Friday, September 11, 2009

Pakej zahiriy?Pulanglah muslimin dan muslimat!!

Muslimat
Kaukah permata
Kaukah pejuang agama
Kaukah sayap kiri perjuangan
Andai pakejmu hanya luaran?

Muslimin
Kaukah mujahidin
Kaukah pemimpin
Kaukah penggerak dakwah
Andai pakejmu hanya pada zahiriah?


Muslimat
Jubah dan jilbabmu satu martabat
Yang dihijab bukan sekadar aurat
Tetapi segala nafsu 9 penyebab maksiat
Membenteng iman menjana malu
Malu yang juga bukan yang dizahirkan untuk manusia
tapi malu pada tuhan yang mengetahui isi hati dan kerjanya..
Jubah dan jilbab bukan penama
kepada jenis dirimu


Muslimin
Songkok dan lebai putihmu juga martabat
bukan untuk menutup kepala, menamakan siapa empunya muka
tetapi untuk menjunjung syiar
Jangan menumpang pada kesucian maknawinya
andai 'akhlak'mu perosak agama

Ayuh manusia yang ku panggil muslimin dan muslimat
Fahami konotasi 'ummat Muhammad'
Fahami terminologi 'pejuang' dan 'pendakwah'
Fahami apa itu mujahidin dan mujahidah


Muslimat
Jangan sesekali kau berlindung pada indahnya jubah dan jilbab
Kerana indahnya pada pandangan umum
Kerana berbaloinya untk menutup sikap hodohmu
Tapi kenakan ia pada dirimu kerana Tuhanmu!!
Selari islahnya dirimu, sesuai dengan kemuliaan jubah dan jilbab itu.



Muslimin
janganlah songkok, lebai putihmu dan janggut seciputmu itu
menjadi alasan menutup fitnah atau zina hati yang tak cuba kau bendung
Menumpang mulia, menipu diri, menjerat akhwatmu sendiri
Biarlah pakej yang cuba kau bentuk itu
Datang kerana insaf dan sedar diri
Bahawa berdosanya kau andai imej agama kau kotori.

Muslimin dan muslimat!
Dengarlah tangisan hatiku yang melihat kemunafikanmu saban hari.
Kau pembohong!!
Kerana aku menyaksikan
Matamu liar mencari-cari lawan jenismu dalam keramaian
Masamu kau lebih-lebihkan untuk perkara bukan pada kepentingan Islam
Wangmu kau gunakan dengan mudah untuk zahirkan hiasan
Tindakanmu lebih geraknya lidah dari tangan
Malah nas-nas Al-Qur'an bijak kau perkotak katikkan
Untuk kepentingan diri , menyokong ideologi yang sebenarnya hanya alasan!

Pulanglah muslimin dan muslimat
Pulangkan duhai ruh-ruh penjunjung Islam
Mari kita hisab niat, hitung amalan
Agar..
Jangan nanti punah harapan pembela Islam silam
Hancur berderai harapan khazanah dan amanah yang diwariskan!

Nukilan luahan,
Hanisah Wanasan
20 Ramadhan
1.33 am

No comments:

Post a Comment

Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.

Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .












Inilah tugas seorang Da’e. Mendidik insan, memanusiakan. (berusaha membentuk manusia yang kembali kepada fitrahnya- tunduk dan patuh kepada RabbNya)
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.





Apa tugas seorang manusia?

1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e





Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.






Dan wahai AL Muaddib, tugas yang tertulis untuk kita adalah berjuang membentuk manusia yang berfungsi sebagai hamba, khalifah dan da’e yang baik. Itulah tugas kita dari satu sudut sebagai mata rantai perjuangan.






Menimba Ilmu, menjaga akhlak, menyalurkan ilmu, membentuk dan mendidik akhlak diri dan mad’u (anak-anak, khususnya kepada Muaddib yang akan berjuang di bidang pendidikan) bukanlah suatu usaha yang mudah.






Kesabaran, Istiqamah, kemahuan dan Azam, serta kesedaran tanggungjawab menjalankan amanah ini perlu dipastikan sentiasa segar buat jiwa, sesegar cinta kita pada perjuangan, jihad.. Ya, dalam konteks yang sama, jihad kita ialah untuk memanusiakan manusia.,Memastikan anak-anak ini mendapat tarbiyyah di peringkat awal supaya laluan mereka untuk menjadi jundiy yang berdiri teguh di saff tenteraNya menjadi mudah, ..InsyaAllah, Walau apapun, hanya Allah yang layak memudahkan segala urusan hambanya, milik Allahlah bagi setiap jiwa, ruh, jasad, niat dan usaha kita.







Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.




Sama-samalah kita berusaha menjernihkan anak-anak yang akan kita didik ini dengan kefahaman Islam yang sejati.






InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…




“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “


( Hadith Sahih)