Thursday, October 29, 2009

Tafsir Cinta 1

Sehelai daun melayang diterbangkan angin yang datang dari balik semak, berputar sesaat dan berpilin-pilin perlahan, hingga jatuh tepat di hujung kaki kananku. Aku sedang berdiri menyandarkan diri ke kereta kancilku. Dari luar rumah, aku menantikan sahabat serumahku bersiap-siap untuk bertolak ke kuliah.

Ku rasakan hembusan angin yang bersemilir ini. Sejuk angin pagi mengusap lembut pipiku. Ini kasih sayang tuhan.. Setiap pagi, alam menyapa diri mengingatkan kebesaran ilahi. Kicau burung dan tarinya atas dedahan pohonan mencorakkan irama pagi. Dari kejauhan, salju mataku memandang pepohon yang melambai lembut menggugurkan titis-titis jernih embun.

Aku mendekati pohon itu. Dahan lembutnya melentok-lentok ditiup angin pagi. Embun yang terkumpul di hujung daun yang hampir menitis itu kusentuh. Airnya membasahi jariku. Sejuk. Segar. "inilah kitab alam. Ia mengajarkan manusia meneliti kebesaranNya melalui mata indera, yang tertafsir melalui mata hati..."desis hati.

Embun yang membasahi jari jemari.. beginikah dinginnya jika embun membasahi hati?
'Embun membasahi hati'. Itulah ungkapan Iqbal. Katanya, itulah tafsiran bila cintamu yang tulus itu sampai ke hati. Maka bagaimanakah rasanya, ibrah embun membasahi hati..sejuk, dingin, tenang. Novel bermaudhuk "Syahadat Cinta " menceritakan kepadaku dunia Iqbal yang memahami cinta Khaliqnya dari tarbiyyah cinta manusia. Aku gemar novel itu. Mungkin kerana ia membuka kefahaman baru tentang soal cinta.

Lama aku memerhatikan embun yang membasahi dedaun pohonan itu. Semakin lama aku memerhatikan, tidak terasa air mata meleleh di pipiku. Hadirnya embun ini sekadar menjengah di pagi hari. Tak lama lagi, bila mentari memunculkan diri, embun ini akan sirna. Hilangnya tidak terkesan. Yang ada cuma dedaun yang telah menumpangi embun sepanjang pagi.

Sama seperti hati ini. Jika rasa segar, dingin dan tenangnya cinta itu ibrahnya embun membasahi hati, maka apa yang kurasakan kini ialah mentari mehnah duniawi telah memunculkan diri. Teriknya pancaran itu menyirna kesan basahan hati itu. Hati jadi kering, kusam, buruk dan lemah kerananya..

Aku pejamkan mata. Titis air mata yang mengalir terhenti. Perlahan-lahanku ku tarik nafas sedalamnya, kemudian ku hela seluruhnya. Alhamdulillah. Nikmat ini masih tidak terhenti dikurniakan untukku. Aku teringatkan kata-kata dari seorang sahabat yang baru ku kenal. Ummu Aisyah Al-Atsaary dari kota Bandung menasihatiku dengan berhati-hati. Katanya,

" Ana kurang begitu mengenal ukhti kecuali sedikit. Tapi, dalam yang sedikit itu ana kenali bahawa ada kebaikan yang banyak dalam diri ukhti, dan Allah dengan kasih sayangnya selalu menegur ukhti agar ukhti selalu ingat dan kembali kepadaNya. Ukhti adalah mutiara Allah yang tersembunyi. Kerana demikianlah Allah jadikan wanita-wanita solehah sebagai perhiasan sebagai perhiasan terbaikNya di dunia ini. Maka, tetaplah bercahaya ukhti.. Jangan mudah bimbang dan jangan dudukkan diri sepadan dengan akhawat lain yang jahil dan jauh dari cahaya deen. Bertanyalah pada yang tahu ilmunya dan jangan ikuti kebanyakan manusia di muka bumi. Ana berhusnu zhan bahawa Allah hendak membersihkan ukhti dan memantapkan ukhti dalam agama yang diredhoiNya ini agar tetap selalu ada tauladan bagi akhwat lainnya bagaimana menjadi sebaik-baik perhiasan di sisi Allah Azza Wa Jalla... tetap ikhlas ya Ukhti, dan maafkan ana atas kelemahan ilmu ana selama ini. Kasih sayang Allah semoga selalu tercurah untukmu.."

Aku senyum. Cepat-cepat ku kesat air mataku. Ku tenung lagi embun-embun yang sedang bergelayut di hujung dedaun pohon kecil itu. Aku merenung tajam. Ku jentik semua embun-embun itu. Biar gugur meresap ke bumi. sekurang-kurangnya embun-embun yang jatuh itu bisa menyejukkan permukaan tanah tempat pohon itu tumbuh.

"Gugurlah semua, gugur. pohon tak perlu tunggu kau sirna. Dedaun tidak meminta hadirmu, juga tak kisah kau sirna kerana mentari itu."

Aku tersenyum puas. Satu persepsi positif terlakar di benak aqalku. Aku bangun menuju ke keretaku. Deru enjin keretaku sudah perlahan dan stabil. Aku membunyikan hon kereta, memberi isyarat "sila cepat' kepada sahabat-sahabat serumahku.

"kejap kejap!" Serentak sahabat serumahku menjerit dan melaung .

" Ah..lambat kalu, drive sendiri la. hahaha..."Aku melaung ,lalu ketawa.

........................................................................................................bersambung.

Wednesday, October 28, 2009

afwan kathira!!

Pening.

Kepalaku berdenyut tidak berhenti sejak tengahhari tadi. Mungkin kerana 'enjen mujadalahku telah berkarat. Sukar dihidupkan dan apabila dihidupkan, satu geseran kuat terhasil mengeluarkan serpih-serpih karat persepsi yang tidak terpakai lagi. Aqal dikerahkan dan diajar untuk fokus mencari dan mengurus idea. Mencari idea, menghuraikan erti yang tersirat sekaligus menyusunnya membentuk kata-kata tidaklah semudah menyusun idea dan merakamkannya dengan menggerakkan jari jemari di keybord membentuk tulisan. Tersilap taip boleh dibackspacekan, tetapi jika terlanjur kata, silap-silap berlaku kekeliruan atau salah tafsir yang boleh memburukkan keadaan. Manalah tahu...

Begitulah senario berforum yang terjadi hari ini. Segalanya berjalan dengan tenang dan positif. Walau apapun, syukur alhamdulillah kerana diberi peluang untuk menyeimbangkan cara hidup yang begini yang sekali-sekala memang perlu. Tetapi hakikatnya, aku tidak suka sebarang bentuk aktiviti yang memerlukan diriku berada di hadapan khalayak ramai , menjadi tumpuan ,apalagi jika terpaksa melantangkan suaraku di hadapan mereka terutamanya pada kaum muslimin. Aku merasakan kaum adam lebih beroautoriti , lebih layak melakukan hal demikian.dan aku, cukuplah hanya dengan "menyiapkan kelengkapan di sebalik tabir pentas' sahaja. Biarlah yang mara berhujah itu kaum yang layak memimpin terlebih dahulu.

Hari ini aku berada di situasi itu semula. Tak mengapalah, kerana permintaan sahabat-sahabat muslimat muslimin yang kusayangi, ku gagahkan diri. Cuma, kupohon ribuan kemaafan seandainya daku tersilap kata atau kalian terkeliru dari apa yang telah kusampaikan. Afwan kathira ya ikhwah wa akhawati..

Tuesday, October 27, 2009

dunia yang semakin kugeruni

Saat ini
hatiku bergetar lagi
akal ligat mencari jawapan
hati resah dengan pengharapan

Gerunnya dunia itu
Tatkala manusia memakmurkannya,
ada manusia yang meruntuhkannya
Tatkala manusia mengecapi nikmat
ada yang menyalahguna
Tatkala manusia menilaikan diri dengan pengorbanan2nya
ada manusia yang memperlekehkannya





Saat harapanku terbina
dengan azam langkah terkencang
jasadku mengupayakan diri mencari kekuatan
ruhku tega mempertahankan prinsip
upaya hati tetap terjaga , tidak sesekali terlena

ini sahaja yang aku ada
sekeping azam, seurat kekuatan, segulung prinsip

azam jiwa muda yang perlu dipantau setiap masa
supaya tidak menyalahi dari yang terdahulu makan garamnya,

kekuatan org muda yang mungkin terkondensasi
dek terik pancaran mehnah duniawi,

prinsip insan muda yang mungkin akan berhipokrit
dek taqlid, bebas dari bimbingan yang murabbi dan mursyid.

Ya rabbi..
Di manakah bimbingan itu
Upaya dan usaha diri ini mahu bersinergi
ingin kujauhi prinsip mengatakan
"yang paling benar adalah diriku ini!"

maka dengan azam, kekuatan dan prinsip itu
kubukakan hati
menerima manusia seadanya
mempercayai mereka setulusnya
menyerahkan akal untuk diberi ilmu pengetahuan
menyerahkan hati untuk diberikan peringatan

tapi hampa...
kerana disebalik penyerahan aqal dan hati
ada penyerahan harapan dari jiwa kerdil ini
harapan yang diisbatkan pada manusia
hampa belaka...


Ya rabbi...
kemana lagi harus kutujukan langkah kaki ini

Mahu menyerah diri ke kiri?
Maka natijahnya, kegetiran hidupku takkan berakhir

Mahu menuju ke kanan?
Firqah itu jelas, tabiat yang berlainan itu memagari

Mahu berpatah ke belakang?
Aduh!!! jangan sesekali memori lalu melintasi
luka ini berdarah kembali, air mataku mengalir tidak kusedari
fahamilah daku tak mungkin mampu menghadap ujian itu lagi..
sakitnya luka itu belum terubat dan belumku jumpa tabib yg mampu mengubati.

mahu terus kehadapan?
bagaimana? hampa sudah menjadi jawapan.

dan sekali lagi, aku terduduk terpaku berteleku
lututku lemah hatta untuk menongkat jisim jasadku
bagaimana dunia ini Ya Rabbi !!!
gerunku kini mengatasi ikhtiar diri
untukku, mungkin tidak pernah akan ada murabbi.



Nukilan luahan,
Hanisah Wanasan
27 oktober 2009
5.34 pm.
http://www.circles99.com/BiahSolehah

Monday, October 26, 2009

Ideologi

SERANGAN IDEOLOGI TERHADAP AQIDAH MASYARAKAT:KENYATAAN HARI INI.

Negara Islam ialah negara yang dalamnya tertegak segala syariat Allah dan ia bebas keseluruhannya dari apa bentuk dan pengaruh ideologi yang mempunyai prinsip yang bercanggah dengan akidah Islamiyyah secara langsung atau tidak langsung. Ia adalah sebuah negara yang didirikan dengan pengecualian prinsip-prinsip selain yang telah digariskan oleh Al-Qur’an dan As Sunnah.

