Friday, September 18, 2009

Puisi SPA

Puisi SPA-Syabab Pembela Agama



Duhai Muslimin dan Muslimat...
Sudahlah...
Jangan lalai lagi...Mari bangun saudaraku.. Mari bangun..
Jalan dakwah ini tidak pernah berputus asa menggamit kalian..
Bangun, mulakan langkah kalian..
Mulakan dengan peranan tersendiri.

Kalian yang berada di pentas politik,
ahlan wasahlan..berjuanglah tanpa peduli mehnah dan tohmah mulut2 pendosa itu..
Kalian yang berada di lapangan kampus,
ahlan wasahlan..berjuanglah mentarbiyyah hati-hati yang mahu menjulang syiar ini..
Kalian yang berada di lapangan pendidikan,
ahlan wasahlan..berjuanglah sekalipun kalian terancam dengan akujanji dunia..

Kalian dan diriku di lapangan ini,
pendidikan,itulah tarbiyyah al awlad kita
Mungkin peranan kita sedikit berbeza
Tetapi, jangan diabai, jangan disia-sia
Kerana pada pandangan mereka si anak kecil,
Dunia ini indah belaka,
maka didiklah!
supaya mereka sedar,
'jangan bermain dengan ranjaunya'.

sesedar mereka di alam dunia,
dengarkan mereka dengan tauheed dan kebesaranNya..

secelik mata mereka melihat dunia,
kenalkan mereka kalimah empat mulanya Alif pembuka segala..

Sejalan dengan usia mereka,
kenalkan mereka dengan tarbiyyah pencipta..

Bila mereka bertanya tentang apa yang dilihat, didengar, disentuh dan dirasa,
Pulangkan akal mereka kepada Ilahnya
supaya 'Allah' adalah jawapan kepada segalanya..
supaya.. bila ada atau tiadanya kita, mereka tahu Allah dimana.

Andai matlamat kita
'mereka jundiy masa depan Islam'
Maka marilah kita berusaha,
Menjadikan diri perpustaakaan mereka..
Keluarga kita biah solehah mereka..
Rumah kita madrasah iman mereka..
Diri kita adalah tok guru mereka..
Cara hidup kita adalah silibus hidup mereka..

Mahukah kita?

Jika matlamat ini direalisasi,
Maka tubuh-tubuh kecil hari ini semuanya,
bisa menjadi syabab pembela agama..

Nukilan luahan,
Hanisah Wanasan
28 Ramadhan
2.00 a.m

No comments:

Post a Comment

Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.

Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .












Inilah tugas seorang Da’e. Mendidik insan, memanusiakan. (berusaha membentuk manusia yang kembali kepada fitrahnya- tunduk dan patuh kepada RabbNya)
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.





Apa tugas seorang manusia?

1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e





Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.






Dan wahai AL Muaddib, tugas yang tertulis untuk kita adalah berjuang membentuk manusia yang berfungsi sebagai hamba, khalifah dan da’e yang baik. Itulah tugas kita dari satu sudut sebagai mata rantai perjuangan.






Menimba Ilmu, menjaga akhlak, menyalurkan ilmu, membentuk dan mendidik akhlak diri dan mad’u (anak-anak, khususnya kepada Muaddib yang akan berjuang di bidang pendidikan) bukanlah suatu usaha yang mudah.






Kesabaran, Istiqamah, kemahuan dan Azam, serta kesedaran tanggungjawab menjalankan amanah ini perlu dipastikan sentiasa segar buat jiwa, sesegar cinta kita pada perjuangan, jihad.. Ya, dalam konteks yang sama, jihad kita ialah untuk memanusiakan manusia.,Memastikan anak-anak ini mendapat tarbiyyah di peringkat awal supaya laluan mereka untuk menjadi jundiy yang berdiri teguh di saff tenteraNya menjadi mudah, ..InsyaAllah, Walau apapun, hanya Allah yang layak memudahkan segala urusan hambanya, milik Allahlah bagi setiap jiwa, ruh, jasad, niat dan usaha kita.







Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.




Sama-samalah kita berusaha menjernihkan anak-anak yang akan kita didik ini dengan kefahaman Islam yang sejati.






InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…




“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “


( Hadith Sahih)