Tuesday, August 25, 2009
Ramadhan 3
Diceritakan Rasululullah S.A.W mengucapkan kalimah 'aameen' 3 kali berturut-turut setiap kali menjejakkan kaki pada 3 anak tangga mimbar sewaktu hendak menyampaikan khutbah..
Para sahabat merasa pelik, lantas setelah khutbah berakhir, para sahabat mendekati Rasulullah s.a.w lalu bertanyakan hal tersebut.
Rasulullah s.a.w menjawab bahawa malaikat Jibril datang kepadanya dan menyatakan laknatnya kepada 3 golongan.
Golongan 1: laknat kepada orang yang dianugerahkan bulan Ramadhan padanya tapi dia tidak beroleh keampunan Allah walau sedikitpun darinya. ( Maka, Rasulullah s.a.w mengaminkan)
Golongan 2: laknat kepada orang yang apabila menyebut nama Rasulullullah s.a.w, dia tidak berselawat ke atas nabi. (Maka, Rasulullullah s.a.w mengaminkan)
Golongan 3: laknat kepada orang yang semasa hayatnya ada ibu bapa,tetapi ibu bapanya tidak boleh jadi penyebab kepadanya utk masuk syurga.. Maknanya, dia mengabaikan kedua orang tuanya...( Maka, Rasulullah s.a.w mengaminkannya)...
Kesimpulannya: Marilah kita refleksi diri dalam tiga perkara ini...
1) Mohon mahgfirah di bulan yang barokah ini...jalani puasa sebaik-baiknya...Ingat bahawa dalam bulan ramadhan ni, di awalnya rahmat Allah, di tengahnya maghfirah, di akhirnya kebebasan dari api neraka...
2) Selalu berselawat keatas nabi.. Bakhil benar orang yang tak berselawat keatas nabi bila disebut namanya..Selawat pula biarlah selalu.. Sekali kita berselawat keatas nabi, Allah berselawat keatas kita 10 kali..
3) Jangan abaikan mak ayah.. Ingat semula cerita al maklum Alqamah, bagaimana susahnya dia menghembus nafas terakhir natijah ibunya yang terguris hatinya mengenangkan sikap anaknya yang mengabaikan dia, walaupun Alqamah adalah seorang yang dikenali sbg a'bid. Berjuang macammana pun kita, kalau terpaksa berhelah, biar bertempat..jangan helah dijadikan alasan utk buat sikap ambil mudah kepada mak ayah kita..bukan apa, takut2 apa yang kita anggap keyakinan itu sebenarnya pembocor amalan jer...fikir2kanlah..
kalau ada silap salah, tolong tegur terus di ruangan komen. Semoga kita semua beroleh manfaat..wallahua'lam.
Sunday, August 23, 2009
Ramadhan 2
Aku usai menatap jadual kuliah Masjid Abu Bakar As Siddiq. Semua tajuk kuliahnya menarik. Sayangnya aku hanya sempat di rumah sekitar minggu ini. Tak apalah..ambil yang mana sempat ja.. Entah sempat entah tidak, nak kejar kerja2 'blakang Masjid Batu' lagi.. apapun..milik Allah lah waktu2nya itu..semoga diberi kesempatan dalam segala hal yang awla..Dan smoga Islam menang di Permatang Pasir.
Saturday, August 22, 2009
Ramadhan kunjung lagi
Wednesday, June 17, 2009
Realiti Cabaran Budaya Keilmuan di Malaysia: Suatu Analisis dari Metafizika Al Attas
Sebelum menerjah ke akar umbi perbincangan, eloklah kiranya saya menyentuh tentang realiti kelemahan dan kebangkitan penyelidikan pengajian Islam yang dikenalpasti.
Lemah atau bangkitnya sesuatu umat itu termasuk dalam fasa diskusi yang pertama iaitu, tentang tamadun. Dalam konsep ini, jatuh dan bangunnya sesuatu tamadun intelektual dan material manusia bergantung sepenuhnya kepada amalan budaya ilmu yang diamalkan oleh masyarakat terbabit. Adaptasi hal ini kepada amalan penghayatan cara hidup Islam adalah dengan cara yang sama, iaitu jatuh bangunnya budaya ilmu dan penghayatan Islam sepenuhnya bergantung kepada amalan para umatnya.
Pada zaman keunggulan tamadun Islam, umat Islam dikesan mengamalkan budaya ilmu yang agak tinggi. Ia merujuk kpd beberapa perkara iaitu:
1) Tindakan menjadikan pencarian ilmu sebagai satu usaha yang berharga nilainya seperti pencarian harta sehingga ia dianggap sebagai matlamat hidup yang utama.