Hakikatnya, pengaruh-pengaruh dari pelbagai ideologi telah lama meresap masuk ke dalam sistem pemerinatahan di majoriti negara-negara di dunia ini sama ada negara Islam ataupun negara yang telah mengishtiharkan negaranya sebagai negara Islam termasuklah Malaysia sendiri. Antara pengaruh hebat yang telah meracuni sistem pemerintahan dan memberi dampak negatif kepada cara hidup rakyat di sesebuah negara ialah komunisma,nasionalisma, sekularisma,liberalisme kapitalisma, materialisma dan pluralisma.

Segala ideologi yang negatif telah berakar umbi dan membarah dalam kehidupan kita sehari-harian. Punca terbesar berlakunya penyebaran ideologi ini ialah kerana sistem pemerintahan yang lemah. Pemerintahan di majoriti negara-negara hari ini telah mengikut sistem pemerintahan yang diajarkan barat yang sememangnya telah melancarkan agenda monopoli ini sejak lama dahulu. Sejak penjajahan barat keatas negara-negara yang dikenal sebagai negara dunia ketiga ini terpaksa memeterai perjanjian yang menjerut diri.

Kini, kesannya dapat dilihat menular dalam cara hidup dan perundangan negara sehingga menenggelamkan cara hidup yang benar iaitu cara hidup dan perundangan Islam . Inilah matlamat yang ingin dicapai oleh barat sepertimana gagasan yang dijuang oleh mereka sejak mula-mula datang ke negara kita dahulu iaitu gospel, gold, dan glory yang bermaksud kitab mereka iaitu agama mereka, kekayaan dan kekuasaan mereka ke atas umat Islam.

” Sejak dahulu hingga sekarang cuma sistem Islam saja di dunia ini, yang menyusun negara mengikut asas ideologi, yang bebas dari segala bentuk nasionalisma dan mengundang manusia membentuk negara tidak berkebangsaan dengan menerima asas-asas ideologinya. Oleh kerana perkara ini baru dan dunia keliling sedang bergerak ke arah yang bertentangan, bukan sahaja orang-orang bukan Islam, tetapi orang orang Islam sendiri pun tidak dapat menyedari sepenuh implikasinya. Idea ini terkeluar langsung dari pencapaian orang orang Islam yang lahirnya Islam, tetapi mendapat pendidikan dan latihan-latihan Barat, yang mempunyai pandangan hidup dan sejarah yang dipinjamkan dari sejarah dan politik Barat. Akibatnya ternyata di negara kita di mana orang-orang Islam lebih ramai dan merdeka, tetapi umat manusia jenis ini terus mengendalikan kerajaan. Mereka tidak nampak bentuk pemerintahan atau sistem negara yang lain kecuali pemerintahan nasional dan negara nasional. Ini disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan Islam dan tasawwur Islam terhadap masalah hidup dan tidak mempunyai konsep sebuah negara yang diasaskan dari kumpulan moral-moral tertentu dan prinsip kerohanian, bukan prinsip ras atau kebangsaan.[1]

Salah satu punca utama tersebarnya ideologi yang menyerang aqidah ini adalah siakp pemimpin sepertimana yang diterangkan dalam petikan diatas. Ia telah menular dengan senyap sehinggakan ramai manusia tidak menyedari dan menerimanya sebara bulat-bulat sebagai cara hidup. Nyatalah umat manusia yang terpengaruh dengan serangan ideologi ini telah membiarkan mindanya ditawan penjajah kuffar tanpa kesdudahan.

Masyarakat minda tertawan pula telah buta mata hatinya dalam menerima kebenaran. Mereka menjadikan Islam itu sebagai perkara kedua malah ada yang mengasingnnya secara total daripada kehidupan mereka. Bertitik tolak dari ara hidup yang salah itulah mereka telah banyak membuat keputusan dan pilihan yang salah bagi keadaan di sekitar mereka seperti memilih dan bersetuju dengan pemimpin yang zalim dalam memerintah tanah air mereka. Inilah anatara haangan-halangan yang telah lama wujud dalam pembentukan Negara Islam sejak dulu hingga hari ini.

Nasionalisma

Nasionalisma adalah satu gagasan yang diketengahkan sebagai satu alasan untuk perpaduan. Ia berteraskan ras, bangsa dan kaum. Bagi negara yang berbilang kaum, semangat nasionalisma atau cintakan negara dipupuk supaya rakyat sentiasa taatkan kepada pemerintah negara. Semangat nasionalisma dijulang seolah-seolah hanya mempunyai satu solusi untuk perpaduan iaitu cintakan negara lebih daripada mencintai Islam. Bagi negara-negara yang telah diacu mengikut acuan barat dan berlatar-belakangkan sejarah politik Barat, mereka tidak mempunyai rancangan hidup yang lain selain dari kehidupan dan sejarah kebangsaan negara-negara di Eropah. Secara sedar atau tidak, mereka telah menjadi mangsa ideologi nasionalis dan apa-apa rancangan yang difikirkan semuanya bercorak nasionalisma.

Tidak cukup hanya setakat ini sahaja, barat telah mendirikan sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dalam rumah Islam (negara Islam) dengan melontarkan rasa ragu dan ideologi atheis ke dalam jiwa anak Islam, mereka mengajar anak-anak Islam bagaimana rendah diri mereka, menghina agama mereka, tanahair mereka, meninggalkan segala adat dan kepercayaan mereka dan mengagungkan tiap-tiap apa yang datang dari barat. Mereka meyakinkan bahawa apa yang dihasilkan oleh orang-orang Eropah sahaja merupakan contoh yang unggul dalam hidup ini. Sekolah-sekolah ini mengandungi anak-anak Islam dan golongan atasan sahaja dan sengaja dikhaskan untuk mereka. Anak-anak Islam dan golongan ini terdiri dari anak-anak para pembesar, pemerintah dan orang yang akan mengambil alih kuasa pemenintahan umat dan rakyat ini tidak berapa lama lagi. Begitulah bagaimana penjajah teah menanamkan semangat nasionalisme dalam jiwa umat islam sejak dahulu.

Nasionalisma mempunyai kesan yang hebat keatas negara-negara yang menggunapakai gagasan-gagasan ini. Kesan yang yang ketara ialah undang-undang Islam dibelakangi oleh pemerintah dan rakyatnya dalam perjanan pentadbiarn sesuah negara. Sepertimana yang kita tahu, undang-undang Islam bersifat syumul dan adil. Maka apabila seseorang pemerintah itu telah menggunapakai sistem atau perlembagaan yang selain daripada sistem atau perlembagaan Isam, maka berlakulah kekacauan dalam pemerintahan negara tersebut. Antaranya ialah berakunya ketidakadilan di kalangan rakyat.

Jika memahami corak sesebuah negara Islam yang berasaskan prinsip-prinsip kerohanian dan akhlak, dengan mudahnya kita akan menyedari tentang sikap, pemikiran dan tindakan serta rancangan kerja tersebut tidak dapat dijadikan asas pembentukan negara Islam. Titik tolak pembentukan negara Islam ialah kita menolak semua soalan tentang kaum, ras dan bangsa , etnik, dan sebagainya. Jika diteliti perkembangan pemerintahan Rasulullah s.a.w ke atas negara Islam Madinah Al Munawwarah, kaum dan suku arab yang wujud di madianh al Muanwwarah ketika itu adalah lebih banyk dan lebih rincing semangat asobiyyahnya. Namun, dengan menggunakan satu perlembagaan dan perundangan Islam yang syumul itu sahaja, segala puak itu dapat disatupadukan dengan mudah. Mereka taat di bawah kepimpinan islam dan wujud masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu.

Justeru, bagaimana pemimpin-pemimpin hari ini masih tidak yakin dengan perlembagaan dan perundangan Islam ini sedangkan contoh kukuk telah ada. Ini hanyalah kerana doktrin ideologi nasionalisma yahudi dan nasrani ini telh berjaya ditanam dengan baik dalam pemikiran dan cara hidup pemimpin hari ini. Inilah yang menjadi kebimbangan yang serius dalam memikirkan cabaran-cabaran bagi pembentukan sebuah negara Islam.

Kapitalisma

Kapitalisma adalah teori yang dilaksanakan secara meluas di dunia Barat. Semenjak dunia Islam dilanda oleh serangan penjajahan kebudayaan, politik, serta ekonomi Barat pada Abad ke-21 ini, maka sebahagian besar dari negara-negara Islam telah mempraktikkan teori ini di negerinya masing-masing. Namun perlu difahami, bahawa Kapitalisme itu berlainan dengan Islam dalam beberapa segi ajarannya. Pada dasarnya, Islam menolak Kapitalisme, dengan alasan bahawa Kapitalisme itu adalah teori ciptaan manusia. Keraan sistem kapitalisma itu dicipta oleh manusia. Islam menilai, bahawa segala teori buatan manusia adalah bermaksud menentang syari’ah serta ciptaan Allah s.w.t. Islam telah ditetapkan sebagai penutup dari Kerasulan dan Kenabian serta agama, dan sudah ditentukan sebagai peraturan yang sesuai untuk masyarakat manusia seluruh zaman.

Kapitalisme membentuk jurang perbezaan dalam masyarakat secara ekonomi. Ia hanya mengutamakan beredamya harta dan segala hasil yang diperolehi kalangan kelas itu saja. Kapitalisma mengutamakan kekuatan dan kedaulatan kelas, yang turut mempunyai modal dan saham. Cara yang seperti ini tidak dibenarkan dalam Islam. Islam menetapkan perlunya mengatur hak milik individu, dan menghapuskan perbuatan mengumpul kekayaan. Islam menetapkan peraturan-peraturan yang menjamin penghapusan pengumpulan harta-harta itu, dan memerintahkan supaya harta itu dibahagikan di kalangan masyarakat, dengan cara yang sebaik-baiknya.

Selain itu, kapitalisme mengamalkan kebebasan individu, dan membolehkan pengumpulan. Ajaran ini menyebabkan manusia menjadi semakin rakus . Dalam sistem ini, segelintir individu-individu yang kaya dan merugikan golongan masyarakat yang miskin. Tentulah ini bertentangan dengan Islam, kerana semenjak dari langkah pertamanya, Islam sudah mengutamakan kesejahteraan masyarakat seluruhnya, dan mengharamkan berbuat sesuatu yang membahayakan kepentingan umum. Islam mengharamkan pengumpulan harta benda, merampas hak orang lain, atau memakan harta mereka dengan cara yang salah yang diamalkan dalam sistem kapitalisma.

