Saturday, May 16, 2009

Pengujian. Pengukuran. Penilaian. Pentaksiran

Pengujian

Dalam konteks pembelajaran dalam bilik darjah - pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar.

Pengujian dalam bilik darjah- proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Dalam erti kata lain, pengujian ini merupakan alat pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun efektif.


Croanbach (1970)

  • “Ujian adalah satu prosedur yang sistematik
  • untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
  • Contoh

☻skala bernombor :

-30/100 untuk ujian penglihatan,

-100/200 untuk ujian kecerdasan ( IQ test)

-80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajarn seperti Sains.

☻sistem berkategori:

-“ ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian perosnaliti

- “ rabun warna” bagi ujian penglihatan.”

Muilagros(1981)

  • Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid
  • dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
  • Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

_________________________________________________________



Pelaksanaan pengujian –

terbahagi kepada dua kumpulan:

  • ujian berbahasa:

☻ Contoh :-ujian pensel

-kertas set ujian lisan

  • ujian bukan berbahasa

☻ contoh :- ujian prestasi

- ujian kemahiran psikomotor

-ujian membaiki radas elektronik.

Peringkat proses pengujian

-Persediaan

-pelaksanaan pentadbiran ujian

-pemeriksaan skrip jawapan.



TUJUAN PENGUJIAN

-Menentukan perubahan tingkah laku pelajar.

-Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran yang tertantu.

-Menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai mengikut keputusan pengujian.

-Menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajarnnya.

-Melatih pelajar sebagai persediaan untuk peperiksaan awam yang akan datang.



PENGUKURAN

Pengertian konsep:

-suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik

-tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai suatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu

-untuk menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki prestasi/ciri-ciri tertentu.

Contoh:

-Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Prestasi Ramli tidak dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, pencapaian matematik hanya diukur tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu sesorang individu atau pelajar mengikut alat yang digunakan.

-kemahiran melukis seseorang pelajar boeh diukur melalui pemerhatian/ pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.



Ciri pengukuran:

-tidak bersifat mutlak, kecuali pada pengukuran yang menggunakan skala nisbah.

-Contoh:. Pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat sepeti penggunaan pembaris.

-seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun 90 itu adalah dua kali ganda 45.

-Seseorang yang mendapat skor sifar juga tidak boeh dianggap sebagai tidak mempelajari atau mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Maka ia tidak bersifat mutlak.



Dua jenis pemboleh ubah asas pengukuran:

-jenis kuantitatif : 20 %, 50% dan 80%

-jenis kategori. : motivasi rendah, motivasi sederhana dan motivasi tinggi.



Kedua-dua jenis pembolehubah ini boleh ditentukan aras ukurannya dengan menggunakan menggunakan empat jenis skala iaitu :

-skala nominal

☻mengkategorikan pembolehubah berdasarkan persamaan dan seterusnya memberikan nama kepada pembolehubah berkenaan.

☻contoh: angka ‘1’ mewakili etnik Melayu dalam mengukur peratus etnik pelajar dalam sesebuah kelas.


- skala ordial

☻ skala yang memberikan nilai pemeringkatan atau penurunan

☻ contoh: angka 1- sangat tidak setuju

2- kurang setuju

3- sederhana setuju

4- setuju

5- sangat setuju

-skala sela

☻ data yang mempunyai ciri pemeringkatan dengan perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai.

☻ contoh: perbezaan suhu antara 35 darjah selsius dengan 25 darjah selsius adalah sama dengan perbezaan suhu 15 darjah selsius dan 5 darjah selsius iaitu sebanyak 10 darjah selsius. Skala ini tidak mempunyai nilai yang mutlak kerana ia disandarkan kepada jarak antara suatu nilai dengan nilai yang lain.


-skala nisbah

☻ mempunyai semua ciri skala sela tetapi ia tertakluk kepada nilai mutlak yang bermula dengan sifar(0) yang bererti kosong.

☻Contohnya, perbezaan antara 20 hingga 40 ialah sama dengan perbezaan antara 70 hingga 90. 90 boleh dinyatakan sebagai dua kali ganda 45 kerana nombor tersebut bermula dari nilai 0.


  • pengukuran di bilik darjah dibuat melalui tiga bentuk iaitu

-pemerhatian

-lisan

-penulisan.



TUJUAN PENGUKURAN

-Menentukan tahap pencapaian dan kedudukan di antara pelajar.

-Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam matapelajaran yang tertentu ataupun keseluruhan pencapaian akademiknya.

-Untuk pengelasan dan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai.

-Untuk membuat analisis, pentafsiran dan rumusan dalam sesuatu penyelidikan daripada keputusan pengukuran.

-Untuk pensijilan sebagai tahap pencapaian akademik dalam sesuatu peringkat persekolahan.

-Sebagai rujukan criteria bagi pihak yang berkenaan untuk tujuan tertentu.




PENILAIAN

Pengertian Konsep :

-satu proses sistematik untuk menetukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar.

-suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.

-melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.

-melibatkan tiga proses utama iaitu:

#menentukan ukuran

#menganalisis ukuran

#menyatakan nilai/ menginterpretasi ukuran.

Gay 1985

-penilaian adalah satu proses yang sistematik

-semasa mengumpul dan menganalisis data

-bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah dicapai.

-membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.

Stufflebeam (1971)

-penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna

-bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.

-menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan.

-pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk

-Kualitatif sahaja :

☻gred (A,B,C.D)

☻dinyatakan dalam nilai cemerlang, kepujian, lulus atau gagal

-Kuantitatif sahaja :

☻Hafizah dapat melukis gambar sebuah kereta dengan cepat, tepat dan bersih.

Prosedur penilaian ini secara ringkasnya boleh dilaksanakan dalam 5 peringkat iaitu:

1.Peringkat persediaan ujian

2.Peringkat pentadbiran ujian

3.Peringkat pemeriksaan dan pengukuran

4.Peringkat analisis

5.Peringkat interpretasi dan tindakan



Kategori Penilaian:

-Penilaian KEndiri:

☻bertujuan menentukan sama ada diri inidvidu yang menilai itu sendiri sama ada memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujain atau peperiksaan.

-Penilaian Guru

☻ bertujuan mennetukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannya

-Penilaian Piawai

☻ bertujuan menentukan percapaian seseorang pelajar berbanding dengan pencapaian pelajar-pelajar, dan seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu.

☻ Hasil penilaian piawai juga diguna untuk menentukan sijil/ pangkat sijil yang bakal diberikan kepada seseorang pelajar.


Tujuan Penilaian:

-Diagnosis

-Pencapaian

Pemilihan dan Penempatan

Bimbingan dan Kaunseling



Diagnosis

Maklumbalas yang diberikan dapat digunakan untuk mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar dari sudut :

☻Tahap : sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.

☻ kecekapan: cepat, cergas , lemah



Pencapaian

Hasil penilaian menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal.

Pihak sekolah menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.



Pemilihan dan Penempatan:

Guru memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka.

Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu.

Keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.



Bimbingan dan kaunseling

pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri.

mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran ialah iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.



Tujuan lain Penilaian bagi Ujian

Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.

Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.

Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.

Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya

Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.

Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.

Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.

Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.


Pentaksiran

Pengertian/ Konsep:

Pentaksiran satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Konteks pendidikan :pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran

dijalankan secara berterusan.



Tujuan Pentaksiran

Pentaksiran membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar dan guru serta pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna

Piawaian yang ditetapkan boleh memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada pengajaran dan pembelajaran

Keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur-unsur penting dan utama terhadap sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang berkaitan dengan piawai.

Pendidik dan pelajar mengunakan maklumbalas dari hasilan pentaksiran ini untuk memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pembelajaran mereka .

Pentaksiran boleh meningkatkan motivasi pelajar dan murid untuk belajar dengan lebih baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna dan sistem persekolahan yang lebih berkesan. (Klein, 2000)



Pentaksiran dalam bilik darjah terbhagi kepada tiga iaitu:

pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)

pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) .



Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

proses pembelajaran berterusan

dijalankan untuk memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan

supaya guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar dan murid.

Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri.



Peranan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran

mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran

mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar

memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran

mencipta strategi pengajaran yang berlainan dan peluang pembelajaran bagi membantu individu bergerak maju dalam pembelajaran

menyediakan maklumbalas dan arahan segera



Prinsip Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menjadi sebahagian dari perancangan efektif pengajaran dan pembelajaran

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menumpukan tentang bagaimana murid mempelajari sesuatu

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah diiktiraf atau diakui sebagai amalan utama dalam bilik darjah

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah di anggap sebagai kunci kemahiran profesional bagi guru

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah sensitif dan konstruktif kerana mana-mana pentaksiran memberi kesan impak

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengambil kira kepentingan motivasi murid

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah bertujuan meningkatkan komitmen murid terhadap matlamat pembelajaran dan berkongsi kefahaman tentang kriteria yang ditaksir

Pentaksiran untuk pembelajaran membentuk kapasiti murid bagi tujuan penilaian kendiri agar mereka boleh melihat keupayaan dan mengurus diri sendiri

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengiktiraf kemampuan keseluruhan pencapaian pembelajaran murid

Murid hendaklah menerima bimbingan konstruktif tentang bagaimana mereka boleh meningkatkan pencapaian



Diantara kaedah perancangan pentaksiran yang boleh digunakan oleh pendidik adalah seperti berikut :

Mengapa Mentaksir?

Membolehkan pendidik untuk menentukan langkah berikut bagi meningkatkan pembelajaran

Apa yang ditaksir ?

Setiap prestasi dan kehendak pembelajaran yang berkaitan dengan kehendak kurikulum

Kaedah yang digunakan ?

Kaedah pelbagai dalam mode yang berlainan yang mempamirkan kebolehan dan kefahaman

Memastikan Kehendak Kualiti

Ketepatan dan ketekalan pemerhatian dan penterjemahan pembelajaran

Harapan pembelajaran yang jelas dan terperinci

Maklumbalas terperinci yang tepat

Mengunakan Maklumat

Menyediakan maklumbalas yang terperinci bagi menunjukan prestasi pembelajaran

Petunjuk yang berlainan bagi menyatakan kedudukan pada tahap hasilan kurikulum

Menyediakan pelaporan terperinci buat pelajar dan ibubapa mengenai kedudukan pembelajaran dan memberi panduan untuk memperbaiki prestasi


Jadual 1 . Ringkasan Perancangan Pentaksiran Untuk Pembelajaran


Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)

proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar dan murid.

memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran.

pelajar berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta-kognisi (meta-cognition).

Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami.



Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran sebagai Pembelajaran adalah :

memberi contoh dan mengajar kemahiran pentaksiran kendiri

membimbing pelajar dan murid dalam menentukan matlamat, dan memantau prestasi mereka

menyediakan contoh-contoh amalan yang baik dan berkualiti yang melibatkan hasilan kurikulum

bekerjasama dengan pelajar dan murid untuk membentuk kriteria amalan yang baik dan jelas

membimbing pelajar dan murid dalam membentuk maklumbalas dalaman atau membina mekanisma pemantauan kendiri bagi mengesahkan dan menyoal pemikiran kendiri serta berpuashati dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang ketara dalam

mempelajari perkara baru

menyediakan peluang berterusan dan yang mencabar untuk diamalkan, agar pelajar dan murid menjadi yakin dan bersifat pentaksir kendiri yang kompeten

memantau proses meta-kognitif pelajar dan juga pembelajaran serta menyediakan maklumbalas yang terperinci

menyediakan persekitaran yang selamat bagi pelajar dan murid memperolehi peluang pembelajaran dan mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak sekolah atau pentadbiran.



Pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning)

berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang pelajar dan murid boleh lakukan,

mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya,

menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain.

Pentaksiran pembelajaran yang berkesan memerlukan pendidik dan guru menyediakan :

kaedah yang rasional bagi membolehkan pentaksiran kepada pembelajaran tertentu dijalankan dengan betul pada masa yang tertentu

kenyataan yang jelas bagi pembelajaran yang diinginkan

proses yang membolehkan pelajar dan murid menunjukkan kemahiran dan kebolehan atau kompetensi

kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir hasilan yang sama

penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan

kaedah yang telus bagi pentaksiran

deskripsi mengenai proses pentaksiran

strategi bagi membina semula apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam membuat keputusan .

Pendekatan

Tujuan

Rujukan

Pentaksir

Pentaksiran Kepada Pembelajaran

Penghakiman mengenai penempatan, peningkatan, penghargaan dan sebagainya

Murid

Guru

Pentaksiran Untuk Pembelajaran

Maklumat bagi hasilan pembelajaran guru

Pentaksiran piawai luar atau harapan

Guru

Pentaksiran Sebagai Pembelajaran

Penilaian kendiri dan pembetulan sendiri

Matalamat kendiri dan piawai luaran

Murid


Dengan bantuan pendidik dan guru, pelajar dan murid boleh mengharapkan tugasan pentaksiran kepada pembelajaran sebagai pentas untuk mereka mempamirkan kompetensi atau kebolehan dan juga halatuju persembahan pembelajaran.


Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.

Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran




Friday, May 15, 2009

Fiqh Al-Hadarah: Satu Renungan Awal (siri 3)

Entri ini saya pinjam dari www.rausyanfikir.com


Oleh Ibn Ramadhan

Maha suci Allah yang menguasai dan memiliki semua makhluk di bumi. Selawat dan salam kepada Rasul Muhammad saw ibni Abdillah. Seterusnya seluruh kaum keluarga dan para sahabat Baginda saw. Salam juga kepada ummat kebangkitan kali ke 2 walau di mana saja saudaraku berada, yang bersungguh-sungguh membuktikan akan kebenaran Agama Allah yang terakhir ini.





Saya berpendapat era kebangkitan Islam sebelum ini, yang dipandu oleh sebahagian gerakan ummat Islam semasa telah berjaya menterjemahkan `fiqh al-harakah` sehingga kebanyakan ummah dapat menerima bahawa perjuangan menegakkan kembali Islam mestilah bersama jamaah atau gerakan Islam. Ini `key-word` asas fiqh al-harakah. Kelemahan dan kesilapannya ada iaitu dalam usaha menjalankan kerja-kerja tersebut sebahagiannya gagal membina hadharah disebabkan mereka berfikiran akan dapat dibina bila adanya negara. Bila mereka tidak mewujudkan hadharah sendiri (hadharah Islamiyyah) yang sepatutnya mereka bina bersama-sama, mereka terperangkap dengan `hadharah semasa` yang menawarkan kekuasaan politik demokrasi, boleh kita simpulkan sebagai ketidakfahaman tentang `fiqh al-hadharah`.





Dalam perjuangan Islam yang penuh dengan mehnah dan cabaran ini menuntut ummatnya supaya lebih berhati-hati serta benar-benar faham akan hakikat perjuangan dan hakikat Agama Islam itu sendiri yang mesti diterima pakai serta diperjuangkan oleh penganutnya seperti yang dicontohkan oleh Baginda Rasul saw dan generasi awal. Supaya agama yang kita anut ini, mempunyai ciri-ciri persamaannya dengan anutan saudara-saudara kita yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita. InsyaAllah, usaha-usaha bagi memahami dengan lebih mendalam tentang fiqh al-harakah dan fiqh al-hadharah sesuatu yang sepatutnya mendapat tempat di hati-hati ummah kebangkitan kali ke 2 ini.






Dengan bersangka baik, insyaAllah! ummah akan dapat juga mengikutinya walaupun dengan perlahan-lahan. Seperti ummat Islam hari ini mulai faham untuk memperjuangkan Islam mestilah bersama-sama jamaah sekurang-kurangnya. Sebenarnya ummat Islam yang faham fiqh al-harakah bukan atas sentimen atau semangat sahaja, rasa terpanggil untuk menyertai jamaah atau gerakan Islam ialah untuk tujuan perjuangan membina atau membangunkan kerja-kerja Islam sebab kerja Islam ini BESAR, HEBAT, LAMA, JAUH BERJALAN, BERAT tak mampu dibuat atau dibangunkan oleh individu, sebab itu Nabi saw pun tak buat kerja seorang diri.