2) Usaha dalam suatu tindakan yang diputuskan dengan perkiraan ilmu tanpa campurtangan dari golongan yang memiliki kepentingan politik. Keadaan ini menyebabkan seseorang ulama’ itu dapat bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu.
3) Bersikap terbuka dengan semua jenis ilmu tanpa mengira asal usul dan jenisnya
4) Analisis kritikal yang dilakukan terhadap ilmu tanpa adanya sifat fanatik kepada seseorang guru. Sikap ini jelas terhasilnya kegiatan dialog intelektual yang diiringi dengan penyelidikan yang begitu giat dijalankan sehingga melahirkan sejumlah besar karya-karya sistesis yang bermutu yang kekal penggunannya sehingga pada masa sekarang.
Bentuk penghayatan yang dimalkan dalam masyarakat terdahulu itu ialah rata-ratanya berpegang kepada world-view dan paradigma Islam sejati sepertimana yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w menggantikan paradigma jahiliah.
Kegemilangan tamadun ni sayangnya tidak kekal lama. Ia berpunca dari sikap kelalaian umat Islam itu sendiri. Kelalaian yang dimaksudkan ialah lalai daripada berpegang kepada kedua-dua sumber agung Islam tersebut. Sikap bertaqlid umat mengakibatkan kemunduran intelektual dan kejatuhan kekuasaan politik umat yang dijajah oleh kuasa penjajah barat.
Era 1960an hingga 1980an mencatatkan satu kebangkitan baru dr reformis Islam dr pelbagai pelusuk dunia. Rata-rata kebangkitan Islam ini mempunyai intipati pergerakan yang sama iaitu:
1) Usaha menghidupkan Islam sebagai ad-Deen menggantikan perspektif secular yang membataskan agama kepada persoalan keagamaan semata-mata.
2) Kritikan terhadap kelemahan umat Islam yang dikatakan berpunca daripada penerimaan membuta tuli terhadap warisan tinggalan barat.
3) Kritikan sendiri(self criticism) terhadap kelemahan ummah yang berpunca dari tindakan meninggalkan ajaran Islam dan mengamalkan budaya Taqlid.
Berasaskan ketiga-tiga intipati ini,suatu kesedaran telah timbul untuk menghidupkan pengamalan Islam bukan setakat membuat peningkatan semangat yang berkobar-kobar, bahkan turut membabitkan usha menghidupkan budaya Ilmu di kalangan umat Islam.
Dua bentuk kesedaran yang dikenalpasti ialah:
1) Usaha pembetulan yang perlu dibuat terhadap segala kekeliruan yang dinisbahkan kepada Islam oleh sarjana barat.
2) Usaha pembentukan falsafah, misi dan kaedah penyelidikan Islam menggantikan pendekatan silam yang dikatan agak mundur mengakibatkan kelemahan intelektual dan politik melanda umat Islam.
Dalam usaha ini, beberapa orang sarjana Melayu post kemerdekaan telah melakukan beberapa ‘review’ dan pebetulan. 3 buah universiti terlibat adalam usaha reformasi memperbaiki kelemahan ini iaitu UM,UKM dan UIAM.
Misi yang dialankan adalah berobjektifkan perkara2 berikut:
1) Menunjukkan Islam sebagai relevan dan mampu menyediakan jawapan terbaik untuk permasalahan manusia di zaman moden.
2) Memeperbetulkan segala nisbah keburukan yang dikatkan kepada Islam.
3) Menunjukkan kelemahan dan epincangan yang dimiliki oleh tradiri keilmuan barat.
4) Mengaitkan dan menghubungkan pengajian keilmuan Islam dengan keilmuan moden.
Hasilnya , kesedaran ini telah melahirkan gagasan > Islamization of Knowledge< Islamisasi Ilmu.
Gagasan ini menetapkan sebarang gerakan keilmuan Islam moden perlu melalui 12 cara utama:
1) Menguasai disiplin ilmu moden (barat)
2) Kajian mendalam terhadap sesuatudisiplin barat.
3) Mengusai warisan ilmu Islam
4) Analisis warisan ilmu Islam
5) Mengemukakan kaitan Islam kepada sesuatu disiplin moden
6) Penilaian terhadap disiplin ilmu moden
7) Penilaian terhadap warisan ilmu Islam
8) Kajian terhadap masalah ummah
9) Kajian terhadap masalah manusia sejagat
10) Analisis dan sistesis terhadap kedua-dua disiplin moden dan Islam
11) Penulisan buku teks/ mana2 rujuka utama yang mengandungi disiplin ilmu
12) Menyebarluaskan ilmu yang telah diIslamkan.
