Thursday, March 19, 2009

Al Muaddib, Rungkaikan kekeliruan. Sabar sebagai jalan keluar.

Jemaah. Apa maksudnya? Persatuan. Persatuan untuk apa? Untuk menguatkan gerak kerja Islam. Gerak kerja Islam? siapa dia _yang menggerakkannya?.....................





Sahabat2ku, siapa yang menggerakkannya? adakah jawapannya:





"Ahli jemaah"? atau






sekumpulan muslimin (org2 Islam) yang faham, tahu mengendalikan dan melaksanakan gerak kerja Islam dengan penuh tanggungjawab sebagai hamba kepada Rabbnya, khalifah kpd makhluk2nya dan da'e kpd umat manusia?






Jika jawapannya ialah "ahli jemaah"lah yang menggerakkannya, tidak hairanlah mengapa berlakunya sekian banyaknya kekeliruan dari penggerak itu sendiri dan penyelewengan kepada manhaj untuk 'bagaimana Islam bergerak ' yang diajarkan Rasulullah s.a.w.







Mengukir ayat-ayat objektif, moto, visi dan misi gerakan amat mudah berbanding melaksanakannya.






Setiap individu yang mengaku berjuang untuk Islam bertanggungjawab memahami, menguasai dan melaksanakan setiap satu drdp taklifan-taklifan yang diamanahkan Allah padanya, jika gagal, individu itu menanggung DOSA.







Sahabat,
Satu perkara yang paling asas. ADAB. Adab seorang pejuang. (sebenarnya saya rasa tidak layak lagi untuk menggunakan konotasi "pejuang" untuk penggerak-penggerak yang mengalami kekeliruan dalam perjuangan)







Berjuang tanpa ilmu adalah sia-sia. Ilmu untuk kefahaman. Bukankah kefahaman itu rukun baiah yang pertama? Bagaimana seorang penggerak gerakan Islam dikatakan faham apabila 'umat' di sekeliling mampu mentafsir peribadi dengan kejelekan tingkahlakunya sahaja?







Wajarkah seorang pejuang itu menduakan matlamat akhir, 'mengamalkan' akhlak mazmumah ( bukan_tidak melakukan akhlak mahmudah), dan bertindak sesuka hati apabila di'rasa'kannya cukup betul, ('rasa' sahaja tidak relevan untuk kebenaran (al-haqq) yang memerlukan bukti).







Sahabat,
Untuk ini, saya akan terangkan dari tahap kefahaman kalian.
Untuk menggerakkan jemaah yang sejati, wujudkan jemaah dalam diri.







Sebagaimana yang difahami, gerak kerja berjemaah yang berkesan ialah apabila adanya wehdatul amal, kerana wujudnya wehdatul fikr (untuk wehdatul amal wa wehdatul fikr pula perlukan satu kefahaman yang khusus).








Kesatuan amal takkan tercapai bila tiada kesatuan fikrah. Kesatuan fikrah tidak berlaku apabila kefahaman tidak disatukan.




Kefahaman.
Nampak, punca kekeliruan ialah tidak faham.






Begitulah juga untuk mewujudkan jemaah dalam diri, perlukan kesatuan amal dan kesatuan fikrah juga.






Kesatuan amalnya ialah amal perbuatan yang menzahirkan tindakan yang betul dan akhlak terpuji,






manakala kesatuan fikrah ialah kefahaman tentang kebenaran yang memerlukan kerjasama akal dan hati.







Kesatuan akal dan hati
Untuk mewujudkan akal yang mampu bersatu, suatu usaha kompleks yang tinggi nilainya disisi Allah diperlukan.







Untuk mewujudkan hati yang mampu bersatu, usaha yang teliti juga diperlukan. Ia merupakan suatu tuntutan apabila menjadi seorang manusia.







kedua-duanya memerlukan 'tuntunan wahyu' (unsur spiritual)







Hati yang bersih bersatu dengan akal yang cerah sahajalah yang dinugerahkan dengan unsur-unsur 'wahyuNya' ( kefahaman yang jelas tentang Al-Qur'an).







Kesatuan akal dan hati itulah yang mengarahkan amal tindakan yang benar.
Akal + hati+ amal tindakan= asas individu muslim.








Penting duhai sahabat-sahabatku untuk memastikan diri sebagai individu muslim yang sejati. Silibus pertama di baab yang pertama lagi ada menerangkan tentang siapa itu individu Muslim.






Kelompangan perjalanan tarbiyyah di mana-mana tahap samada pembentukan diri , 'ahli',atau gerakan itu sendiri menyebabkan flow gerakan yang disanjung mana-mana jemaah itu sendiri cacat. Wajarkah memberi wala' pada yang cacat?(bukan_yang tidak sempurna)







Ini baru ulasan kecelaruan di peringkat individu, banyak lagi penyelewengan yang mampu ditafsir dengan hati yang bersih dan akal yang cerah (seandainya 'pejuang' Islam itu memilikinya).








Namun kelompangan ini bukanlah alasan untuk meninggalkan gerak kerja Islam. Kerja Islam perlu terus digerakkan, penjernihan diri WAJIB dilakukan. Bagaimana? Aplikasikan SABAR.








Gerakkan perjuangan Islam dengan jatidiri pejuang yang sebenar, cabaran saya untuk yang mengaku diri pejuang Islam!







Hanisah Wanasan

19 Mac 2009

Sg, Petani.

No comments:

Post a Comment

Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.

Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .












Inilah tugas seorang Da’e. Mendidik insan, memanusiakan. (berusaha membentuk manusia yang kembali kepada fitrahnya- tunduk dan patuh kepada RabbNya)
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.





Apa tugas seorang manusia?

1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e





Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.






Dan wahai AL Muaddib, tugas yang tertulis untuk kita adalah berjuang membentuk manusia yang berfungsi sebagai hamba, khalifah dan da’e yang baik. Itulah tugas kita dari satu sudut sebagai mata rantai perjuangan.






Menimba Ilmu, menjaga akhlak, menyalurkan ilmu, membentuk dan mendidik akhlak diri dan mad’u (anak-anak, khususnya kepada Muaddib yang akan berjuang di bidang pendidikan) bukanlah suatu usaha yang mudah.






Kesabaran, Istiqamah, kemahuan dan Azam, serta kesedaran tanggungjawab menjalankan amanah ini perlu dipastikan sentiasa segar buat jiwa, sesegar cinta kita pada perjuangan, jihad.. Ya, dalam konteks yang sama, jihad kita ialah untuk memanusiakan manusia.,Memastikan anak-anak ini mendapat tarbiyyah di peringkat awal supaya laluan mereka untuk menjadi jundiy yang berdiri teguh di saff tenteraNya menjadi mudah, ..InsyaAllah, Walau apapun, hanya Allah yang layak memudahkan segala urusan hambanya, milik Allahlah bagi setiap jiwa, ruh, jasad, niat dan usaha kita.







Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.




Sama-samalah kita berusaha menjernihkan anak-anak yang akan kita didik ini dengan kefahaman Islam yang sejati.






InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…




“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “


( Hadith Sahih)