Saturday, May 15, 2010

Melihat Semula Peta Perjalanan Hidupku.

hm... Macammana nak mulakan tulisan kali ni..
Sudah lama rsanya tak update blog ni, banyak perkara penting yg berlalu tanpa sempat tercoret di sini. Mungkin kerana kurangnya muhasabah. InsyaAllah..kali ini aku hati ini rasa terjentik untuk menulis untuk merenung semula pencapaian diri.

Hari berlalu tak terasa status sebagai seorang remaja akan bertukar kepada seorang wanita yang lebih banyak taklifannya.. Sesekali, dalam ralit melayan hidangan dunia, hati tersentak memikirkan adakah aku masih dalam laluan yang sama, laluan yang aku pernah rancang dengan teliti suatu masa dulu..peta hidupku.

Peta hidupku.. telah beberapa kali aku menukar 'kanvas' untuk memperbaharui lukisan peta hidupku, kerana telah berlaku beberapa kesilapan silam yang disedarkan oleh Allah, mujur aku masih diberi peluang saat itu. Lakaran jalan hidup yang salah itu Allah tunjuk dengan 'sirat mustaqim'nya.. dan lakaran yang diperbaharui itu, hingga saat ini hanya perlu diusahakan untuk direalisasikan..

Namun, apabila melihat semula lakaran itu hari ini, aku jadi bingung. Mampukah aku merealisasikan matlamat itu?...

Graf... ya graf pencapaian dari target ilmu-ilmu yang ingin aku pelajari dgn usahaku sendiri, apa sudah jadi?...tergendala. Buku-buku yang telah aku beli dan kumpul sejak dulu tak mampu ku hadam mengikut perancangan yg telah dibuat. Usahkan buku2 hard cover yang punya 500 halaman , makalah sesimple brochure pun aku tak mampu baca.
Apa jadi dengan kajian metafizika Al-Attas, apa jadi kajian pendidikan Al Ghazali dan Ibnu Khaldun, apa jadi dengan 1 semester utk mentelaah satu bidang ilmu.. apa jadi dengan pengajian pondok dan ilmu2 makrifah? apa jadi...

Aku sedar.. jika semua ni aku tak mampu kaut semula, aku takkan temukan impianku. Mendalami ilmuNya di tanah anbiya' itu hanya akan jadi angan-angan.Sujud dengan tenang di dalam masjidil haram pada masa2 lapangku itu hanya angan-angan. Memiliki kitab2 tebal karangan imam-imam itu hanya angan-angan.. Berjuang bersama suami tercinta, berkorban dan terkorban di jalanNya itu juga mungkin menjadi angan-angan..


Mengapa...

Mutabaahku? MasyaAllah.. buku mutabaahku sudah lama hilang.
Buku zikir hadiah tn guruku dr Baitul Qurra'.. entah dimana. mungkin terselit di dalam mana-mana folder akademikku dan sudah tentu, aku masih belum hafaz zikir2 itu. Amalan zikir maghrib isya'ku dan istiqamah?.. usah ditanya.
Hafazanku? MasyaAllah..
Rasa muraqabahku?... Astaghfirullah..

Melihat kembali apa yang aku perolehi hari ini membuatkan aku sering tertanya-tanya. Masih selarikah tindakan dan perancanganku?.. Apa yang aku peroleh hari ini pula adalah anugerah Allah yang tidak pernah tersenarai dalam peta hidupku. Anugerah tetap anugerah dan aku tetap mensyukuri kurnia Allah ini. Ia adalah rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.tetapi aku tetap merasakan ada sesuatu yang perlu diselesaikan untuk merealisasikan impianku.

Tapi aku masih kabur.. adakah aku perlu memperbaharui semula lukisan peta hidupku. Atau adakah aku perlu mengorbankan impianku kerana melihatkan usahaku hingga hari ini semakin lumpuh.. mungkin benar impianku itu hanya angan-angan.

Oh... dimana titiknya yang harus aku mulakan.. bagaimana harus aku perbaharui?..
Berikan aku kekuatan Ya Allah

Dan Allah punya perancangan yang lebih baik untukku.. Hingga saat ini, aku sedar Allah sering memerhatikan aku,azam-azamku,dan usaha-usahaku. Malu dan malu.

Aduhai... fikir dan fikir.

sesekali terfikir, mengapa tulis semua ni di blog? tak malukah dengan pembaca?
Tidak.. terpulanglan dengan apa sahaja tanggapan kalian kerana malu kpd kalian tidak bermakna lagi.. Yang penting ialah aku mampu menatap tulisan ini setiap kali aku membacanya, aku akan terus berfikir dan berfikir. Mungkin kerana lintasan hati ini hanya hadir pada ketika ini dan aku tidak mahu melupakan saat ini. Mungkin jika kalian bersimpati, selitlah namaku dalam doa kalian, mudah-mudahan dengan dengan berkat yg ada pada diri kalian itu mampu menaikkan nama dan permohonanku di sisi Allah.

Allahumma a i'nni ala dhikrika wa syukrika wa husni i'badatik. Ameen.. (T_T)

Monday, May 3, 2010

Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.

Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .












Inilah tugas seorang Da’e. Mendidik insan, memanusiakan. (berusaha membentuk manusia yang kembali kepada fitrahnya- tunduk dan patuh kepada RabbNya)
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.





Apa tugas seorang manusia?

1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e





Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.






Dan wahai AL Muaddib, tugas yang tertulis untuk kita adalah berjuang membentuk manusia yang berfungsi sebagai hamba, khalifah dan da’e yang baik. Itulah tugas kita dari satu sudut sebagai mata rantai perjuangan.






Menimba Ilmu, menjaga akhlak, menyalurkan ilmu, membentuk dan mendidik akhlak diri dan mad’u (anak-anak, khususnya kepada Muaddib yang akan berjuang di bidang pendidikan) bukanlah suatu usaha yang mudah.






Kesabaran, Istiqamah, kemahuan dan Azam, serta kesedaran tanggungjawab menjalankan amanah ini perlu dipastikan sentiasa segar buat jiwa, sesegar cinta kita pada perjuangan, jihad.. Ya, dalam konteks yang sama, jihad kita ialah untuk memanusiakan manusia.,Memastikan anak-anak ini mendapat tarbiyyah di peringkat awal supaya laluan mereka untuk menjadi jundiy yang berdiri teguh di saff tenteraNya menjadi mudah, ..InsyaAllah, Walau apapun, hanya Allah yang layak memudahkan segala urusan hambanya, milik Allahlah bagi setiap jiwa, ruh, jasad, niat dan usaha kita.







Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.




Sama-samalah kita berusaha menjernihkan anak-anak yang akan kita didik ini dengan kefahaman Islam yang sejati.






InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…




“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “


( Hadith Sahih)