Wadah yang digerakkan berasaskan kefahaman fiqh al-harakah akan menjana kerja-kerja perjuangan kita. Disebabkan perjuangan kita perjuangan Islam ia akan menghasilkan Hadharah Islamiyyah. Jika wadah itu wadah sekular ia akan menghasilkan hadharah sekular, ringkasnya wadah jahiliyyah akan menghasilkan hadharah jahiliyyah.






Tetapi jika kefahaman tentang fiqh al-harakah pun tak jelas, cara-cara nak menjana pun kurang, apalagi sistem janakuasa pun `fashion` lama, tak Islamik, tiru tren jahiliyyah, ini yang selalu ummah akan hadapi gangguan `black out` bekalan tenaga. Adakah semua ummah kebangkitan kali ke 2 boleh terus bersetuju dengan wadah yang tidak berhasil menjanakan Hadharah Islamiyyah. Sebaliknya mengalihkan `beringnya` ke arah mencapai cita-cita politik semasa mengikut kehendak hadharah orang ramai.






Orang ramai yang jahil tentang Hadharah Islam begitu diplomatik menjuruskan kehendak mereka ke atas wadah atau pihak kita yang dah tercabut rasa malu mengidamkan `singgahsana` hadharah mereka? Ini satu lagi persoalan masa kini yang ummah kena betul-betul serius menangganinya.Ummah jangan `berjurus` tak kena tempat, taat kepada jamaah atau pemimpin selagi tidak bercanggah dengan taat kepada Allah swt dan taat kepada Rasul saw.






Peranan fiqh al-hadharah pula dapat mengatasi kejahilan ummat dan sikap fanatik kepada sesama makhluk yang sanggup memperbodohkan aqal sendiri. Fiqh al-hadharah ialah kefahaman secara yang bersungguh-sungguh untuk menghidupkan ajaran Islam itu sendiri dalam seluruh hidupnya secara peribadi, keluarga, kejiranan, jamaah, masyarakat dan sampai kepada yang lebih besar. Itu tujuan Islam diturunkan kepada ummat manusia,`Rahmatan lil`alamin`. Sebab itu bagi saya memahami fiqh al-hadharah ialah memahami sesuatu tentang seluruh sistem kehidupan seseorang Muslim itu sendiri, dari mana dia datang, untuk apa dia meneruskan hidup dan ke mana kesudahan segala aktivitinya.






Perjuangan menegakkan Hadharah Islamiyyah di Madinah telah bermula 13 tahun di Mekah lagi, dengan sekurang-kurangnya 2 percubaan/eksperimen hijrah iaitu ke Habsyah dan ke Taif. Seterusnya mengadakan perjumpaan dengan khabilah-khabilah dari Madinah pada musim haji dan mengIslamkan mereka lalu menghantar naqib atau murrabi kepada mereka bagi membina hadharah awal di sana. Saya lebih suka menyebut Hadharah Islamiyyah di Madinah bukan Negara Islam Madinah kerana istilah negara itu sendiri telah diberikan oleh generasi kemudian. Lagi pun istilah negara itu menjadikan ummah mudah keliru kerana ummah akan membandingkan dengan negara yang ada pada hari ini. Sedangkan yang Nabi dan para sahabat generasi pertama dulu tegakkan ialah, peribadi, biah termasuk keluarga yang beriman membina kekuatan ukhuwah dan ummah itulah sebenarnya hadharah.






Jadi rasanya sebagai ummah kebangkitan kali ke2 sepatutnya faham bahawa kita berpakat, berorganisasi, berjamaah ialah supaya kehidupan kita sekarang (semasa) dapat berjalan dengan baik dan mampu menghadapi suasana sekeliling yang bukan hadharah yang kita mahukan. Tiada makna kita berpakat untuk membina hadharah yang bukan hadharah Islam seperti sekular atau demokrasi, yang orang lain tentukan 24 jam sehari ke atas kita. Kita yang sepatutnya berpakat bersama-sama menentukan kehidupan hadharah sendiri.

Sebagai kesimpulan, suka saya menyatakan bahawa tiada apa-apa percanggahan antara kedua-dua gagasan fiqh al-harakah dan fiqh al-hadharah yang telah para ulama` terdahulu sampaikan kepada kita. Cuma kelemahan ummat sendiri sebelum ini kurang memahami keduanya atau terlebih tumpu kepada fiqh al-harakah lalu terbabas, sehingga merasakan kehebatan harakah masing-masing adalah segala-galanya. Harakah atau jamaah tidak boleh dipertikai atau ditegur langsung, begitu juga dengan para pimpinannya. Sedangkan harakah atau jamaah tadi cuma alat untuk menjana perjuangan iaitu kehidupan berhadharah sesama ummat Islam.