Liberalisma

Liberalisma iaitu kebebasan berfikir dan bertindak individu tanpa had adalah satu fahaman yang muncul di Eropah juga.. Fahaman ini menyerap ke dalam masyarakat Islam melalui proses penjajahan dan pembaratan sekitar abad ke-16 atau ke-17. Reaksi umat Islam kemudiannya terpecah dua kelompok iaitu kumpulan yang menolak pengaruh barat dan kumpulan yang menerima. Kumpulan tradisionalis yang berpegang kepada asas-asas fundamental Islam telah menolak dan menentang barat dengan liberalismanya. Kumpulan kedua yang lazimnya mendapat pendidikan Barat atau liberal dan terpegun dengan kemajuan Barat yakin bahawa apa yang datang dari Barat adalah baik belaka. Mereka diminta meniru dan mendewakan Barat dan perkara ini berlaku di seluruh dunia Islam.

Ancaman paling ketara keatas Islam kini ialah munculnya kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai moderat islam. Kumpulan Islam Liberal ini membawa idea-idea liberal ke dalam pengalamalan Islam dalam kehidupan mereka. Kehadiran Muslim liberal telah menyebabkan cara hidup Islam yang syumul sebagai “ad-din” sedang diturunkan statusnya untuk menjadi agama sivil atau agama peribadi semata-mata. Konsep “moderat” tidak lagi diukur dengan skala al-Quran dan al-Sunnah yang hakiki seperti konsep keadilan (ummatan wasatan). Pada masa ini beberapa kosep seperti jihad dan dakwah serta institusi asas Islam seperti madrasah dan sebagainya sedang dicairkan dengan acuan barat amerika.

Golongan liberal ini tidak berminat berpegang kepada hadis nabi. Mereka mempertikaikan kesahihan hadis dan menolak outhoritinya. Di Malaysia kumpulan ini telah menolak hadis. Hadis menurut mereka hanyalah rakaman sejarah masa lalu. Ia boleh dibaca jika perlu. Sedangkan dalam Islam, Allah SWT telah memerintahkan hambanya taat kepada Tuhan melalui patuh kepada al-Quran, turut dan patuh kepada Rasulullah SAW sebagai Nabi dan juga Rasul. Gologan Liberal ini juga menolak autoriti agama. Mereka menekankan kebebasan memberi dan menentukan fikiran. Apa pun permasalahan agama, semua orang berhak memberi pendapat. Semua orang boleh berijtihad. Authoriti agama hanya diada-adakan. Oleh itu, para ulama’ tidak diperlukan.

Di Malaysia, apabila institusi-institusi agama, pihak berkuasa dan rakyat terbanyak masih kukuh pegangan agama, kumpulan minoriti ini tidak berani membuat pengisytiharan terbuka. Terdapat idea-idea yang mencabar sensiviti umat Islam umpamanya pengolahan semula al-Qur’an. Menurut mereka, Tafsir al-Quran banyak ditafsir oleh lelaki. Perempuan perlu tafsir al-Quran menurut cara berfikir wanita dan poligami tidak lagi relevan.

Menurut mereka, hukum faraid perlu penafsiran baru kerana hukum itu lebih memihak kepada kepentingan lelaki. Mereka menggunakan medium tulisan khasnya dalam bahasa Inggeris untuk mengembangkan idea mereka. Fokus mereka ialah golongan elit berpendidikan tinggi dan mahir berbahasa Inggeris mereka ini mempunyai jaringan dengan gerakan-gerakan luar Negara. Mereka juga mengkritik Islam dengan membandingkan dengan gagasan hak asasi manusia. Perlembagaan Negara pun dikritik khasnya hal-hal yang menyentuh Islam. Kumpulan Sister in Islam adalah pendukung kuat gerakan ini.[2]

Kumpulan liberal ini telah mendakwa bahawa liberalisma adalah pemodenan fikiran Islam. Mereka menyoal keteoritian al-Quran, Rasulullah s.a.w, Rukun Islam dan Rukun Iman Kumpulan Liberalisma ini sangat radikal. Mereka mahu menolak al-Quran, Syariah, menyamakan akidah Islam dengan lain-lain agama, menentang amanah lelaki, menolak ketentuan faraid dalam al-Quran dan lain-lain lagi. Gerakan kumpulan ini wajib dihapuskan.

Aliran pemikiran Islam liberal adalah bertentangan dengan prinsip aqidah Islam. Pemikiran Islam liberal boleh menjadikan seorang Muslim menjadi murtad, kufur, syirik dan fasiq. Ia berlawanan dengan doktrin Ahli sunnah Wa al-Jamaah.
Adalah jelas bahawa gerakan pemikiran Islam liberal telah mulai berhasil menimbulkan keraguan akidah dan seterusnya memecah-belahkan umat Islam seperti yang kini sedang berlaku di Malaysia. Golongan Muslim liberalis kini mendapat dokongan moral dan material dari pelbagai individu terutamanya dari Dunia Barat. Ini dapat dilihat dari persidangan, seminar, bengkel yang dianjurkan di dunia Islam.

Di Malaysia, pada tahun 2003 telah diadakan satu persidangan antarabangsa mengenai Islam dan cabaran madeniti yang dinamakan KALIF. Dalam seminar tersebut telah dihadirkan ramai tokoh-tokoh liberal Muslim dengan tujuan untuk mempengaruhi inteligensia Muslim di Malaysia supaya bersikap kritis terhadap warisan Islam. Inilah realiti usaha islam liberal keatas negara ini.



[1] Abul A’la A Maududi, Proses Revolusi Islam
[2] Khalif Munawwar. 2006. Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana ISLAM LIBERAL. Kajang. Akademik Kajian Tamadun

Thursday, October 22, 2009

Tinta buat sahabat

Cuba hayati, entri kali ini saya ambil dari seorang sahabat, tak pasti secara copy paste dr blog atau melalui kiriman email lama dahulu. Saya kerap memebaca artikel ini berulang kali dan mendalami makna yang tersirat di sebaliknya dan ia berkait rapat dengan hidup saya.. mungkin juga hidup anda..mari hayati..

SAHABAT…

pernah tak sahabat renungkan pada embun yg melitupi sarang labah2 dipagi2hari ?

pernahkah sahabat perhatikan itu?

pernahkah sahabat perhatikan akan erti yg tersirat disebalik kejadian Allahitu?

sahabat,ibrah sarang labah2 itu adalah cinta sejati seorang hamba pada Allah. dan cintanya yg sejati terhadap manusia kerana Allah.

sahabat,pernahkah sahabat perhatikan pada labah2 yg sedang membina sarangnya? begitu tekun labah ini, dan begitu khusyuk dan bersungguh2 dia.dia melakukannnya dgn penuh susah payah dan penuh kesukaran. bukanlah mudah membina struktur sekompleks sarang labah2.

sahabat... bukan mudah.... tapi dilaluinya juga kesusahan itu. kerana apa?kerana itulah " sunnatullah "kerana itulah fitrah seekor sang labah2kerana hendak menjadi pengajaran kpd akal manusia yg mahu berfikir.

sahabat,begitu juga sifat cinta yg sejati...ia bukan dibina dgn mudah. ia bukan diperlolehi dgn angan2 kosong atau penantian santai...

bukan!wahai sahabatku.... ia diperlolehi melalui usaha yg getir dan penuh dgn duri & ranjau. sahabat,cinta pada Allah adalah usaha berpanjangan membina diri menjadi insan yglebih sempurna. menyempurnakan ilmu melalui pembacaan dan pelajaran ygdiperlolehi dari arifiin. menyempurnakan ilmu dgn amalan yg istiqomah.perumpamaan seorang yg berilmu tapi tak mengamalkan ilmu adalah spt pohonyg lebat daunnya tapi tak berbuah. dari diri yg sudah mantap pengamalanilmu itu, datang pula dakwah. menyampaikan pada yg perlu. sampaikanlahwalau sepotong ayat.

Di sepanjang perjalanan itu, perbagai ujian dan cubaan akan datang menjadi tamu. menjengah menguji si daie. Apakah tegar cintanya padaRabbnya... atau apakah cintanya hanya seperti embun di rantaian suteralabah2?

sahabat,pernahkan sahabat perhatikan embun yg menumpang malam di rantaian suteralabah2?

sahabatku, itulah ibrah cinta dunia. cinta dunia tidak dimintadatangnya. perginya pula seperti juga embun itu. Tatkala datangnya mentari,maka sirnalah ia dari sutera labah2 tadi... seperti juga cinta dunia, pabiladatang kematian, berpisahlah si kaya dgn hartanya. berpisahlah dia dgnsaudara maranya utk dia menjawab soalan mungkar dan nakir. akan berpisahlahia dari pasangannya yg pernah menjadi tempat ia melafazkan sumpah dan janjisetia. tempat ia meluahkan segala kesetiaan pengabdian.

Namun,yg akantinggal bersamanya ialah hanya sekelumit mana ia menyimpan cintanya padaAllah... itulah yg bakal menjadi temannya berhadapan dgn realiti yg pernah didustakannya suatu masa dahulu ketika mana hidupnya di atas dunia dahulu.sahabat, itulah cinta dunia. dan seperti juga embun yg akan menjadi tamusutera labah2 saban fajar... begitu juga cinta dunia akan berkerumunmendekati dan menggoda orang2 yg hatinya sudah diabadikan kpd cinta padaRabbnya... ia akan datang dalam perbagai bentuk.... mungkin dalam bantukharta2 yg bertimbun2, mungkin dalam bentuk kekuasaan yg tak terbatas,mungkin juga berbentuk ladang2 yg luas, mingkin juga terbentuk dari saudara ygramai mungkin juga terbentuk dari pasangnnya yang mencintaii dunia. taksiapa tahu apakah bahagiannya. Allah memberi petunjuk kpd orang ygdiingininya dan mengazab siapa yg diingininya....


sahabat,hendaklah, kita seperti sutera labah2 ini. walau kita dikerumuni cintadunia, walau kita di hambat angin ujian, walau kita ditimpa hujanmusibah..... hendaklah kita se thabat sutera labah ini2. hendaklah cinta ygkita bina seperti sutera labah2 itu. baik dari segi tujuan akanpembinaannya, mahupon proses pembinaannya. Tujuannya adalah utk memenuhisyiar Allah... menyempurnakan fitrah kemanusiaan. Proses pembinaan adalahpenuh dengan tarbiah ruhiah yg baik diperlengkap dengan kefahaman yg mantapserta amalan yang istiqomah.sahabat,kita berlindung dgn Allah dari tertipu dgn tipu daya nafsu dan syaitan.hinggakan kita tersilap membina cinta ini, kita isi cinta ya dibina dgnembun dunia. bila datang realiti kehidupan, maka cinta yg telah disulamngan kata2 manis dan janji setia itu sirna bertukar menjadi mimpi2 malam ygmenagih2 nikmat tidur.

