Cadangan situasi:
Bila-bila masa yang dirasakan sesuai.
Alatan:
Biji benih kacang hijau yang telah
direbus.
Cara-cara:
1. Sediakan segenggam biji benih kacang hijau yang
telah direbus. Rahsiakan dari pengetahuan anak-anak anda bahawa ia telah
direbus.
2. Bahagikan biji benih-biji benih kacang hijau itu kepada anak-anak anda secara
sama rata.
3. Minta anak-anak anda semai biji benih-biji
benih tersebut di halaman rumah di
tempat yang berasingan. Jika perlu, sediakan tapak semaian khas agar anak-anak
anda mudah untuk menanamnya.
4. Beri tempoh selama seminggu untuk mereka
melihat hasilnya dan katakana bahawa nada akan memberikan ganjaran sekiranya
mereka oring menyemai benih kacang hijau tersebut. Simpan baki benih kacang
hijau yang tidak direbus di tempat tertentu yang diketahui oleh anak anda.
5. Selepas satu minggu, lihat hasilnya. Jika tidak
ada satu pun semaian di kalangan anak anda menjadi, berilah penghargaan atas
sikap mereka kerana mereka telah bersikap jujur.
6. Terangkan kepada mereka biji benih yang telahy
diberikan itu adalah yang telah direbus. Namun anda berbangga kerana tidak ada
seorang pun menukar bniji benih yang telah diberikan.
Ulasan:
Kejujuran itu sangat penting dalam
kehidupan. Nyatakan bahawa anak-anak anda pasti merasa kecewa dan hamper putus
asa apabila melihat semaian yang diusahakan itu tidak menjadi. Namun terangkan
kepada meraka bahawa di dalam kehidupan ini kita mesti bersikap jujur dengan
diri sendiri apalagi dengan orang lain walaupun kadang-kadang ia mengecewakan.
Selamat mencuba!
© Tabaji Kozu Education, Inc. All Rights Reserved.
Selamat mencuba!
© Tabaji Kozu Education, Inc. All Rights Reserved.
No comments:
Post a Comment