Cara melaksanakannya ialah dengan membuktikan kepsempurnaan syariah terlebih dahulu. Hal ini oleh dikatakan agak mendesak memandangkan syariah Islam kerap dijadikan tohmahan buruk dan bayak nisbah negative yang dilemparkan oleh dunia akademik barat, yang kemudiannya telah mempengaruhi sebahagian besar penganut Islam sendiri. Pembetulan terhadap tohmahan buruk ini mengikut penegasan al-Qur’an, wajib dijalankan dengan penuh ketabahan dan ketelitian oleh sarjana Islam.
Pada peringkat mikronya, seseorang sarjana Islam perlu meneliti dan menjawab segala tohmahan buruk yang dikenakan kepada syariah Islam dengan menggunakan taktik sama yang digunakan oleh musuh Islam, dengan pendekatan yang bersifat terbuka dan mempunyai nilai akademik yang tinggi. Manakala pada peringkat makronya, seseorang sarjana Islam perlu menjelaskan dengan terperinci kemampuan mekanisme penyelidikan terkini dan mandiri yang tersirat dan tersurat di dalam syariah Islam, di dalam menyediakan jawapan yang bersifat semasa terhadap sebarang permasalahan umat manusia.
Apa yang jelas ialah kita telah disedarkan oleh fakta sejarah yang menunjukkan umat Islam yang menerima budaya taqlid ini telah menyebabkan kelesuan sistem fiqh yang sedang berhadapan dengan proses pemodenan. Dalam kurikulum pengajian keilmuan Islam sepertimana yang telah kita pelajari di sekolah rendah dan menengah dulu atau kurikulum semasa yang sedang ditelaah anak-anak masa kini pun, atau di peringkat pengajian tinggi sekalipun, subjek Islam itu telah dianggap sebagai pelajran sejarah perundangan Islam semata-mata yang bukan lagi mampu menangani situasi semasa. Fiqh sudah lama dibiarkan beku dan statik, dan ini telah menyebabkan banyak persoalan hidup masyarakat tidak menepati kehendak syara’ yang sebenar...
Apa yang boleh dilakukan oleh seorang pengkaji masa kini dalam menyambut seruan gagasan ''Islamization of knowledge''? Apa yang boleh kita buat dalam m'bantu mengimarahkan tradisi keilmuan dalam makna kata yang sebenar?
Ulasannya dalam post akan datang....................................bersambung.
Hanisah Wanasan,
Sg, Petani.
Tuesday, June 9, 2009
STIKER TEMAN DAKWAH
Sebelum bertolak, aku lekatkan stiker dengan slogan "Save Palestin" dan 'Islam Untuk Semua' di cermin belakang dan depan yang ku simpan khas utk kes2 mcmni. Sudah menjadi tabiatku,takkan ku pergi ke suatu tempat tanpa agenda sampingan sekiranya tindakanku itu tidak begitu menuju sasaran.
Mak dan jiran selalu kata..kamu tu cikgu, hati-hati sikit. Aku senyum saja.Nak dengar penjelasan kena buka powerpoint presentation 200 slide. Suatu hari aku terbaca suatu entri sahabat ni.. Cukup untuk explain kenapa aku setia dengan stiker walaupun bukan keretaku yang dipandu..
Katanya, stiker adalah teman dakwah kita. Betul! Cuba hayati:
"Saya ada satu perkara untuk diceritakan. Bahkan perkara ini telah lama tersimpan dalam hidup saya. Tapi kini saya ingin menaip serta berkongsi manfaatnya. Merenung sesuatu adalah keperluan kita sebagai pendakwah dan penggerak Islam. Renung, fikir, buat kesimpulan, bercakap. Bila tiada yang mendengar…jalan lagi, dan renung semula.
Dalam hidup seseorang, stiker kereta mungkin hanya hiasan, oleh-oleh yang dibeli semasa ceramah agama atau politik, diberikan secara percuma atau hanya dilekat kerana menyertai perniagaan MLM. Sikap saya, cukup memilih untuk melekatkan sesuatu di cermin kereta saya.
Di belakang kereta saya terlekat stiker 'Mansuh ISA', stiker 'ALLAH SAVE PALESTINE' serta stiker 'I Love Rasulullah'. Stiker 'Allah Save Palestine' dibeli semasa saya pergi ke Himpunan JIM di USM Transkrian tahun lepas. Stiker 'I Love Rasulullah' saya beli selepas mendengar ceramah PAS di Stadium Bota Kanan, Perak. Stiker 'Mansuhkan ISA' saya beli semasa Bengkel Human Right anjuran SUARAM dan GMI di Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang.