Ku khuatiri bila, kesusahan hidup datang bertamu. bilamasalah sedebu menjadi sebatu...
ketika itulah embun2 segar dunia tadi tersejat dan hilang entah kemana. yg tinggal adalah kesedihan dan penderitaan semata-mata..

TAFSIR AL FATH.

..بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[48.1] Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,

[48.2] Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

[48.3] Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).[48.4] (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

[48.5] (Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka);

[48.6] Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan perempuan, dan orang-orang musyrik - lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Ia akan mengecewakan RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman; dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

[48.7] Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka); dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[48.8] Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya), dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).

[48.9] (Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkan ugamaNya serta memuliakanNya, dan supaya kamu beribadat kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

[48.10] Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.

[48.11] Orang-orang "A'raab" (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): "Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami". Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah (wahai Muhammad: "Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Ia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (Tidak ada sesiapapun, dan apa yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu (dan Ia akan membalasnya).


[48.12] "(Itu bukanlah sebabnya) bahkan sebabnya kamu telah menyangka bahawa Rasulullah dan orang-orang yang beriman (yang pergi berperang akan binasa semuanya dan) tidak akan kembali lagi kepada akan isteri dan keluarga masing-masing selama-lamanya; dan sangkaan yang demikian itu diperelokkan (oleh Syaitan) di dalam hati kamu (serta menerimanya); dan lagi kamu telah menyangka berbagai-bagai sangkaan yang buruk (terhadap ugama Allah yang dibawa oleh RasulNya); dan (dengan itu) menjadilah kamu kaum yang rosak binasa".


[48.13] Dan (ingatlah bahawa) sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang kafir itu api neraka yang menjulang-julang.

[48.14] Dan (ingatlah juga bahawa) kuasa pemerintahan langit dan bumi adalah hak kepunyaan Allah, Ia berkuasa mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga berkuasa menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


[48.15] Orang-orang (munafik) yang tidak turut berjuang (bersama-sama kamu) akan berkata semasa kamu pergi (mengepong musuh serta) mendapat harta rampasan perang: Biarkanlah kami turut serta dengan kamu!" Mereka (dengan itu) hendak mengubah janji Allah (yang menentukan hanya orang-orang yang turut hadir di Hudaibiyah sahaja yang berhak mendapat harta rampasan perang itu). Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu tidak dibenarkan sama sekali turut serta dengan kami; demikianlah Allah menegaskan (larangan itu) semenjak dahulu lagi". Mereka akan berkata pula: "(Bukan Tuhan yang melarang) bahkan kamu dengki kepada kami", (apa yang mereka katakan itu tidaklah benar), bahkan mereka tidak faham kecuali sedikit sahaja; (mereka hanya faham tentang kehidupan dan kesenangan dunia semata-mata).


[48.16] Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tidak turut berjuang (bersama-samamu) dari kalangan kaum-kaum Arab Badwi: "Kamu akan diajak menentang satu kaum (penceroboh) yang sangat kuat gagah supaya kamu memeranginya, atau mereka menurut perintah Islam (secara damai). Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik (di dunia dan akhirat), dan kalau kamu berpaling ingkar seperti keingkaran dahulu, nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi sakitnya".


[48.17] Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.[48.18] Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya;


[48.19] Dan juga dengan banyak harta rampasan perang, yang mereka akan dapat mengambilnya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.


[48.20] (Sebagai memuliakan orang-orang yang memberi pengakuan taat setianya di Hudaibiyah, Tuhan menujukan firmannya kepada mereka): Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang kamu akan mengambilnya, lalu Ia menyegerakan untuk kamu harta rampasan perang ini, serta Ia telah menahan tangan manusia (pihak musuh di situ) daripada menyerang kamu; (Allah melakukan yang demikian supaya kamu beroleh manfaat) dan supaya menjadi tanda (yang membuktikan kebenaran janjiNya) bagi orang-orang yang beriman, dan juga supaya Ia menambahkan kamu hidayah ke jalan yang lurus.


[48.21] Dan ada lagi harta rampasan lain yang kamu belum dapat menguasainya, (tetapi) Allah telah memelihara harta itu dengan kekuasaanNya (untuk kamu mendapatnya); dan (ingatlah), Allah adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


[48.22] Dan sekiranya orang-orang kafir (dari penduduk Makkah) itu memerangi kamu (di Hudaibiyah), tentulah mereka akan berpaling melarikan diri dengan kekalahan; kemudian mereka tidak akan beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung atau memberikan pertolongan.


[48.23] (Kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) "Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.


[48.24] Dan Dia lah yang telah menahan tangan mereka (yang musyrik) daripada melakukan perkara yang buruk terhadap kamu, dan tangan kamu daripada berbuat demikian kepada mereka di kawasan Makkah, sesudah Ia menjadikan kamu dapat menewaskan mereka. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.


[48.25] Mereka itulah orang-orang yang kafir dan menghalang kamu daripada masuk ke masjid Al-Haraam (Makkah Al-Mukarramah) serta (menyebabkan) binatang-binatang korban (yang kamu bawa): tertahan dari sampai ke tempat sembelihannya. Dan kalaulah tidak kerana kemungkinan kamu akan melakukan pembunuhan yang tidak sengaja terhadap beberapa orang yang beriman, lelaki dan perempuan, yang ada di antara orang-orang kafir itu, pada hal kamu tidak mengetahui mereka beriman, yang akibatnya kamu akan menanggung kesusahan dan dukacita disebabkan pembunuhan mereka, - (tentulah diizinkan kamu menyerang kaum musyrik yang mengancam kamu itu). (Tetapi tidak diizinkan) kerana Allah hendak memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya. Kalaulah mereka (penduduk Makkah - yang beriman dan yang musyrik) itu berpisahan (di antara satu puak dengan yang lain), tentulah Kami menyeksa orang-orang yang kafir dari mereka dengan seksa (di dunia) yang tidak terperi sakitnya.


[48.26] (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[48.27] Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) - dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunnya).


[48.28] (Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).


[48.29] Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.


Latar Belakang pembicaraan

Asbab An Nuzul Al-Fath.· Surah Madaniayyah.
· Diturunkan pada tahun ke enam hijrah, 3 tahun selepas turunnya surah Muhammad.

· Rasullullah s.a.w bermimpi beliau bersama orang-orang Islam akan memasuki Makkah dengan kepala bercukur dan bergunting.

· Pada waktu tersebut, kaum musyrikin Makkah telah melarang mereka memasuki Makkah walaupun pada bulan-bulan haram.

Peristiwa Hudaybiyyah.

Walaupun rasullullah telah berjaya menubuhkan sebuah masyarakat islam di madinah, masih terdapat saki baki kaum yang tidak beriman dengan Allah natarnya ialah orang munafik yang pura-pura beriman, tetapi mengaku beriman dengan allah demi kepentinfan diri mereka. Antaranya dapat dilihat pada sikap orang arab Badwi yang berlengah-lengah dengan arahan Rasullullah untuk keluar bersama beliau untuk ke Makkah.Pada wakti itu, Rasullullah telah berniat untuk mengerjakan umrah tanpa berniat untuk berperang malah ingin masuk dalam keadaan aman dan damai ke kota tanah air yang dicintainya itu.Namun rasullullah bimbangkan ancaman keras oleh pihak musyrikin Quraysh yang sedang bermusuh dengan orang-orang Islam.Rasulullah bersabar dengan sikap mereka . kaum ansar dan muhajirinlah yang menemani Rasullullah s.a.w.


Apabila Musyrikin Quraisy mendengar khabar ini, mereka telah keluar beramai-ramai untuk menghalang Rasullullah dan rombongannya dari memasuki kota Makkah. Kemudian Rasullullah bersama pengikutnya menukar arah perjalanan yang ditunjuk oleh seorang lelaki dari bani Aslam dari kalangan mereka. Jalan tersebut sukar dan berbatu batu.Kemudian kaum Quraisy menyedari akan penukaran arah perjalanan Rasullullah apabila ternampak kepulan debu dari perjalanan rasullullah lalu merea lari mendapatkan Rasullullah s.a.w.Di dalam perjalanan, tiba tiba unta Rasullullah melutut tidak mahu bergerak lagi. Pengikut rasullullah pada masa itu menyangka unta Rasullullah sudah keletihan tetapi sebenarnya unta tersebut telah dihalang oleh kuasa yang telah menghalang tentera-tentera bergajah abrahah dari memasuki Makkah pada suatu masa dulu.


Dari kisah ini, kita dapat melihat betapa tenang dan yakinnya Rasullullah apabila sentiasa mendapat petunjuk dan perlindungan dari Allah.Rasullullah meminta rombngannya berhenti di tempat tersebut sahaja dahulu. Oleh kerana wadi tempat berhentinya mereka itu ketiadaan air, maka Rasullullah menyuruh seorang dari sahabatnya memacak anak panah Rasullullah lalu terpancarlah mata air dari tempat itu.Utusan Demi Utusan.Quraisy menghantar utusan demi utusan kepada Rasullullah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Rasullulah. Antaranya ialah Budayl Ibn Warqa' Al Khuzaie , Mukraz ibn Hafs ibn Al Akhyaf, al Hulays ibn Alqamah/ ibn Zaban, Urwah ibn Mas'ud bapa saudara Al-Mughirah ibn Syu'bah(pengikut rasullullah ketika itu).Rasullullah juga menghantar utusannya keada Quraisy bagi menyatakan hasrat mulianya tetapi orang yang diutus itu cuba dubunuh oleh kaum Quraisy tetapi telah dihalang oleh kaum Hubsyi.


Unta kepunyaan Rasullullah bernama Ath Tha'lab yang ditunggang oleh utusan tersebut juga telah disembelih mereka.Kemudian kaum Quraisy Mekah telah menghantar 40 /50 orang tentera untuk menyerang salah seorang sahabat nabi di tempat perkemahan nabi tetapi telah berjaya dtangkap oleh tentera-tentera Islam dalam rombonagn itu lalu dibawa kepada rasullullah. Rsullullah telah memaafkan dan membebaskan mereka. Tentera Quraisy yang tidak mengenang budi dan biadab itu telah melontar pula tentera Rasulullah dengan batu-batu dan anak panah.Tidak lama kemudian, Umar dipanggil oleh Rasullullah untuk dijadikan utusan ke Mekah tatpi oleh kerana umar ramai musuhnya dari kalangan kaum musyrikin Mekah itu, maka umar digantikan dengan uthman keraan lebih ramai pengaruh di Mekah.


Setelah sampai di Mekah dan bersemuka dengan kaum Musyrikin Mekah, uthman dibenarkan untuk bertawaf, tetapi Uthman bertegas untuk menunggu Rasullullah bertawaf dahulu.Setelah itu Uthman ditahan disisi mereka.Di kalangan rombongan Rasullullah telah tersebar khabar angin mengatakan Uthman telah dibunuh lantas Rasullullah mengadakan Baiah Ar-Ridhwan.


