pakaian peribadinya. Setelah itu aku susun semuanya di dalam almari dan menggantung sebahagian dari baju2 itu sepertimana sepatutnya. Setelah selesai semuanya, aku menyampu sampah di lantai yang habuk-habuk terkumpul itu jika ditimbang kelihatannya sama seperti 1 kg gula.

Aku menutup lampu dan pintu biliknya setelah selesai.

Adikku pulang tidak lama selepas itu. Dia masuk ke rumah dan menjemput Cop ke bilik. Mereka berbual-bual di dalam.Aku juga mengalu-alukan kedatangan Cop. Aku menanti-nanti reaksi adikku. Senyap. dan aku meneruskan beberapa kerja lain dengan mengganggap dia tidak kisah. Tak apalah, dia memang begitu.

Setelah selesai kerja, aku masuk ke bilik untuk on9 semula. Aku dapati broadbandku telah tiada. Maka dengan suara yang agak kuat aku bertanya kepada adikku dari ruang bilikku. Rupanya dia telah mengambilnya tanpa memberitahuku. Tak apalah. Aku menerangkan kepadanya bahawa aku memerlukannya untuk melakukan beberapa tugas. Tiba-tiba adikku menunjukkan reaksi seperti menyampah dan memberikan semula broadbandku kepadaku dengan cara yang agak kasar di hadapan Cop. Aku terkilan. Adik perempuanku pula menegurku supaya jangan bergaduh. Jiwa egoku berkata tiba-tiba.

Jiwa ego : Apa ni? aku tak niat nak gaduh pun. Aku cakap baik-baik ja lah.

Dan aku melontar kata-kata egoku itu melalui lisanku. Adik perempuanku cepat-cepat keluar dan bertindak seolah-olah penenang keadaan.

Jiwa ego : Apahal ni... kenapa orang menganggap aku nak cari gaduh pula. Salahkan aku pula, tak faham!

Jiwa sabar : Sabar. Diam sebentar. cuba fikirkan kenapa.

Akal : Tadi aku berkata-kata menggunakan suara yang kuat.Mungkin adik aku menganggap dia dimarahi. Suara aku jadi tinggi dan kecil bila selesema. Mungkin didengari seperti leteran padanya?

Jiwa ego : Memanglah kena cakap kuat-kuat. Duduk pun jauh-jauh. cakap slow bukannya nak dengar. Dia tu sepatutnta minta izin aku dulu. Aku bukannya marah pun, just bertanya biasa sahaja. Kenapa mesti ada orang nak terasa. Please la, hal kecik aja..

Jiwa sabar: Sabar..sabar.. terimalah kelemahannya.

Jiwa ego : Sampai bila adik aku nak ego macamtu. Penat lah, aku saja yang jaga hati dia? Dah la satu habuk terima kasih pun tak cakap lepas kemas bilik dia saja yang makan masa 2 jam tu.

Jiwa syukur: Aku kemas kerana nakkan penghargaan adikku kah? itu tanggungjawab aku lah.. jadikanlah latihan, buat kerja kerana Allah, buat kebajikan kerana kita ingin bersifat dengan sifat ithar..berlapang dada. sesama muslim perlu ithar, apalagi adik-beradik.. rileks la.. matang sikit... diakan adik, terima kelemahannya... bersyukurlah ini sebenarnya ujian sabar yang paling rendah, paling mudah. Make it simple, take it easy..

Jiwa ego : Aku dah banyak susah payah sbb sayangkan dia. Sampai hari ni aku tak nampak dia bangga aku jadi kakaknya. Ya lah aku kan blajar stakat dalam Malaysia sahaja. Kakaknya yang sorang lagi tu blaja luar negara. Sebab tu dia tertunggu-tunggu, sebut-sebut dan expose dan bangga dengannya. Aku ni, walau usaha macammanapun, tetap tak dapat dihargainya. aku pun tak ada lansung perasaan jelous pada adik perempuanku itu. lansung tak ada. Cumanya aku mahukan perhatian adik lelakiku sorang tu. C'monla, aku nakkan perhatiannya pun sebab aku nak aku mudah untuk menasihatinya dalam hal-hal keagamaan. Kalau dia tak 'pandang' aku, macammana dia nak makan nasihat aku?aku berfikir dan terasa ni pun dalam soal dakwah ape!.

Jiwa sabar : Sabar..duduk,duduk. kawal akal. jangan biar akal memikirkan ''sampai hati''nya adik aku buat begitu. Take it positif.

Aku memandang laptopku yang tidak dihidupkan. Air mataku mengalir deras. Deras sekali. Aku merasa sangat sedih dan pelik. Sedih kerana sebab-sebab diatas dan pelik kerana aku terlalu sedih, pelik kerana jiwa ini terlalu sensitif hari ini.

Jiwa sabar : Something goes wrong right now. Pergi amik wudu' dan solat dua rakaat.

