Saturday, May 16, 2009

Pengujian. Pengukuran. Penilaian. Pentaksiran

Pengujian

Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah - pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar.

Pengujian dalam bilik darjah- proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Dalam erti kata lain, pengujian ini merupakan alat pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun efektif.


Croanbach (1970)

  • “Ujian adalah satu prosedur yang sistematik
  • untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
  • Contoh

☻skala bernombor :

-30/100 untuk ujian penglihatan,

-100/200 untuk ujian kecerdasan ( IQ test)

-80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajarn seperti Sains.

☻sistem berkategori:

-“ ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian perosnaliti

- “ rabun warna” bagi ujian penglihatan.”

Muilagros(1981)

  • Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid
  • dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
  • Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

_________________________________________________________



Pelaksanaan pengujian –

terbahagi kepada dua kumpulan:

  • ujian berbahasa:

☻ Contoh :-ujian pensel

-kertas set ujian lisan

  • ujian bukan berbahasa

☻ contoh :- ujian prestasi

- ujian kemahiran psikomotor

-ujian membaiki radas elektronik.

Peringkat proses pengujian

-Persediaan

-pelaksanaan pentadbiran ujian

-pemeriksaan skrip jawapan.



TUJUAN PENGUJIAN

-Menentukan perubahan tingkah laku pelajar.

-Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran yang tertantu.

-Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai mengikut keputusan pengujian.

-Menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajarnnya.

-Melatih pelajar sebagai persediaan untuk peperiksaan awam yang akan datang.



PENGUKURAN

Pengertian konsep:

-suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik

-tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai suatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu

-untuk menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki prestasi/ciri-ciri tertentu.

Contoh:

-Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Prestasi Ramli tidak dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, pencapaian matematik hanya diukur tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu sesorang individu atau pelajar mengikut alat yang digunakan.

-kemahiran melukis seseorang pelajar boeh diukur melalui pemerhatian/ pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.



Ciri pengukuran:

-tidak bersifat mutlak, kecuali pada pengukuran yang menggunakan skala nisbah.

-Contoh:. Pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat sepeti penggunaan pembaris.

-seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun 90 itu adalah dua kali ganda 45.

-Seseorang yang mendapat skor sifar juga tidak boeh dianggap sebagai tidak mempelajari atau mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Maka ia tidak bersifat mutlak.



Dua jenis pemboleh ubah asas pengukuran:

-jenis kuantitatif : 20 %, 50% dan 80%

-jenis kategori. : motivasi rendah, motivasi sederhana dan motivasi tinggi.



Kedua-dua jenis pembolehubah ini boleh ditentukan aras ukurannya dengan menggunakan menggunakan empat jenis skala iaitu :

-skala nominal

☻mengkategorikan pembolehubah berdasarkan persamaan dan seterusnya memberikan nama kepada pembolehubah berkenaan.

☻contoh: angka ‘1’ mewakili etnik Melayu dalam mengukur peratus etnik pelajar dalam sesebuah kelas.


- skala ordial

☻ skala yang memberikan nilai pemeringkatan atau penurunan

☻ contoh: angka 1- sangat tidak setuju

2- kurang setuju

3- sederhana setuju

4- setuju

5- sangat setuju

-skala sela

☻ data yang mempunyai ciri pemeringkatan dengan perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai.

☻ contoh: perbezaan suhu antara 35 darjah selsius dengan 25 darjah selsius adalah sama dengan perbezaan suhu 15 darjah selsius dan 5 darjah selsius iaitu sebanyak 10 darjah selsius. Skala ini tidak mempunyai nilai yang mutlak kerana ia disandarkan kepada jarak antara suatu nilai dengan nilai yang lain.


-skala nisbah

☻ mempunyai semua ciri skala sela tetapi ia tertakluk kepada nilai mutlak yang bermula dengan sifar(0) yang bererti kosong.

☻Contohnya, perbezaan antara 20 hingga 40 ialah sama dengan perbezaan antara 70 hingga 90. 90 boleh dinyatakan sebagai dua kali ganda 45 kerana nombor tersebut bermula dari nilai 0.


  • pengukuran di bilik darjah dibuat melalui tiga bentuk iaitu

-pemerhatian

-lisan

-penulisan.



TUJUAN PENGUKURAN

-Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara pelajar.

-Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam matapelajaran yang tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademiknya.

-Untuk pengelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai.

-Untuk membuat analisis, pentafsiran dan rumusan dalam sesuatu penyelidikan daripada keputusan pengukuran.

-Untuk pensijilan sebagai tahap pencapaian akademik dalam sesuatu peringkat persekolahan.

-Sebagai rujukan criteria bagi pihak yang berkenaan untuk tujuan tertentu.




PENILAIAN

Pengertian Konsep :

-satu proses sistematik untuk menetukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar.

-suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.

-melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.

-melibatkan tiga proses utama iaitu:

#menentukan ukuran

#menganalisis ukuran

#menyatakan nilai/ menginterpretasi ukuran.