Tidak lama kemudian sampai pula berita bahawa khabar angin yang mengatakan Uthman telah dibunuh itu tidak benar.Suhayl Ibn A'mir telah dihantar oleh pihak Quraisy bagi tujuan berdamai.Perjanjian Hudaybiyyah TermeteraiSewaktu perjanjian ditulis (ditulis olh Ali), berlaku sedikit ketidaksehaluan apabila suhayl keras kepala menyebabkan rasullullah bersabar dan mengalah dahulu.ia berkaitan dengan permulaan tulisan dengan kalimah 'bismikallahumma' dan keengganan suhyl mengaku 'Muhammad Rasullullah'. Walaubagaimanapun, perjanjian tersebut selamat ditulis hingga ke syarat terakhir walaupun perjanjian tersebut berat sebelah keran berpihak kepada kepentingan Musyrikin Mekah. Rasullullah akur kerana beliau tahu dan yakin dengan hikmah yang tersembunyi yang disediakan oleh Allah.


Antara isi perjanjian tersebut ialah tentang:

· Gencatan senjata selama 10 tahun.

· Pemulangan mana-mana orang Quraisy yang masuk ke pihak Muhammad tanpa keizinan walinya tetapi tidak kepada mana-mana orang Muhammad yang masuk ke pihak Quraisy

· Tidak menceroboh, tidak mencuri, tidak mengkhianati.

· Sesiapa sahaja bebas untuk pilih memasuki dari mana-mana pihak yang mengadakan perjanjian.

· Pihak Muhammad akan pulang pada tahun tersebut, dan dapat memasuki Makkah pada tahun hadapan setelah orang-orang Quraisy keluar.

· Dapat tinggal di Makkah hanya selama 3 hari sahaja.

· Hanya dibenarkan membawa senjata seorang penunggang dan pedang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam sarungnya.


Kemudian berlaku pula kisah sedih Abu Jandal,anak Suhayl yang melarikan diri daripada kaum musyrikin Mekah yang menyeksanya. Suhyl mendapatkannya dan menamparnya . Perjanjian telah termeterai maka Abu Jandal ditarik untuk dipulangkan kepada kaum Musyrikin sedangkan Abu Jandal berteriak kepada kaum muslimin. Rasullullah menenangkan Abu Jandal dan menerangkan apa yang telah berlaku.Abu Jandal menghormati keputusan rasullullah dan perjanjian yang telah dibuat.

Setelah setelah perjanjian tersebut, Rasullullah telah menyuruh sahabat-sahabatnya menyembelih unta-unta korban dan bercukur. Rasullullah telah menyuruh sebanyak 3 kali tetapi tida siapa yang melakukannya lantaran terlalu sedih dan kecewa dengan keadaan mereka. Betapa kesabaran dan kesetian mereka telah diuji sehingga ke tahap itu.Ummu Salamah telah menasihati rasullullah melakukannya dahulu. Ternyata mereka mengikut perbuatan rasulullah setelah melihat Rasullullah melakukannya tetapi mereka hampir bergaduhan krn terlalu kecewa.


Rasullullulah berdoa kepada orang2 yang bercukur kerana mematuhi Rasullullah dengan ikhlas.Sewaktu Rasulullah berangkat untuk pulang ke Madinah, beliau telah menerima wahyu. Inilah Asbab An Nuzul surah Al Fath..Surah Al- fath diturunkan untuk memberi ketengan dan khabar gembira kepada orang Islam yang bersama-sama nabi ketika itu. Ia juag untuk memantapkan iman dan keyakinan mereka kepada Allah di samping menyatakan penjelasan dan redho Allah kepada mereka.

Seulas bicara dari akhlak Rasulullah s.a.w…..

Rasulullah tidak bertolak ansur kepada perkara yang bukan haq, berpendirian teguh dalam keyakinannya kepada Allah..

Sekalipun keputusannya melukakan hati sahabatnya yang dicintai..kebenaran tetap kebenaran..

Rasullullah bertajarrud, Akidah yang benar membuahkan keputusan yang tepat..

"Aku hanyalah hamba Allah dan rasulNya, aku tidak akan melanggar perintahnya dan Dia tidak akan mengecewakanku…"-Rasulullah s.a.w.

Sedamai janji Ilahi..

Hanisah bt Wanasan
14 Disember 2007
12.28 pm

Rujukan: Tafsir Fi Zilalil Qur'an.


Tafsir bagi ayat seterusnya: Rujuk link:

Tafsir surah al Fath: Ayat 1-3.
Tafsir surah al Fath: Ayat 4-5.
Tafsir surah al Fath: Ayat 6-7.

Jalan Dakwah; Antara Keaslian dan Penyelewengan.


Bahawa serendah-rendah peringkat pelaksaan ukhwah itu ialah saling berlapang dada, dan kemuncaknya adalah Itsar...

Perkara pertama yang diutarakan oleh Mustapha Mahsyur dalam buku ini merupakan persoalan matlamat dan sasaran. Matlamat sebenar seseorang muslim itu ialah mengagungkan kalimah 'La ilaha illAllah' dengan berpegang kepada 4 prinsip asas seorang pejuang Islam iaitu Allah tuhan kami, Al-Qur'an pegangan kami, Jihad jalan kami, dan syahid cita-cita kami. Seorang muslim mukmin yang berjuang mestilah bersih hatinya dari penyakit-penyakit hati yang berupaya melemahkan semangat mereka. Kisah tukang-tukang sihir Firuan yang telah setia kepada Islam selepas mereka beriman membuktikan seorang mukmin perlu mempunyai akidah yang benar di samping keyakinan yang mantap dari ilmu yang benar.


Sasaran sebenar jalan dakwah ialah untuk membebaskan watan Ilsami dari sebrang bentuk penjajahan dan menegakkan daulah Islamiyyah . Daulah Islamiyyah adlah lengkap apabila hokum-hukum Islam telah dijalankan secara meyeluruh di sesebuah negara itu. Antara penyelewengan secara individu ialah merasakan cukup dengan pencapaian dakwah yang tidak seberapa dan secara amnya ialah apabila hukum-hukum Ialam itu hanya dilaksanakan pada satu-satunegeri sahaja.


Bab kedua telah menghuraikan masalah penglibatan dalam jemaah. Perkara pertama yang harus dijelaskan pada para duat ialah tentang kefahaman sepertimana yang telah digariskan dalam rukun baiah. Perkara kedua ialah tentang sikap bermudah-mudahan dengan mengurangkan tugas jemaah dan amal jamai'e. Terdapat banyak pertubuhan -pertubuhan Islam yang tidak bersatu terutamanya dari segi methodnya maka seseorang harus memlilih jemaah yang mempunyai prinsip-prinsip berikut iaitu adanya manhaj kerja untuk menegakkan daulah Islamiyyah, kefahaman matlamat, visi dan misi yang jelas.Antara bentuk penyelewengan yang lain ialah terdapatnya puak puak kecil di dalam jemaah. Selain itu, terdapat lebih banyak hubungan peribadi daripada hubungan jemaah juga boleh membantutkan kesatuan dalam berjemaah..Sengaja membangkitkan pertelagahan,membebaskan diri daripada baiah, tidak menunaikan rukun baiah, bangga dengan nama jemaah juga menrupakapenyelewengan yang harus ditangani supaya ia tidak berakar di dalam sesebuah kesatuan.

Seterusnya saya akan menyenaraikan secara point untuk menyesuaikan dengan teksnya yang berfakta dan ringkas supaya lebih mudah difahami.

Penyelewengan kefahaman.

· Menyalahi usul 20. Contoh yang berlaku pada tahanan-tahanan yang disiksa kerana terlalu tersiksa menyebabkan iman mereka tergugat sekaligus menyeleweng dari garis panduan jalan dakwah.

· Mengurangkan nilai sunnah nabawiyyah kerana ingin disesuaikan dengan zaman baru. Sebab untuk mengurangkannya adalah alasan semata-mata.

· Membenarkan masalah juz'iyy daripada masalah kulliyy.

· Berseparuh dalam pegangan agama. Sebagai contoh, seseorang yang hanya menitikberatkan soal soal ibadah tetapi tidak kepada tuntutan jihad.


Penyelewengan Gerak Kerja dan Jalannya.

Mengikut cara parti-parti berpolitik yang terseleweng niatnya.. Kata Mustafa Mahsyur, kita bukannya suara-suara dalam pilihanraya tetapi kia mahukan orang-oarang mahu berikan diri dan harta mereka pada jalan Allah.

Tidak mengutamakan unsur pendidikan.

Kecuaian di dalam penyatuan.

Kecuaian mematuhi masalah syarat berjemaah.

Tidak jelas kefahaman dalam jihad.

Mempunyai semangat kenegerian.

Terpengaruh dengan ideologi manusia yang tidak munasabah untuk berada di jalan dakwah.

Mendedahkan jemaah kepada kongkongan orang luar.

Penyertaan dalam pemerintahan yang tidak menjalankan undang-undang Islam.

Sikap setiakawan yang melanggar prinsip-prinsip jemaah.

Mengenepikan prinsip syura dan nasihat.

Banyak bertengkar dan sedikit bekerja.

Tiada garis panduan perjalanan.

Cenderung kepada masalah tepian.

Menarik diri dari orang Islam.

Antara Kepercayaan dan Keraguan
· Kepercayaan terhadap rukun baiah.
· Lebih baik mendapat fitnah manusia daripada mendapat azab Allah.

Di Sekitar Ujian dan Dugaan

Tidak berputus asa sebelum menghadapi ujian.

Tidak menyingkirkan orang yang tidak sanggup menahan siksaan.

Tidak menjadikan ujian sebagai harapan.

Tidak mengenepikan hikmah di sebalik ujian.

Ujian bukanlah hukuman untuk kesalahan.

Terlalu memikirkan ujian akan melemahkan semangat.

Ujian adalah sunnatullah.
Dalil-dalil:
-Peristiwa yang berlaku kepada Khabbab Al-A'rat
-Kisah Yasir
-Surah Al Ankabut: 2-3
-Surah Al-Baqarah:214
-Surah Ali Imran: 179
-Al-An'am:34


Hanisah bt Wanasan
7 Disember 2007
2.48 pm

Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden

Sebagai dapatan dari kajian saya terhadap perkembangan gerakan Islam, ingin saya membuat kesimpulan terhadap bacaan saya dari sebuah buku bertajuk 'Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden' karya Riduan Mohd Nor sebagai tugasan kendiri saya pada sem ini.

Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang mencetuskan kebangkitan Islam di majoriti seluruh pelusuk dunia pada abad ke 70an hingga abad ke 90an ialah kerana kekecewaan masyarakat dunia pada sistem barat, keadaan sosial ekonomi yang tidak stabil dan kesedaran kendiri masyarakat pada keupayaan Islam sebagai jawapan dalam mengatasi masalah-masalah tersebut.

Antara isu-isu sejagat yang telah berlaku pada dekad tersebut ialah Islamisasi dan rampasan kuasa yang berlaku di Sudan yang telah menaikkan nama seorang tokoh pejuang Islam, Jaafar Muhammad Numeiri. Di Mesir idealogi Imam Hassan Al-Banna telah menymbang kepada kejatuhan Anwar Sadat, seorang pemimpin mesir yang telah berpaling dari Ihkwanul Muslimin.

Tekanan kepada gerakan dan radikalisme pemikiran telah menyemarakkan lagi api kebangkitan Islam. Revolusi Iran telah mencatat sejarah kemenangan Kerajaan Revolusi apabila Shah Iran digulingkan. Hizbullah dan golongan pemikir Islam seperti Dr Ali Syariati sebagai intelektual Islam turut menjadi penggerak yang hebat.


Di Afghanistan, Sheikhul Hadith Maulana Abdul Haq telah mengelurkan fatwa kewajipan berjihad. Tindakan ini disokong oleh Dr Abdullah Azzam, seorang warganegara Palestin yang telah berjinak-jinak dengan gerakan jihad sewaktu menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad Pakistan. Dr Abdullah Azzam telah menyatukan 7 tanzim iaitu pertubuhan Islam yang pelbagai bagi membentuk Kesatuan mujahidin Islam Afghanistan.Usamah bin Laden juga tidak ketinggaan namanya dalam perang jihad sebagai seorang dermawan pemberani yang disegani kerana telah menyumbang pelbagai kemudahan untuk gerak kerja tentera jihad di Afghanistan.

Di Algeria, kebangkitan Front Islamic Salvation iaitu Barisan Penyelamat Islam telah tertubuh atas kesedaran dengan pelaksanaan usrah-usrah, kesedaran di kalangan pelajar di kampus dan kesatuan tenaga masyarakat yang ingin bangkit menentang penjajahan perancis.Malik Bennabi merupakan salah seorang tokoh karyawan teks-teks usrah selain bahan haraki dari Hassan Al Banna dan tokoh-tokoh tersohor yang lain.
Turki juga telah mencatat kebangkitan parti Islam . Nama Mustafa Kamal Atarturk tidak asing lagi sebagai penjenayah dan perosak besar kepada negara bekas naungan khalifah itu.

Kejatuhan empayar turki uthmaniah hasil pakatan Mustafa kamal Ataturk bersama Yahudi meledakkan batas kesabaran bukan sahaja di kalangan umat islam di negara tersebut, malah di seluruh pelusuk dunia.. malah binatang turut mengeji tindakannya(Metafora).Sheikh Badiuzzaman Said An Nursi menentang regim Mustafa melalui perang fikiran atau 'gazwatul fikr' antaranya dengan menerbitkan risalah An-Nur yang menggabungkan ilmu aqidah dan fakta sains membuahkan hasil dalam mencelikkan kesedaran masyarakat Turki tentang betapa penindasan terhadap Islam telah membarah di bumi mereka.

Penubuhan Parti Mili Salamat telah bertukar nama kepada Parti Refah (Parti kebajikan) diterajui oleh Prof. Najmuddin Erbakan, dimana parti ini memenangi hati rakyat dengan sumbangan kebajikan bagi meredakan beban penindasan yang dideritai rakyatnya.Tajuk ini akan saya ulas dengan lebih mendalam setelah menghabiskan satu lagi buku bertajuk 'Turki; Negara Talam Dua Wajah ' terjemahan daripada karangan Dr Abdullah Azzam (tokoh yang menyumbang kebangkitan Islam di Afghanistan, seperti yang saya sebutkan sebelum ini.)

Sebagai kesimpulan awal, idea negara-negara yang dijajah golongan kuffar ini turut terpanggil dengan idea jihad Pan-Islamisme.

Seterusnya ialah tentang penubuhan parti-parti Islam di tanah-tanah juang tersebut. Ikhwanul Musimin telah diasaskan pada 1928 sewaktu Hassan al Banna berumur 22 tahun dan sedang mengajar sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah di Ismailiah dan di Kaherah.Mengagumkan bukan. Fikrah perjuangannya yang ditanam sejak usia muda dan beliau berjaya menjadi ikon mata rantai pejuang dan aktivis masa kini . Biodata dan jalan hidupnya telah saya muatkan dalam satu carta minda yang tidak dapat dimuatkan dalam laman ni kerana masalah format. Tajuk ini Insya'Allah akan saya ulas lagi berdasarkan buku karangan Ridhwan Mohammmad Nor bertajuk ' Memperingati 100 Tahun Hassan Al-Banna'. Dapatan baru saya ialah susur galur tokoh pimpinan Ikhwanul Muslimin sejak ditubuhkan sehingga kini.

Bermula Hassan Al Banna sebagai mursyidul am Ikhwanul Muslimin yang pertama,kemudian Syeikh Hassan Hudaibi yang kedua, diikuti Umar At-Tilmisani yang ketiga, Muhammad Hameed Abul Nasr, Syeikh Mustafa Masyur, dan yang terkhir Muhammad Mehdi Aqif sebagai mursyidul am Ikhwanul muslimin masa kini.


Partai Keadilan Sejahtera di Indonesia mencatat sejarah kebangkitan Islam yang berkesan pada bekas tanah jajahan Belanda tersebut. Dalam buku "Ulama' Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan', sejarah berasaskan kebenaran yang tidak dapat diselewengkan menceritakan Snuck Hurgrunje yang menyamar sebagai orang Islam danmengadakan pakatan bersama Belanda Indonesia untuk mematahkan kebangkitan ulama' pada masa itu terserlah juga. Namun pandangan-pandangan Snuck Hurgrunje tetap diguna pakai sebagai sumber rujukan sejarah. Sebagai contoh, buku teks sekolah menengah di Malaysia sendiri memuatkan pandangannya terhadap kedatangan pengaruh Islam ke nusantara pada abad ke 15 hijrah walhal pengaruh Islam telah lama sampai ke nusantara sejak pemerintahan khalifah lagi dan secara rasminya berpengaruh di nusantara 2 dekad (seingat saya) lebih awal dari tarikh yang termaktub dalam sumber asas rujukan pelajar-pelajar SPM tersebut.Begitulah golongan kafir memutarbelitkan fakta, memalsukan kebenaran dan menyelewengkan amanah. Fakta ini boleh dirujuk dalam buku karangan Abdullah Ishak yang bertajuk 'Islam di Nusantara'. Andai berpeluang, akan saya ulas tajuk ini dalam post yang berikutnya.


Pada masa kini, antara tokoh terkenal yang memperjuangkan Partai Keadilan Sejahtera ialah Dr Ir Nurmahmudi Ismail dan Dr Nurhidayat Wahid. Pelbagai aktiviti seperti usrah, mukhayyam, tamrin dan aktiviti rasmi telah dijalankan seperti Forum Lingkar Pena yang mengumpulkan penulis-penulis berbakat bagi menggalakkan dakwah dalam bidang penulisan. Ideologi mereka turut mempengaruhi pergerakan-pergerakan pelajar di kampus-kampus. Antara pertubuhan lain yang turut berjuang mempertahankan Islam ialah sarekat Islam, Nahdatul Ulama dan Ansor, Muhammadiah, dan Masyumi (Majlis Syura Muslimin) yang turut pernah dianggotai oleh HAMKA.
Di Algeria,selain Front Islamic Salvation, Sheikh Abdul Qadir Al-Jazair cukup sinonim sebagai tokoh perjuangan di negeri itu.


Jamiat Islami di Pakistan telah diasaskan oleh Abul A'la Al Maududi diikuti Mian Tufail Mohamed sebagai pemimpin selepasnya. Qazi Hussein Ahmad merupakan peneraju perjuangan Jamiat Islami sejak tahun 1987hingga kini. Jamiat islami juga mempunyai pertubuhan cabang sayap muslimat yang dikenali sebagai Halqah e-Khawatim. Gerakan pemuda pula dinamakan PASBAN.


Di Palestin, HAMAS , singkatan daripada Haraqatul Muqawwamatil Islam mencetuskan Intifadhah iaitu kebangkitan menyeluruh umat Islam menentang penjajah mereka. Antara tokoh yang memimpin ialah Syeikh Ahmad Yassin, Dr Abd Aziz Rantisi dan Khaled Mashaal yang memimpin perjungan yang tidak berkesudahan ini..


Begitulah sedikit sebanyak ulasan tentang buku ini. InsyaAllah, selepas ini saya akan meneruskan ulasan saya pada tajuk Jalan Dakwah, antara Keaslian dan Penyelewengan diikuti Ulama' dalam Sorotan Perjuagan Kemerdekaan mengikut perancangan saya yang amat dhaif ini, saya berserah diri kepadaNya, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepadaNya diatas kefahaman yang diberikan untuk saya berkongsi bersama antum sebagai wadah pemula kebangkitan ilmu untuk kebangkitan Islam kini… Wallahu A'lam.

Hanisah Binti Wanasan
6 Disember 2007
11.19 pm.

Monday, October 19, 2009

suci..madah buatmu permaisuri seorang mujahid

2..Uhibbuki mithla ma anti
uhibbuki kayfa maa' kunti
wa mahma kana mahma soroa
anti habibati anti

zawjati, anti habibati..





Zawjati (My Wifeeey...)
“Uhhibuki misla maa anteee”
I love you the way you are,
“Uhiibuki kaifa ma kunteee”
I love you the way you were,
“Wa mahma kaana ,mahaa saara“
No matter what did or will happen
“anti habeebati anteee”
You are and will be My Darling.

“Zawjateee…” My Wifeeey…“anti habeebati anteee”
You are and will be My Darling.

“Uhhibuki misla maa anteee”
I love you the way you are,
“Uhiibuki kaifa ma kunteee”
I love you the way you were,
“Wa mahma kaana ,mahaa saara“
No matter what did or will happen
“anti habeebati anteee”
You are and will be My Darling.

“Zawjateee…” My Wifeeey…

“halaali anti laa akhshaa adulan…an numaqteee…”
You're my rightful wife, I don’t fear sin… I don’t care not about those who like to reproach and irritate me.

laqad azina zamaanulana bi wuslim ghayri mumbatteee” I
t is our destiny to be Together eternally.

“Saqaytil hubba fi qalbi bi husnil fa a’li was-samti”
In my heart you instilled love With grace and good deeds.

“yagheeb-us’-sa’adu innibti”
Happiness vanishes when you disappear,

“Wa yasful a’yshu inji ti”
Life brightens when you're there.

