![]() |
Cadangan situasi:
Sewaktu minum atau makan.
Alatan:
Air bancuhan gula.
Air bancuhan gula +perahan limau nipis.
Cara-cara.
1. Labelkan gelas yang berisi air bancuhan gula sebagai
gelas A dan gelas yang berisi air limau sebagai gelas B.
2. Rahsiakan air apakah
yang terkandung di dalam gelas tersebut.
3. Minta anak anda rasa
air dari gelas A. Tanya adakah air itu sedap. Tanyalah samada air itu sedap atau
lebih sedap.
4. Kemudian minta anak
anda rasa air dari gelas B.
5. Nyatakan bahawa air
dalam gelas B telah dimasukkan sedikit perahan limau yang masam. Minta dia merasakan
sedikit perahan limau jika perlu.
Ulasan:
Air gula:
perkara-perkara keseronokan dalam kehidupan
Perahan limau: perkara-perka yang menjadi cabaran dalam
kehidupan.
Anak-anak akan menyukai air gula kerana manis. Namun,air gula
bersama perahan limau itu adalah lebih sedap. Ketika anak anda merasakan
perahan limau sahaja, ia tidak akan menyukainya kerana masam. Terangkan bahwa
air gula itulah perkara-perkara yang menyeronokkan sedangkan air perahan limau
itu ialah perkara-perkara yang susah dalam kehidupan.
Simpulkan kepadanya bahawa kehidupan ini tidak seronok sekiaranya
tidak ada cabaran atau sedikit kesusahan. Ia penting untuk mengajar manusia
untuk menjadi orang yang berguna.
Tanyakan kepada anak-anak anda apakah kesusahan yang pernah
dialaminya. Sebagai contoh, anak anda mungkin pernah dimarahi oleh anda tetapi
itu semua perlu supaya dia matang. Jika tidak pernah dimarahi dan sentiasa
berada dalam keseronokan, dia akan lupa. Itulah pentingnya sedikit kesusahan
kerana ia member pengajaran yang baik.
Selamat mencuba!
© Tabaji Kozu Education, Inc. All Rights Reserved.
© Tabaji Kozu Education, Inc. All Rights Reserved.
No comments:
Post a Comment