Jangan terkejut saudaraku! Alat, harakah atau wadah boleh bertukar ganti… hak Allah swt yang menentukan kepada golongan mana yang layak tetapi hadharah atau bentuk dan ciri-ciri Hadharah Islamiyyah sama sekali tidak berubah seperti yang dibina oleh Nabi Besar kita Muhammad saw dan seluruh ummat Islam generasi pertama dahulu. Semuanya kembali kepada kita sendiri yang harus mengenali dan tahu menilai agamanya sendiri. Semoga Allah akan memahamkan kita ummat kebangkitan kali ke 2 akan agamaNya.






Maksud firman Allah - “Ia menurunkan air dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api (lebur) untuk dijadikan barang perhiasaan atau peralatan yang diperlukan, juga timbulnya buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misalan tentang perkara-perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang sebagai yang tidak ada harganya (nilai). Adapun yang memberi manfaat dan faedah kepada manusia maka ia tetap berada di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal sebangai perbandingan” (ar-Radd 17).


Sekian dahulu, sebagai memberi pandangan, wallahu`alam bissawab!

Fiqh Al-Hadarah: Satu Renungan Awal (siri 2)

Entri ini ana pinjam buat selamanya dari www.rausyanfikir.com

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, teman-teman yang dikasihi yang diberkati Allah hendaknya dalam kehidupan moden yang penuh tipudaya ini.

Segala Puji bagi Allah Tuhan Empunya Sekalian Alam,
Ya Allah! Yang dengan keperkasaan kegagahanMu, dengan kepantasan kedatangan pertolonganMu, dengan kecemburuanMu terhadap pencerobohan kehormatanMu dan dengan perlindunganMu ke atas orang yang mendapat perlindungan dengan ayat-ayatMu;

Ya Allah, Limpahkan rahmat dan kesejahteraan keatas kekasihMu yang juga kekasih kami al-Mustafa, para anbiya' wal-mursalin, para malaikat al-muqarrabin, para hambaMu yang solehin dari kalangan awliya', syuhada' dan ulama' dan juga sekalian penduduk-penduduk langit dan bumi yang mengikuti jejak-langkah mereka itu sehingga ke hari kiamat.


Fiqh al-Hadharah sebagai satu kerangka besar kehidupan adalah lanjutan dari tradisi kesarjanaan Islam berhubungan dengan peranan dan kedudukan insan dalam melaksanakan amanah sebagai 'abdillah dan khalifatullah fil'ardh. Al-Farabi mengungkapkannya dalam Madinah al-Fadhila, Ibn Khaldun pula dengan Ilm al-'Umran dan Umran Hadhari, Shah Waliyyullah al-Dahlawi menggagaskan model Irtifaqat ke arah masyarakat rabbaniyyah illahiyyah.

Literatur Nasihat al-Mulk dan Adab al-Din wal Dunya karangan para ulama kita banyak sekali mengupas dan mengulas persoalan tadbir-urus atau governance individu dan masyarakat. Malah Shaykh al-Akbar Muhyiddin Ibn 'Arabi mengarang al-Tadbirat al-Ilahiyyat fi al-Mulk al-Insan (Pentadbiran Ketuhanan dalam Kerajaan Kemanusiaan). Justeru saya menggangap Fiqh al-Hadharah ini sebagai satu usaha ilmiah/amaliah bagi membina satu kerangka governan diri dan negara berdasarkan tradisi pandangan (worldview) dan pengalaman (lifeworld) Islam.


Tetapi sebelum kita boleh mengungkapkan secara tuntas Fiqh al-Hadharah dari tradisi kita, wajar untuk kita mengenali dan menyedari konteks kehidupan semasa yang mana Fiqh al-Hadharah ini ingin dilaksanakan iaitu KEHIDUPAN DAN DUNIA MODEN. Maka tidak dapat tidak kita mesti memahami apa itu MODENITI, MODENISME, MODENISASI, dan pemikiran MODEN. Ini kerana individu dan masyarakat berfikir dan bertindak berdasarkan latarbelakang konteks, paradigma-paradigma ilmu yang telah mereka lalui selama kehidupan mereka. Paradigma, kerangka konsep, tasawwur, pandangan alam dan kehidupan semasa kita mestilah dijelaskan terlebih dahulu sebelum kita ingin mengemukakan alternatif baru paradigma atau tasawwur tesebut. "Thinking out of the box" atau berfikir diluar tempurung mestilah diusahakan terlebih dahulu sebelum perubahan benar-benar boleh berlaku.


Secara ringkasnya, Modeniti sebagai satu manifestasi kebangkitan semangat zaman dan lingkungan masyarakat yang kemudiannya mencetuskan ideologi modenisme bermula di Eropah sekitar abad ke 17. Modenisasi dianggap sebagai satu proses/usaha masyarakat Eropah membebaskan diri mereka dari belenggu tradisi dan autoriti khususnya gereja dan agama. Semangat zaman dan lingkungan modeniti cuba memutuskan diri mereka dengan tradisi dan autoriti ini dengan memisahkan era kehidupan kontemporari dari era kehidupan sebelum mereka yang dinamakan sebagai Medieval Era (Era Pertengahan) dan sebelum itu Ancient Era (Era Purba). Justeru Modern Era adalah satu proses "tajdid/islah" Eropah untuk meninggalkan Medieval Era dan Ancient Era yang mereka anggap membebankan kehidupan semasa.