Gay 1985

-penilaian adalah satu proses yang sistematik

-semasa mengumpul dan menganalisis data

-bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah dicapai.

-membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.

Stufflebeam (1971)

-penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna

-bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.

-menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan.

-pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk

-Kualitatif sahaja :

☻gred (A,B,C.D)

☻dinyatakan dalam nilai cemerlang, kepujian, lulus atau gagal

-Kuantitatif sahaja :

☻Hafizah dapat melukis gambar sebuah kereta dengan cepat, tepat dan bersih.

Prosedur penilaian ini secara ringkasnya boleh dilaksanakan dalam 5 peringkat iaitu:

1.Peringkat persediaan ujian

2.Peringkat pentadbiran ujian

3.Peringkat pemeriksaan dan pengukuran

4.Peringkat analisis

5.Peringkat interpretasi dan tindakan



Kategori Penilaian:

-Penilaian KEndiri:

☻bertujuan menentukan sama ada diri inidvidu yang menilai itu sendiri sama ada memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujain atau peperiksaan.

-Penilaian Guru

☻ bertujuan mennetukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannya

-Penilaian Piawai

☻ bertujuan menentukan percapaian seseorang pelajar berbanding dengan pencapaian pelajar-pelajar, dan seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu.

☻ Hasil penilaian piawai juga diguna untuk menentukan sijil/ pangkat sijil yang bakal diberikan kepada seseorang pelajar.


Tujuan Penilaian:

-Diagnosis

-Pencapaian

Pemilihan dan Penempatan

Bimbingan dan Kaunseling



Diagnosis

Maklumbalas yang diberikan dapat digunakan untuk mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar dari sudut :

☻Tahap : sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.

☻ kecekapan: cepat, cergas , lemah



Pencapaian

Hasil penilaian menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal.

Pihak sekolah menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.



Pemilihan dan Penempatan:

Guru memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka.

Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu.

Keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.



Bimbingan dan kaunseling

pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri.

mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran ialah iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.



Tujuan lain Penilaian bagi Ujian

Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.

Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.

Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.

Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya

Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.

Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.

Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.

Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.


Pentaksiran

Pengertian/ Konsep:

Pentaksiran satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Konteks pendidikan :pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran

dijalankan secara berterusan.



Tujuan Pentaksiran

Pentaksiran membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar dan guru serta pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna

Piawaian yang ditetapkan boleh memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada pengajaran dan pembelajaran

Keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur-unsur penting dan utama terhadap sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang berkaitan dengan piawai.

Pendidik dan pelajar mengunakan maklumbalas dari hasilan pentaksiran ini untuk memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pembelajaran mereka .

Pentaksiran boleh meningkatkan motivasi pelajar dan murid untuk belajar dengan lebih baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna dan sistem persekolahan yang lebih berkesan. (Klein, 2000)



Pentaksiran dalam bilik darjah terbhagi kepada tiga iaitu:

pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)

pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) .



Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

proses pembelajaran berterusan

dijalankan untuk memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan

supaya guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar dan murid.

Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri.



Peranan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran

mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran

mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar

memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran

mencipta strategi pengajaran yang berlainan dan peluang pembelajaran bagi membantu individu bergerak maju dalam pembelajaran

menyediakan maklumbalas dan arahan segera



Prinsip Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menjadi sebahagian dari perancangan efektif pengajaran dan pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menumpukan tentang bagaimana murid mempelajari sesuatu

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah diiktiraf atau diakui sebagai amalan utama dalam bilik darjah

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah di anggap sebagai kunci kemahiran profesional bagi guru

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah sensitif dan konstruktif kerana mana-mana pentaksiran memberi kesan impak

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengambil kira kepentingan motivasi murid

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah bertujuan meningkatkan komitmen murid terhadap matlamat pembelajaran dan berkongsi kefahaman tentang kriteria yang ditaksir

Pentaksiran untuk pembelajaran membentuk kapasiti murid bagi tujuan penilaian kendiri agar mereka boleh melihat keupayaan dan mengurus diri sendiri

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengiktiraf kemampuan keseluruhan pencapaian pembelajaran murid

Murid hendaklah menerima bimbingan konstruktif tentang bagaimana mereka boleh meningkatkan pencapaian



Diantara kaedah perancangan pentaksiran yang boleh digunakan oleh pendidik adalah seperti berikut :

Mengapa Mentaksir?

Membolehkan pendidik untuk menentukan langkah berikut bagi meningkatkan pembelajaran

Apa yang ditaksir ?

Setiap prestasi dan kehendak pembelajaran yang berkaitan dengan kehendak kurikulum

Kaedah yang digunakan ?

