Apa yang harus aku lakukan sekarang?
-terus taat
Untuk apa Taat?
-kerana adanya aku kerana Dia ada. Dia yang
jadikan aku.
Dia memerhatikan aku.
(terima kasih ya Allah, kerana memberikan
aku kehidupan dan peluang-peluang yang ada di dalamnya untuk ke syurga)
Bagaimana meraih syurga?
- Cari keredhaanNya
Bagaimana?
-usaha
Usaha itu susah, kadang kala berhasil,
kadang kala tidak
-Redha Allah hanya perlukan usaha,bukan
hasil yang maujud pada realiti material, tapi maujud pada qudrah dan iradahnya.
Usaha itu tetap susah kerana di dalamnya
mengandungi pelbagai kesukaran.
- syurga Allah bukan murah. Perlu dibeli
dengan usaha. Matawangnya ialah pahala..
Bagaimana boleh tahu kita mampu berusaha
atau tidak?
- Allah memberikan kehidupan, Allah memi njamkan
qudrah dan iradahnya kepada kita dan Allah tidak menjadikan penghalang kepada
usaha kita melainkan kemudahan semata-mata. Kita tidak cacat angota,
dikurniakan biah yang selamat tanpa halangan yang berat, dikelilingi ilmu-ilmu
dan sumber ilmu yang mudah.
Bagaimana untuk mengahadapi kesukaran dengan jayanya
- kamu perlu CINTA, dengan Cinta kamu
mampu.ia diiringi takut.
Cinta?
-Kamu perlu cintakan Allah.
Bagaimana?
- Dengan
menyedari bahawa Allah mencintaimu.
Tidak!! Aku hina. Bagaimana aku layak
dicintai.
- Kamu tidak yakin dengan janji Allah
Bagaimana untuk yakin?
- kenali diri kamu, rasai kelemahan kamu.
Maka kamu akan mengenali dan merasai
kebesaran Allah itu. Apabila kamu merasai, barulah kamu meyakini kata-kata dan
janjinya.
( Ya Allah... kenalkan diri hamba dengan
kelemahan diri hamba ini..)
Aku lemah..adakah Allah mencintaiku?
- jangan bertanya adakah Allah itu
mencintaimu.. Tapi tanyalah dirimu adakah kamu itu MENYEDARI bahawa kamu
dicintaiNya? Allah sesuai dengan ’siapa dia yang diberitakan pada hambanya’ -Ar
rahman..Ar Rahim.
Kamu adalah makhluk Allah yang paling
sempurna.
Di sisi makhluk2 Allah, Malaikat yang
diperintahkan sujud kepadamu kerana kedudukanmu hebat di sisi Allah. Kamu
dilantik menjadi ketua(khalifah) kerana malaikat, jin, binatang atau syaitan
sebagai makhluk yang lain tidak layak mendapat taklifan itu.
Di
sisi manusia, kamu sempurna kerana tidak ada cacat celanya pada anggotamu,
masih muda, masih mempunyai peluang yang banyak secara adatnya, ilmu2
disekitarmu, guru-guru mengelilingimu, sumber2 ilmu di merata-rata, kamu
dikurniakan harta sebagai rezki yang lebih berbanding manusia lain, kamu tidak
punya halangan yang berat, kamu punya sahabat yang tidak menentang, kamu punya
sahabat yang menyokong dan kamu punya biah jihad yang terhampar luas.
Maka..Usahakanlah tanpa penat jemu,Tinggalkan sikap berlemah diri.
Bersyukurlah..Jadikan Allah teman akrabmu, harapannmu, cintamu, matlamat
hidupmu, tujuan hidupmu.
No comments:
Post a Comment