“nahaari kaadihum hatta izaa ma a’ttulil baytee”
Hard is my day Until you return home.

“Laqituki fanjala anni duna ya izaaa tabassamteee”
Sadness disappears When you smile.

“Uhhibuki misla maa anteee”
I love you the way you are,

“Uhiibuki kaifa ma kunteee”
I love you the way you were,

“Wa mahma kaana ,mahmaa saara“
No matter what did or will happen

“antee habeebati anteee”
You are and will be My Darling.

“Zawjateee…” My Wifeeey…“antee habeebati anteee”
You are and will be My Darling.

“tagiku bi al hyaatu iza bi aa yauman tabarramti”
Life turns black When you're upset,

“fa asssaa jaahidan hatta aw haqqi qaamaa tamannaytee”
So I work hard To make your wish come true.

“anaaee anti fal tanay bi jifhil hubbi maa ashtee”
You're my happiness. May you be happy forever.Fa roohanaa qadi talafa ka mislil ardhi wa annabteee Our souls are united Like soil and plants.

“wa amali wa Yaa sakaanee Yaa unsi wa mulhimateee”
You're my hope, my peace My good company and inspiration.

“yatibul a’eshu mahmaa daaqatil ayyaamu intibteee”
Life is good, no matter how hard it is, When you're fine.

“wa amali wa Yaa sakaanee Yaa unsi wa mulhimateee”
”You're my hope, my peace My good company and inspiration.


“yatibul a’eshu mahmaa daaqatil ayyaamu intibteee”
Life is good, no matter how hard it is, When you're fine.

“Uhhibuki misla maa anteee”
I love you the way you are,

“Uhiibuki kaifa ma kunteee”
I love you the way you were,

“Wa mahma kaana ,mahaa…saaraa“
No matter what did or will happen

“anti habeebati anteee”
You are and will be My Darling.

“Zawjateee…” My Wifeeey…

Saturday, October 10, 2009

Teori Syukur-Sabar

"haaaah...tak laratnya......! "
" Jenuh la kalau tiap2 hari macamni.....!" bentak hati.

Perhatikan kata-kata di atas. Walaupun ia bukanlah apa yang disemburkan dari mulut untuk meluahkan segala ketidakpuasan hati tetapi,hati tetap berkata-kata, seolah-oleh dengan nada yang paling lembut tapi tajam!

Itu tandanya merungut.

Tiba-tiba aqal memintas. " Mengapa hati berkata begitu?"

"kerana aku memang tak larat" jawab hati.Kemudian hati berkata lagi, " aku tahu aku perlu bersabar, kerna itu adalah apa yang diajarkan Allah dan Rasulnya".

"Mengapa ya Allah dan Rasulnya menyuruh kamu bersabar?" tanya aqal.

" Kerana itu arahanNya. Jangan ditanya lagi. Taat sahajalah" jawab hati.

" Tidak. aku tahu diri kamu. Ketaatanmu akan pudar sekiranya kamu tidak benar-benar mengerti mengapa kamu masti bersabar" Tegas aqal.

" Kamu wahai aqal, aku tidak berani mempersoalkannya. aku akan cuba sedaya upaya mentaatinya. Mengapa Allah meminta hambanya bersabar itu aku serahkan kepadaNya. Yang aku tahu, segala yang disuruhNya adalah untuk kebaikan hambanya ini" hati berhujah pendek, merendah diri.

" Haah..betul kata aqal, sejauh mana kamu mampu bersabar. Bukankah manusia itu lemah. Kesabarannya akan tumpul juga. Lupakan sahaja kesabaran itu untuk kali ini. Bermujahadahlah untuk dugaan selepas ini. Kamu perlu kumpul kekuatan dahulu!" tiba-tiba nafsu menyampuk.

" Alasan. diam kamu nafsu!" sergah aqal.

" Entahlah... benar juga kata nafsu'' hati merungut lagi.

" Wahai hati, jangan bersikap lemah begitu. Biar kita rungkaikan persoalan demi memahami hikmahNya yang besar ini. supaya kita sama-sama sedar, ketakutan dan ketaatan kamu itu adalah kerana Allah cintakan kita" jelas aqal memujuk hati.

" Iyakah? Bagaimana itu?" hati gembira mencerah diri.

" Sekarang, cuba kamu beritahu aku, agak-agaknya mengapa manusia disuruh bersabar untuk dapat pahala. Mengapa bersenang-senang atau menyerah sahaja itu tidak dapat pahala?''

" hm..pahala itu ganjaran bukan.Sesuatu yang bernilai. sungguh aku tidak tahu jawapannya, tapi aku dapat menyimpulkan bahawa sabar itu adalah ukuran nilaian. Nilai sesuatu perkara itu bergantung kepada sabar" jawab hati hampir keliru.

" Iyakan? Ibrah seorang hamba yang memerlukan sebantang pen. Tiba-tiba ada pula seorang sahabat memberikan sebatang pen kepadanya. Lantas, dia boleh menerimanya, dan menulis dengan mudah. Cuba bayangkan jika si hamba itu tidak ada yang memberi pen kepadanya. Lantas dia akan berusaha untuk ke kedai dan membelinya. Cuba bayangkan pula sekiranya kedai itu tutup atau pen itu kehabisan, pasti si hamba itu akan mencarinya juga di kedai-kedai yang lain. Dan akhirnya dia jumpa pen yang dimaksudkan dan menggunakan untuk menulis. Ui...susahnya....tapi...sepanjang pencariannya, ada kesabaran yang terselit di hatinya bukan? Cuba bayangkan perasaan si hamba itu apabila menemui pen setelah bersabar untuk terus berusaha mencarinya... Pasti dia keharuan, puas hati. Dan yang paling penting, dia akan bersyukur kerana akhirnya dia berjumpa juga dengan pencariannya. Bersyukur kerana Allah memrikan nikmat untuknya memperolehi sebatang pen. Di situ, dia akan meletakkan nilai
sebatang pen itu sebagai nikmat Allah yang jauh lebih tinggi dari nikmat-nikmat harta benda lain yang diperolehnya tanpa bersabar tadi atau dengan percuma sahaja. dan si hamba itu sudah tentu akan menggunakannya bukan untuk perkara sia-sia dan menjaganya dengan baik sebagai tanda syukurnya..." aqal menamatkan hujahnya, mengharapkan hati faham perkaitan sabar dan syukur yang dimaksudkannya.

" hm.... alhamdulillah. satu lagi hikmah yang mencerahkan diriku.. benarlah, aku perlu bersabar kerana aku perlu bersyukur atas segala nikmatnya. Fitrahku, bila diriku menjauh dari iman, aku tidak menyedari bahawa syukur itu adalah haqq segala nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada si hamba ini. Tidak ada yang lebih penting seandainya seorang hamba pandai 'menghargai' tuhannya.' Menghargai ' Allah itulah yang dinamakan mengagungkannya, mengawlakannya dalam setiap perilaku dan keputusan kerana Allahlah yang paling penting dalam hidup seorang hamba.. " hati insaf, sayu,.. dan anak mata yang terkesan dengan rasa itu menerima isyaratnya lantas air mata terembes keluar dan mengalir melalui kelopak mata...

" Ya...Al-Khaliq jugalah yang mengilhamkan segala hujah antuma pada kali ini.. Inilah tanda cinta.. Itulah kesimpuannya.. sabar itu perlu untuk mensyukuri, syukur itu perlu untuk tetap mentauhidkanNya.. Bukankan Allah telah berfirman bahawa syukur itu lebih 'pantas' dari sabar .. dan itu semua adalah asas ibadah untuk mentauhidkanNya... sabar penting sebagai pemula usaha, sabar penting untuk mengistiqamahkan syukur, sabar penting untuk mengahdirkan ruh setiap ibadah... " Iman datang memberikan hujahnya yang menyinari hati dan aqal.

Akal kembali menyendiri dengan sebak. Ia hanya mahu mengingati Al Khaliq.
Hati pula merasakan suatu ketenangan yang tidak ada hujahnya lagi..

Thursday, October 8, 2009

Cinta itu Tanggungjawab 2





Subhanallah.. astaghfirullah..aku terlupa membesarkan jiwa.

Apalah yang ada pada hari ini sekiranya matlamat kita jauh lebih besar untuk hari yang mendatang. Syukur, puji tahmid buat Ar Rahman yang mengubati penyakit hati sesuai pada masa dan keadaannya.

Saat hati tersimpul pada kekosongan rasa dan bukan kekosongan jiwa yang minta diisi, Dia membukakan lembaran takrif cinta manusiawi seluasnya hingga aqal tidak dapat melihat sempadannya, aqal kenyang hingga tidak mampu menghadam hikmahnya lagi. Seolah-olah aqal telah berkata;

“ Cukuplah kefahaman yang dianugerahkan kali ini, cuma, yang menjadi harapanku adalah jangan dilupakan gagasan ini tatkala jiwa mengecil lagi”…

Benarlah, cinta itu tanggungjawab. Hatta harusnya seorang pencinta bertanggungjawab memahami takrifnya dahulu sebelum berani merasa atau mengaplikasikan untuk manusia.

Biarlah soal ini diasingkan dahulu kerana aqalku belum bijak menyeimbangkan, hatiku belum matang bermujahadah, Sungguh aku khuatiri aqal dari lelah. Aku khuatiri hati dari
Lemas dalam perjuangan itu..

Dan Laman Cintaku menambah suhufnya yang baru..

Tuesday, October 6, 2009

Bisikan Khannas

Ada kalanya si laknat khannas berbisik ke relung qalbu. Terdengar bukan bermakna terpengaruh dengannya. Terdengar bermakna di situ terdapat satu lagi persepsi yang perlu dibersihkan demi membentuk jatidiri al mukhlis. Al amir kerajaan dirilah yang mematahkan hujahnya ke akar umbi al haqq supaya ia tidak kembali semula. Maka su'zhan tadi menjadi bunga-bunga indah husnu zhan.. selebihnya, serahkan kepada Tuhanmu yang mengawal perjalanan dan interaksimu..

Si laknat khannas pergi, tetapi tetap menggenggam kemas janjinya;
'Akan aku perdayakan semua anak adam itu kecuali yang ikhlas'..