Slogan-slogan seperti The Age of Discovery, The Age of Reason, The Renaissance, The Enlightenment, The Reformation semuanya merujuk kepada semangat modeniti. Slogan-slogan teoritikal ini dipropagandakan dari abad ke 17 yang kemudiannya diterjemahkan secara praktikal dalam Revolusi Perindustrian di Britain, Revolusi Politik di Amerika dan Perancis pada abad ke 18, dan pada abad ke 19 dan 20 pula modeniti telah disulam sepenuhnya ke dalam kehidupan sosial-ekonomi-politik, sains, teknologi dan inovasi, industri, budaya dan ketenteraan. Apa yang kita disogokkan oleh idea-idea modeniti seperti secularism, liberalism, developmentalism, urbanism, cosmopolitanism, positivism, globalism malah post-modernism (pasca-modenisme) itupun tidak lain dan tidak lari dari semangat modeniti, proses modenisasi dan ideologi modenisme.


Dari sejarah tercetusnya modeniti yang sebenarnya adalah penentangan masyarakat Eropah terhadap dogmatisme, kejumudan, kelesuan, bebanan silam beberapa hakikat dan sifat modeniti boleh kita kenalpasti:

1) Antrophocentric worldview and way of life: Sikap dan keyakinan bahawa keupayaan semasa manusia adalah paksi/kunci pembentukan kehidupan dan pandangan alam.

2) Rejection of tradition and traditional values: Ini sekaligus menafikan peranan tradisi dan autoriti dalam menentukan pandangan alam dan peraturan kehidupan.

3) Sacralization of society: Sebagai ganti kepada tradisi dan autoriti, masyarakat sendiri menjadi penentu kebenaran khususnya apa yang disebut sebagai suara majoriti.

4) Akibat dari mengkuduskan masyarakat, maka kehidupan pragmatik/praktikal sosial-ekonomi-politik menjadi tumpuan utama kehidupan mengatasi kepentingan penjernihan akal, pembersihan ruh, peningkatan diri yang menjadi fokus utama kehidupan pra-modeniti.

5) Obsesi terhadap kehidupan lahiriah ini menjadikan modeniti sangat menekankan soal fakta, visuality dan visibility dalam menilai kebenaran justeru membentuk satu faham epistemologi tentang kebenaran/ilmu yang rasionalis (bergantung kepada akal-ratio), empiris (bergantung kepada panca-indera) dan materialis (bergantung kepada kebendaan zahiriah).

6) Dan akhirnya ontologi modeniti hanya meyakini perkara-perkara yang dianggapa objektif dan real pada kehidupan zahiriah, menolak metafizik apatah lagi perkara-perkara ghaybiat.


Kesimpulan setakat ini menunjukkan bahawa sebarang bentuk perubahan individu dan masyarakat mestilah dimulakan dengan pemahaman dan perubahan epistemologi, faham ilmu dan kebenaran dan juga pemahaman dan perubahan ontologi, faham wujud dan kehidupan.

Tanpa pemahaman dan perubahan epistemologi dan ontologi tidak mungkin sebarang perubahan besar dalam diri dan masyarakat boleh berlaku. Perkara sebenarnya telah lama diperkatakan oleh Malek Bennabi, Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan saya juga mendapati Prof. Muhammad Said Ramadhan al-Buti dalam buku beliau Manhaj al-Hadharah al-Insaniyyah fi al-Qur'an juga membahaskan soal ontologi, hakikat insan, kehidupan dan alam dan juga epistemologi, hakikat ma’rifah dalam mengemukakan pandangan beliau.


InsyaAllah kita akan menyambung perbincangan ini bi iznillah.
Al-Dhaif ilallahi al-Qawiy Ibn Muhammad

Dr. Amran Muhammad,
Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Fiqh Al-Hadarah: Satu Renungan Awal (siri 1)

Entri kali ini saya pinjam buat salamanya dari www.rausyanfikir.com


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, teman-teman yang dirahmati Allah dalam dunia yang serba fana ini.



Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan kedamaian kepada junjungan kami, Muhammad, pembawa dan penyampai khabar gembira (basya'irul khayrat) kepada kaum mukminin, sebagaimana firman Allah SWT: Dan berikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang beriman (2:223). Dan bahawa Allah tidak mengabaikan pahala orang-orang beriman (3:171).



Saya mula-mula menyebut mengenai Fiqh al-Hadharah ini sewaktu menyampaikan ucapan dasar sebagai Presiden MISG-UK&Eire pada tahun 2001-2002. Kemudian teman-teman meminta saya mengembangkan idea ini tetapi tidak berpeluang kerana pulang dari UK saya terus diamanahkan sebagai YDP Wilayah Persekutuan. Kemudian Saudara Presiden Yusri Mohamad mempelawa saya sebagai Ketua Biro Pendidikan ABIM Pusat selain memangku jawatan Setiausaha Agung. Bagaimanapun Alhamdulillah, oleh kerana amanah saya sebagai pimpinan ABIM sudah dipenghujung maka saya berpeluang semula untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengembangkan idea Fiqh al-Hadharah sebagai satu projek mengemukakan peranan besar Islam dalam menangani Modeniti. InsyaAllah.





Sekitar akhir 1990an dan awal 2000an, terdapat sarjana yang telah membicarakan soal "post-Islamism", "post-political-Islam" yang merujuk kepada fenomena pasca-gerakan Islam atau pun pasca-aktivisma gerakan politik Islam. Perkara ini timbul kerana pengkaji "Islamism" atau "Islamic activism" mendapati semacam gerakan Islam telah kehilangan jika tidak kehabisan dinamika dan relevan dalam paradigma yang sedia ada. Dinamisme dan relevansi manhaj Sayyid Qutb, Abu al-'Ala al-Mawdudi malah Ayatullah Ruhullah Khomeini mula memperlihatkan ketidakupayaan dalam menghadapi cabaran zaman dan lingkungan. Paling jelas idea "Pembentukan Negara Islam dan Perlaksanaan Hukum Hudud" kini menjadi passe/outdated bagi aktivis Islam.