Aku bangun dan menuju ke bilik air. Aku keluar bilik dalam keadaan tunduk, bimbang ahli rumahku ternampak mataku yang merah dan berair ini. Dalam perjalananku ke bilik air, jiwa sabar sempat berbisik.

Jiwa sabar : Positif. Positif. Positif. Matang. Jangan letakkan nilai pada perkara yang aku tak boleh kawal. Aku ok.

Aku tanggalkan tudung. Aku berkumur, aku basahkan mukaku, tangan, sedikit bahagian kepala, telinga, dan kakiku.

Air mataku yang mengalir sejak tadi terhenti. Jiwa syukur dan sabar datang berpadu berhujah dan berdoa
.

" Ya Allah.. apa yang engkau tetapkan padaku, aku takkan dapat mengelaknya. Apa yang engkau telah tetapkan padaku, segalanya untuk kebaikanku. Segala dugaan yang kecil terasa besar atau yang besar terasa kecil adalah dalam genggamanmu, disebaliknya tersurat kekuatan yang engkau ingin hadiahkan kepadaku. Aku gemarkan kekuatan itu, tapi, untuk memperolehninya aku perlu bertahan dengan dugaanmu. Ya Allah, aku terima segalanya walau bagaimanapun bentuk dugaan itu, yang kecil terasa besar atau yang besar terasa kecil, cuma yang aku harapkan ialah, untuk dugaan kesekian kalinya, janganlah kau biarkan aku bertindak melulu kepada perkara yang tidak bermanfaat untuk agamaku kerana jiwa egoku, tetapi, datangkan dengan kadar segera jiwa sabar dan syukur ini agar aku tetap menghargai bukan sekadar menerima apa-apa yang diatangkan olehMu, hari ini mungkin jiwa sabar dan syukur ku telah menang, tapi esok lusa aku tak tahu Ya Allah..selamatkanlah aku dari kejahatan diriku.Ya Rahman..Ya Rahim"

Dan aku memakai tudungku semula. Aku melangkah keluar dan masuk kebilik. aku menghampar sejadah dan memakai telekung. Jiwaku terasa tenang sekali...dan aku mengangkat takbir.........

3 comments:

  1. Assalamualauikum....

    Buat Hanisah.... Yang bertaqwa....
    Semua ada kat rumah ye cuti ni....
    Bestnye....
    Nanti kirim salam pada semua ye...
    Dah besar rupanya Amin tu ye...
    Ape2 pun...
    Selamat Bercuti...

    Hanisah kan seorang penyabar.... rajin.... baik hati.... suka tolong orang tanpa harapkan balasan....
    Awak kan kenal adik2 awak cmner...
    Yang penting....
    jauh di sudut hati diorang...
    mereka tetap sayangkan kakak die sorang ni....

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah....
    akhirnya jiwa sabar yang menang.... :)

    ReplyDelete
  3. salam, saya terharu membaca cerita ni.... rupa2nya masih ada insan2 dluar sana yg memiliki jiwa sensitif seperti saya.. saya doakan semoga Hanisah memiliki ketabahan hati dlm mnempuhi cabaran yg mendatang.. :) salam perjuangan dari saya..

    ps/ boleh tahu tarikh lahir hanisah?

    ReplyDelete

Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.

Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .












Inilah tugas seorang Da’e. Mendidik insan, memanusiakan. (berusaha membentuk manusia yang kembali kepada fitrahnya- tunduk dan patuh kepada RabbNya)
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.





Apa tugas seorang manusia?

1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e





Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.






Dan wahai AL Muaddib, tugas yang tertulis untuk kita adalah berjuang membentuk manusia yang berfungsi sebagai hamba, khalifah dan da’e yang baik. Itulah tugas kita dari satu sudut sebagai mata rantai perjuangan.






Menimba Ilmu, menjaga akhlak, menyalurkan ilmu, membentuk dan mendidik akhlak diri dan mad’u (anak-anak, khususnya kepada Muaddib yang akan berjuang di bidang pendidikan) bukanlah suatu usaha yang mudah.






Kesabaran, Istiqamah, kemahuan dan Azam, serta kesedaran tanggungjawab menjalankan amanah ini perlu dipastikan sentiasa segar buat jiwa, sesegar cinta kita pada perjuangan, jihad.. Ya, dalam konteks yang sama, jihad kita ialah untuk memanusiakan manusia.,Memastikan anak-anak ini mendapat tarbiyyah di peringkat awal supaya laluan mereka untuk menjadi jundiy yang berdiri teguh di saff tenteraNya menjadi mudah, ..InsyaAllah, Walau apapun, hanya Allah yang layak memudahkan segala urusan hambanya, milik Allahlah bagi setiap jiwa, ruh, jasad, niat dan usaha kita.







Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.




Sama-samalah kita berusaha menjernihkan anak-anak yang akan kita didik ini dengan kefahaman Islam yang sejati.






InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…




“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “


( Hadith Sahih)