Relakan diri ditegur Yang Maha Penyayang. Interaksinya tidak perlu dengan kata-kata, cukup dengan tindak balas fitrah alam dengan af'al kita. Tidak ditegur bermakna tidak dipedulikan. Ditegur adalah kerana sayang, kerana diri kuat dan mampu menerimanya, kerana diri bersedia untuk satu lagi peningkatan ke darjah yang lebih mulia.. Jangan dipedulikan mehnahnya kerana ia adalah kaunuhu qaadirunnya, selain dariNya hanyalah muhaddas yang lemah.. Isbatkan af'alNya kerana makna haqiqinya hanyalah untuk kebaikan hamba semata-mata..

tadbir diri

Tidak ada masa untuk membenarkan aqal menerawang mencari jawapan-jawapan terhadap rezqi Allah itu. Disiplin minda hanya menetapkan perkara-perkara yang membantu dalam peningkatan iman sahaja yang boleh melintasinya. Sekiranya pernah ada tujuan yang tidak terancang itu mengawal perilaku, ia sekadar membiasakan diri dengan mehnah duniawi. titik tolaknya adalah istighfar dan iman memandu semula hati. Dan kita fahami bahawa sifat iman itu yazid wa yanqus, bertambah dan berkurang..

Saat ia bertambah, sedari si amiir kerajaan diri bahawa hanya Allah layak dicintai tidak kurang dari setiap detik dan ketika. Saat ia berkurang, sedari pertahanan kerajaan diri bahawa taat dengan penuh sabar itu jambatan kepada yazidnya iman hari esok..

bekas hati dibanjiri lintasan iman hari ini kerana aqal menjaga lintasan pengetahuannya pada hari semalam.. biusan iman meredakan penyakit hati apabila mengingati proses dunia ini hanya maudhu' yang kecil bahkan sempit di mata seorang hamba.air mata yang menitis kerana terkilan terhadap perilaku isi duniawi bisa mengalir deras kerana terkilan terhadap pentadbiran diri yang miskin hasil tuaiannya terhadap negeri ukhrawi...

Negeri ukhrawi..
titik penentuan bagi yang layak menjadi ketua bidadari,
titik penentuan bagi yang layak menjadi kekasih abadi,
titik penentuan bagi yang layak memandang wajah Ilahi,
titik penentuan bagi yang layak bertemu Dia manusia agung yang mencintai diri..
Ya Rasulullah...
Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad.

Jiwa

Laa uqsimu bi yaumil Qiamah...
Wa la uqsimu binnafsil lawwamah...

Jiwa yang mencerca diri itulah jiwa yang berhati-hati.

Dibenarkan dirinya bersahabat, tetapi mengkritik dirinya apakah sudah ditunaikan tanggungjawabnya terhadap mereka?

Dibenarkan dirinya sibuk melayan tugasan duniawi, tetapi mengkritik dirinya apakah sudah dieleaikan tugasan ukhrawi?

Dibenarkan dirinya bercita-cita, tetapi mengkritik dirinya apakah redho Allah terhadap dirinya menjadi matlamat utama?

Dibenarkan dirinya memandang, tetapi mengkritik dirinya apakah pandangan itu dengan nur dari relung qalbu yang ikhlas keranaNya?

Dibenarkan dirinya merindui, tetapi mengkritik dirinya apakah rindunya itu dalam lingkungan harapan para mujahidin?

Dibenarkan dirinya mencintai, tetapi mengkritik dirinya apakah cinta Allah dan rasul itu sudah ada di tempat pertama?

Monday, October 5, 2009

harapan tunggal

fahami hakikat perlunya sahabat. Manusia itu akan kuat apabila berjemaah. sebelum jaringan jemaah yang bersifat sosial itu dihidupkan sepatutnya wujud jaringan jemaah yang bersifat tunggal. Itulah kumpulan af'alul ibad pada diri seorang individu muslim.. Hati adalah amirnya (ketua), aqal adalah naibnya (pembantu), dan segala amal perbuatan adalah gabungan ketaatan dari segala pancaindera, bahagian-bahagian tubuh badan, baik pada dimensi ruh atau jasad.

Dan jaringan jemaah yang bersifat tunggal itu hanyalah berhajat kepada Allah semata-mata. Ia tidak memerlukan sahabat untuk menguatkannya, kekuatannya bersumberkan qudrah dan iradah Allah.. Doa dan harapannya yang menggunung itulah sikap seorang hamba untuk meminta dirinya tetap terpilih di sisi Allah..

Janji Allah itu pasti, Allah melorongkan hambanya kepada kenikmatan haqiqi sejak di dunia lagi, seandainya hamba itu tidak lemah kemahuannya, kuat berfikir dan bersyukur.

Fa idza a'zamta, fatawakkal a'lAllah..

Sunday, October 4, 2009

hamba setiap masa

aku rindu..

















aku rindu..
sebatang tubuh hamba yang suci hatinya, terjaga fikirannya, telus janjinya, lurus niatnya, sabar pakaiannya, diam bahasanya, senyum ucapannya, tenang dan tawakkal dalam urusannya...
aku rindu..
sebatang tubuh hamba yang indah akhlaknya, sopan perilakunya, tersusun urusannya, dan bertanggungjawab kepada sesiapa..
aku rindu..
sebatang tubuh hamba yang basah lidahnya memanggil tuhannya, hidup hatinya mengingati kalam-kalam cinta, bercahaya wajahnya kerana tinggi hasratnya ingin memandang wajah Tuhannya. wa wujuhun yaumaizin nadhirah..ila rabbiha naazhirah.. itulah hamba setiap masa.

23 tentera

aku akan terus menunggu dan mengharap..bahawa suatu hari nanti akan ada tangan-tangan yang insaf untuk bersama-samaku..akan kutunggu kalian sahabat-sahabatku..tapi kiranya masa terus berlalu tanpa jawapan dari kalian, hanya kepada Allahlah aku tempat kembaliku. kalian sahabatku, kalian yang terdekat denganku. Saban hari menghadap kalian bakal-bakal pejuang dan srikandi agama dengan penuh cinta. 9 putera agama yang mara berdiri di saff perjuangan ini dengan ruh jihad yang membara..14 puteri agama dan srikandi yang siap menjadi sayap kiri dan pembantu setiap masa.. akan ku tunggu..dan andainya kalian tahu bahawa setiap kali aku memandang kalian, tak lain tak bukan hanya dengan harapan dan kasih sayang. Wahai 23 tentera, masa itu akan tiba. Di medan pengajian Islam ini titik tolak ukhwah yang terpelihara. maka rantaikanlah ia..

Saturday, October 3, 2009

Tetap

Tetap pandanglah ke hadapan meneliti matlamat yang dicita-citakan di samping memelihara ketaatan. Dugaan yang ditempuh jangan diabaikan hikmahnya demi peningkatan. Nikmah Allah yang mengiringi dan yang bertambah janganlah dijadikan alasan untuk melihat kembali amalan. Bertegas dengan diri, tetaplah pandang ke hadapan, jika menoleh sekalipun janganlah lebih dari sekadar menilai keikhlasan.. Bimbangi diri merasa cukup dengan harapan ruuhiy dan ikhtiar jasadiy yang dilakukan, kerana ia membataskan mujahadah diri keperingkat yang dikalangan malaikat itu namanya menjadi sebutan..

Titik tolak setiap pertarungan jiwa itu adalah yakin dan syukur, ditempuh dengan sabar, dan tidak pernah berakhir kerana ia sentiasa bergerak dengan tawakkal.

Ikhlas, yakin. syukur-sabar.

Cinta itu Tanggungjawab

Redholah dengan firqah dan fitrah itu. Kemudian ikhtiar dan bertawakkallah dalam ketaatan. Andai lemah, ingatlah bahawa nikmat2 Allah itu spesifik untukmu, tetapi ia tidak khusus, maka berkongsilah.. Bagi mereka dan dirimu ada rezki yang telah ditetapkan. Berperananlah dengan peranan pada landasanmu yang unik itu. Andai rasa sudah cukup, ingatlah bahawa mereka insan2 terpilih yang dikagumi itu sentiasa merendahlan diri mereka.. Maka rendahkanlah diri di hadapan Allah, ttp sambutlah amanah khalifah dengan penuh cinta. Dan ingatlah bahawa Cinta itu Tanggungjawab.

Friday, October 2, 2009

istiqamah

yakini bahawa matlamat kita adalah matlamat yang besar, bukan matlamat biasa. Maka ikhtiarnya juga perlu dengan cara luar biasa. Jika ada yang memerlukan tarbiyyah, maka diri kitalah yang orang yang terawal yang perku memeriksa tarbiyyah diri. Jika ada yang memerlukan pengorbanan, maka diri kitalah yang terawal yang perlu mengorbankan diri samada harta, masa, tenaga, jiwa, fikiran bahkan sekecil-kecil perasaan. Jika ada yang memerlukan teguran, maka diri kitalah orang pertama yang memerlukan teguran samada yang memotivasikan atau yang 'melemahkan'.

Sabarnya diri kita perlu lebih dari ketabahan diri mereka.

Apa sahaja yang didatangkan baik nikmat atau ujian, tangga kedudukan kita tetap di tangga yang pertama, sentiasalah berbalik kepada status asal diri kita, iaitu seorang yang bermula dari kosong yang memerlukan pencerahan setiap masa, lemah yang perlu bersinergi dan berkongsi dengan makhluk2 Allah yang lainnya, hamba yang memerlukan penyerahan jiwa yang total kepada Islam setiap masa..

Ayyuhaz zamiliy, ayyuhas sohibiy.. fa anzir Innallaha ta'lam kayfa halana...

Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.

Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .












Inilah tugas seorang Da’e. Mendidik insan, memanusiakan. (berusaha membentuk manusia yang kembali kepada fitrahnya- tunduk dan patuh kepada RabbNya)
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.





Apa tugas seorang manusia?

1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e





Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.






Dan wahai AL Muaddib, tugas yang tertulis untuk kita adalah berjuang membentuk manusia yang berfungsi sebagai hamba, khalifah dan da’e yang baik. Itulah tugas kita dari satu sudut sebagai mata rantai perjuangan.






Menimba Ilmu, menjaga akhlak, menyalurkan ilmu, membentuk dan mendidik akhlak diri dan mad’u (anak-anak, khususnya kepada Muaddib yang akan berjuang di bidang pendidikan) bukanlah suatu usaha yang mudah.






Kesabaran, Istiqamah, kemahuan dan Azam, serta kesedaran tanggungjawab menjalankan amanah ini perlu dipastikan sentiasa segar buat jiwa, sesegar cinta kita pada perjuangan, jihad.. Ya, dalam konteks yang sama, jihad kita ialah untuk memanusiakan manusia.,Memastikan anak-anak ini mendapat tarbiyyah di peringkat awal supaya laluan mereka untuk menjadi jundiy yang berdiri teguh di saff tenteraNya menjadi mudah, ..InsyaAllah, Walau apapun, hanya Allah yang layak memudahkan segala urusan hambanya, milik Allahlah bagi setiap jiwa, ruh, jasad, niat dan usaha kita.







Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.




Sama-samalah kita berusaha menjernihkan anak-anak yang akan kita didik ini dengan kefahaman Islam yang sejati.






InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…




“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “


( Hadith Sahih)