Diwaktu yang sama juga kita mendapati kritik terhadap manhaj gerakan Islam dan aktivisme gerakan Islam ini bukanlah satu perkara baru. Dahulu lagi Allahyarham
Fazlur Rahman telah menyebut perkara ini, begitu juga Allahyarham Malik Bennabi. Malah di negara kita Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas juga seringkali memperkata persoalan ini dalam kuliah-kuliah beliau. Antara perkara pokok yang membawa kepada ketidakupayaan manhaj gerakan Islam atau aktivisma gerakan politik Islam ialah kurangnya perhatian yang diberikan terhadap dimensi tradisi keilmuan dan keruhanian yang menjadi teras kepada kekuatan peradaban Islam sejak zaman-zaman. Dalam bahasa yang agak "extreme" bahawa ianya seperti "ill-informed and naive political and social activism resulted in intellectual bankruptcy and spiritual impotency".




Pada fahaman saya fenomena "paradigmatic exhaustion" yang berlaku kepada manhaj "fiqh al-harakah" bukanlah hal yang memeranjatkan jika kita melihat kepada asal-usul pemikiran manhaj "fiqh al-harakah" itu sendiri. Pengaruh Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad 'Abduh dan Rashid Rida (Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh-ruh mereka) jelas sekali membentuk orientasi aktivisma politik dan sosial gerakan Islam. Tetapi yang lebih utama lagi bahawa kesemua tokoh-tokoh ini dikenali sebagai tokoh-tokoh modenis Islam. Dalam erti kata yang lain pembentukan manhaj "fiqh al-harakah" terbina dari faham-faham modenis yang meskipun telah di"Islamisasikan" masih meninggalkan kesan modenism dalam pemikiran dan tindakan gerakan.






Saya mengusulkan manhaj "fiqh al-hadharah" sebagai ganti kepada "fiqh al-harakah" melihatkan kepada kegagalan gerakan Islam dan aktivisme Islam untuk menggarap kekuatan tradisi ilmiah, ruhaniah dan adabiah Islam dalam modus operandi mereka. "Fiqh al-harakah" dalam banyak hal dipengaruhi oleh pemikiran modenis terutamanya dalam penolakannya terhadap tradisi ilmiah, ruhaniah dan adabiah Islam dan juga
penumpuan yang berlebihan terhadap persoalan politik dan kuasa. Ini bagaimanapun memerlukan kita menghuraikan terlebih dahulu apakah itu modernity, modernism dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti secularism, postmodern dan seumpamanya.



Persoalannya ialah tanpa disedari bagaimana mungkin gerakan dan aktivisma Islam yang dipengaruhi, dicorakkan dan diwarnakan dengan faham modenism/modeniti boleh mengemukakan alternatif Islam dalam menangani kemelut kehidupan manusia semasa. Cabaran kepada gerakan dan aktivisma Islam ialah untuk mengeluarkan diri mereka dahulu dari penjara dan perangkap modenism/modeniti dan kemudian barulah mereka boleh menawarkan sumbangan Islam terhadap kehidupan moden masakini. Jika tidak kita akan terus-terusan bermain dalam permainan yang telah diatur oleh falsafah/kaedah/prinsip modenism/modeniti itu sendiri.




InsyaAllah jika berkesempatan kita akan melihat persoalan modeniti/modenism ini dan hubungkaitnya dengan Islam diperbincangan akan datang.

Sekian wabillahi tawfiq wal hidayah wasamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


al-Faqir ilallah al-Ghani,

Dr. Amran Muhammad,

Setiausaha Agung,

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Friday, April 24, 2009

Aku Dibius Cinta...pada fikrahmu!

" Sesungguhnya, kemuliaan kamu di sisi Allah adalah ketaqwaanmu( yg perlu diusahakan)"..

Ayat yang sarat dengan pedagogi sosialiti. Diriku yang memang mudah jatuh cinta ini tertawan lagi dengan satu idea segar yang selari dengan pencarianku. Idea-idea Profesor S. M Naquib Al-Attas, seorang intelektual Muslim, fundamentalis kelahiran Bogor ini seolah-olah menghamparkan karpet merah buatku untuk menapaki jalan ini dengan lebih serius, dibantu oleh anak-anak fikrah rausyanfikir yang mampu memberi bukti eksplisit yang meyakinkan.

Tujuanku hanya satu, Al-Haqq iaitu Kebenaran dan Realiti.

Buat masa ini kajianku tertumpu kepada tulisan-tulisan Al-Attas. Khazanah yang tertanam masih perlu digali.

Sekadar mengingatkan diri,karya- karya ini masih perlu diteliti.

1) ISLAMIZATION OF KNOWLEDGE
2) THE CONCEPT OF EDUCATION IN ISLAM
3) DIALOGUE WITH SECULARISME
4) RISALAH UNTUK KAUM MUSLIMIN
5)ISLAM DAN SECULARISM
6)PRELIMINARY THOUGHT ON THE NATURA OF KNOWLEDGE
7) PROLEGOMENA
8) PRELIMINARY STATEMENT ON THE MEANING OF KNOWLEDGE AND THE AIM AND OBJECTIVES OF ISLAM.