Kaedah pelbagai dalam mode yang berlainan yang mempamirkan kebolehan dan kefahaman

Memastikan Kehendak Kualiti

Ketepatan dan ketekalan pemerhatian dan penterjemahan pembelajaran

Harapan pembelajaran yang jelas dan terperinci

Maklumbalas terperinci yang tepat

Mengunakan Maklumat

Menyediakan maklumbalas yang terperinci bagi menunjukan prestasi pembelajaran

Petunjuk yang berlainan bagi menyatakan kedudukan pada tahap hasilan kurikulum

Menyediakan pelaporan terperinci buat pelajar dan ibubapa mengenai kedudukan pembelajaran dan memberi panduan untuk memperbaiki prestasi


Jadual 1 . Ringkasan Perancangan Pentaksiran Untuk Pembelajaran


Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)

proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar dan murid.

memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran.

pelajar berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta-kognisi (meta-cognition).

Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami.



Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran sebagai Pembelajaran adalah :

memberi contoh dan mengajar kemahiran pentaksiran kendiri

membimbing pelajar dan murid dalam menentukan matlamat, dan memantau prestasi mereka

menyediakan contoh-contoh amalan yang baik dan berkualiti yang melibatkan hasilan kurikulum

bekerjasama dengan pelajar dan murid untuk membentuk kriteria amalan yang baik dan jelas

membimbing pelajar dan murid dalam membentuk maklumbalas dalaman atau membina mekanisma pemantauan kendiri bagi mengesahkan dan menyoal pemikiran kendiri serta berpuashati dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang ketara dalam

mempelajari perkara baru

menyediakan peluang berterusan dan yang mencabar untuk diamalkan, agar pelajar dan murid menjadi yakin dan bersifat pentaksir kendiri yang kompeten

memantau proses meta-kognitif pelajar dan juga pembelajaran serta menyediakan maklumbalas yang terperinci

menyediakan persekitaran yang selamat bagi pelajar dan murid memperolehi peluang pembelajaran dan mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak sekolah atau pentadbiran.



Pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning)

berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang pelajar dan murid boleh lakukan,

mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya,

menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain.

Pentaksiran pembelajaran yang berkesan memerlukan pendidik dan guru menyediakan :

kaedah yang rasional bagi membolehkan pentaksiran kepada pembelajaran tertentu dijalankan dengan betul pada masa yang tertentu

kenyataan yang jelas bagi pembelajaran yang diinginkan

proses yang membolehkan pelajar dan murid menunjukkan kemahiran dan kebolehan atau kompetensi

kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir hasilan yang sama

penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan

kaedah yang telus bagi pentaksiran

deskripsi mengenai proses pentaksiran

strategi bagi membina semula apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam membuat keputusan .

Pendekatan

Tujuan

Rujukan

Pentaksir

Pentaksiran Kepada Pembelajaran

Penghakiman mengenai penempatan, peningkatan, penghargaan dan sebagainya

Murid

Guru

Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Maklumat bagi hasilan pembelajaran guru

Pentaksiran piawai luar atau harapan

Guru

Pentaksiran Sebagai Pembelajaran

Penilaian kendiri dan pembetulan sendiri

Matalamat kendiri dan piawai luaran

Murid


Dengan bantuan pendidik dan guru, pelajar dan murid boleh mengharapkan tugasan pentaksiran kepada pembelajaran sebagai pentas untuk mereka mempamirkan kompetensi atau kebolehan dan juga halatuju persembahan pembelajaran.


Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.

Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran




2 comments:

  1. alhamdulillah, terima kasih kerana berkongsi ilmu....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Dpt imbas kembali theori ilmu ni..

    ReplyDelete

Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.

Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .












Inilah tugas seorang Da’e. Mendidik insan, memanusiakan. (berusaha membentuk manusia yang kembali kepada fitrahnya- tunduk dan patuh kepada RabbNya)
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.





Apa tugas seorang manusia?

1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e





Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.






Dan wahai AL Muaddib, tugas yang tertulis untuk kita adalah berjuang membentuk manusia yang berfungsi sebagai hamba, khalifah dan da’e yang baik. Itulah tugas kita dari satu sudut sebagai mata rantai perjuangan.






Menimba Ilmu, menjaga akhlak, menyalurkan ilmu, membentuk dan mendidik akhlak diri dan mad’u (anak-anak, khususnya kepada Muaddib yang akan berjuang di bidang pendidikan) bukanlah suatu usaha yang mudah.






Kesabaran, Istiqamah, kemahuan dan Azam, serta kesedaran tanggungjawab menjalankan amanah ini perlu dipastikan sentiasa segar buat jiwa, sesegar cinta kita pada perjuangan, jihad.. Ya, dalam konteks yang sama, jihad kita ialah untuk memanusiakan manusia.,Memastikan anak-anak ini mendapat tarbiyyah di peringkat awal supaya laluan mereka untuk menjadi jundiy yang berdiri teguh di saff tenteraNya menjadi mudah, ..InsyaAllah, Walau apapun, hanya Allah yang layak memudahkan segala urusan hambanya, milik Allahlah bagi setiap jiwa, ruh, jasad, niat dan usaha kita.







Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.




Sama-samalah kita berusaha menjernihkan anak-anak yang akan kita didik ini dengan kefahaman Islam yang sejati.






InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…




“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “


( Hadith Sahih)