Tokoh-tokoh yang perlu dikaji lagi ( beserta karya2 mrk):
1) S.M Naquib Al-Attas
2) Ismail Al-Faruqi
3) Syed Hossein Nasr
4) Hamzah Fansuri
5) Nuruddin Al Raniri
6) Dr. Ali Syariati
7) Prof. S.Hussein Al Attas
8)Prof. Wan M.Nor b Wan Daud
9) Abdul Hakim Murad
10)Badiuzzaman An-Nursi

dan ramai lagi tapi cukup 10 dulu!

Tekad!

Saturday, April 18, 2009

An-Nas

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi.

Entah bagaimana mahu digambarkan kekecewaan yang semakin melanda diri tatkala merenung detik-detik pereputan sistem nilai yang sedia sekelumit di jiwa2 umat Muhammad S.A.W. Aduhai saudaraku sayang….

Siapa lagi yang boleh diharapkan melain kepada mereka yang telah diberikan harapan?.. syukur Khaliq kita menyedarkan , bahawa setiap manusia tidak pernah telepas dari mencalit diri dengan debu dosa saban hari. Apa yang mampu diusahakan ialah memohon keampunan..

Namun apa yang harus diingat buat setiap diri yang tertipu dengan kelemahan diri ialah..
“Inna ma’al U’sri , Yusra…”

Iman itu yazid wa yanqus. Adakah yazid+ yanqus itu sifat iman? Bukan.. ia sifat pada –iman yang disandarkan kepada manusia. Ia yazid bila manusia merasakannya, dan yanqus bila manusia itu sendiri yang tidak menghayatinya. Hakikatnya, Iman itu, bila hadirnya Ia, terasa Indah sekali kerana hadirnya iman adalah disertai Cinta.. Dan tidak ada cinta yang lebih indah dari cinta yang bersumberkan Ar- Rahman..Ar-Rahim…

Susahnya melalui detik-detik penuh pergolakan dalam hidup dirasakan seperti tangan ini dibimbing Ilahi, dibawa bersiar-siar melalui lading-ladang tribulasi dunia, ditunjukkan olehNya yang mana Haqq dan mana yang Batil, yang mana Jelas dan yang mana Kabur. Sesekali mata ralit memerhatikan yang Kabur itu sementara akal berfikir bagaimana sinonimnya ia dengan kehidupan sehingga terlupa Khaliq yang membimbing diri telah mengajar diri memandang kepada yang Haqq, dan berfikir untuk melakukan sesuatu kepada yang Haqq itu.

Apabila kaki tersadung, diri tersentak dan tersentap ke tanah penuh lumpur. Ah… mahu sahaja aku pergi dari ladang ini. Kotor!, bentak hati.

Tetapi kita terlupa, Khaliq mahu kita mengambil pengajaran .
Belajar.
Belajar .
Belajar.

Betapa Dia mahu kita tahu walaupun ia tidak memberikan walau sedikitpun keuntungan buat diriNya.

Kita dipunyai. Kita rasa mempunyai kerana kita meminjam.
Jika seorang ibu merasakan mempunyai anaknya, kasih sayangnya ditumpahkan untuk si anaknya. Apa yang dimahukannya hanyalah kebaikan buat insane yang dipunyainya.

Hakikatnya, kita dipunyai Al-Khaliq . Aduh, bagaimana dalam kasih sayangNya?
Duhai umat Muhammad Kekasih Allah.. tundukkan dirimu dengan rasa malu kerada Dia amat menyintaimu.

Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.

Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .












Inilah tugas seorang Da’e. Mendidik insan, memanusiakan. (berusaha membentuk manusia yang kembali kepada fitrahnya- tunduk dan patuh kepada RabbNya)
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.





Apa tugas seorang manusia?

1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e





Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.






Dan wahai AL Muaddib, tugas yang tertulis untuk kita adalah berjuang membentuk manusia yang berfungsi sebagai hamba, khalifah dan da’e yang baik. Itulah tugas kita dari satu sudut sebagai mata rantai perjuangan.






Menimba Ilmu, menjaga akhlak, menyalurkan ilmu, membentuk dan mendidik akhlak diri dan mad’u (anak-anak, khususnya kepada Muaddib yang akan berjuang di bidang pendidikan) bukanlah suatu usaha yang mudah.






Kesabaran, Istiqamah, kemahuan dan Azam, serta kesedaran tanggungjawab menjalankan amanah ini perlu dipastikan sentiasa segar buat jiwa, sesegar cinta kita pada perjuangan, jihad.. Ya, dalam konteks yang sama, jihad kita ialah untuk memanusiakan manusia.,Memastikan anak-anak ini mendapat tarbiyyah di peringkat awal supaya laluan mereka untuk menjadi jundiy yang berdiri teguh di saff tenteraNya menjadi mudah, ..InsyaAllah, Walau apapun, hanya Allah yang layak memudahkan segala urusan hambanya, milik Allahlah bagi setiap jiwa, ruh, jasad, niat dan usaha kita.







Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.




Sama-samalah kita berusaha menjernihkan anak-anak yang akan kita didik ini dengan kefahaman Islam yang sejati.






InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…




“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “


( Hadith Sahih)