Stiker banyak mengundang persepsi kepada sesiapa yang memerhatikan kereta kita. Pandangan umum dan kebanyakan adalah, kita ekstrim, mengada-ngada, tunjuk sangat berjuang, atau radikal. Malah ada yang melulu menuduh, masa depan kita tiada kerana kita akan dicop sebagai pembangkang, terlalu menunjuk-nunjuk atau lebih malang ada yang berkata, ' benda-benda macam ni simpan ja lah..malas nak tunjuk'. Sikap pesimis, apologatik, rendah diri, rendah jati diri menyebabkan ramai gagal berjuang mengekalkan stiker kereta bercorak agama. Bukan stiker kita maki hamun sesiapa. Kita cuma tampilkan nama Allah, izzah dan gembira kerana bergelar pengikut Rasulullah, serta hanya sekelumit mencebik akta zalim ISA ! Itu sahaja. Lebih menakutkan jika kita tergolong dalam golongan yang tunduk dengan plan tindakan umum sekularis, kristianisasi dan corakan tangan-tangan yahudi yang inginkan kita takut dan malu menampilkan nama Allah waima di cermin kereta kita sekalipun.
Ada seorang berkata kepada saya " Pak cik lebih lama kenal PAS dari kamu, tak tunjuk pun stiker-stiker Allah ke, Jihad ke….yang ISA tu..nak tunjuk apa sangat. Kita nak bantah pun tunjuk la neutral". Itu pandangan seseorang. Saya diam. Tapi saya ada pandangan juga.
Dahulu semasa mengajar di sebuah sekolah agama swasta, ada menasihati saya "Tak bagus, tunjuk sangat stiker-stiker tu, mana tahu ada ibu bapa yang UMNO, anti Islam." Saya tak berkata apa-apa.
Kemudian ada juga yang berkata, "Jika kamu dapat kerja kerajaan nanti, jadi guru KPLI ke, dapat JPA ke, jangan lah pakai stiker-stiker ni, nanti kena tindakan disiplin atau tak lulus temuduga." Saya diam.
Kemudian ada berkata, "Jangan lah pakai stiker-stiker ni bila balik kampung kami…sebab nanti keluarga kami anggap kami ekstrim." Saya diam juga.
Bila di kilang kejadian yang sama berulang, sebuah syarikat swasta, tiada kaitan dengan kerajaan, tiada kaitan dengan biasiswa, saya jadi agak berang. Saya pernah berkata " Adakah stiker-stiker ini dibuat untuk aku dan kamu tampal di liang lahat atau perhiasan keranda nanti?" Ayat nampak kasar….tapi saya cakap banyak itu sahaja.
Di kilang saya parking kereta berdekatan dengan pengurus bukan Islam. Mereka juga baca. Tiada yang komen atau hina saya. Malah saya diberi peluang naik pangkat. Jadi stiker tak halang rezeki saya.
Stiker itu adalah saksi di akhirat nanti. Stiker itu sahabat saya.
Bila saya beli, saya tampal stiker dengan Bismillah. Saya harap di hati, stiker akan jadi kawan saya.
Saya menulis, tapi tidak pernah sesiapa terbitkan buku saya, malah dakwah saya dalam menulis amat terbatas. Masih sedikit yang saya mampu menulis kerana keterbatasan ilmu dan sebaran bahan penulisan saya.
Saya ada juga berceramah, tetapi bukan tersohor. Hanya 2-3 orang sahaja mungkin sudi mendengar sekelumit ilmu dan pandangan saya.
Saya mungkin menyebar risalah di tempat awam, tetapi bukan beribu-ribu. Saya ada menaip sendiri risalah tapi masih belum cukup berkesan.
Saya menyertai jamaah dan gerakan Islam serta NGO-NGO. Tetapi saya bukan pemimpin hebat yang boleh mempengaruhi sasaran dakwah. Saya hanya ahli biasa. Bukan mujahid…
Saya tiada isteri untuk membantu, tiada anak untuk menyokong, tiada anak usrah, tiada anak didik walau seorang. Jadi semasa saya menampal stiker, saya bercakap, stiker ini akan terus bercakap tentang ISA, bercakap tentang Rasulullah, bercakap tentang Palestin semasa saya tidur. Saya manusia biasa, tak boleh berdakwah 24 jam. Saya tak sekuat pimpinan jamaah saya. Apa salahnya stiker ini membantu saya.
Saya hanya ada sebuah kereta kancil yang saya panggil 'suzy'. Di belakang suzy ada stiker tentang perjuangan dan agama. Stiker itu tidak pernah letih. Bila saya parking kereta di kilang, ramai pekerja India dan Melayu yang mungkin jarang atau tidak pernah berzikir mungkin akan lalu di belakang kereta saya. Mereka akan membaca' I Love Rasulullah'. Rasulullah adalah kalimah arab. Kalimah itu adalah zikir dan selawat, malahan menjadi ingatan kita kepada Nabi. Alangkah bahagianya saya jika impian saya tercapai iaitu sehari seorang berjaya menyebut Rasulullah hanya disebabkan belakang Suzy ada stiker Rasulullah.
Ramai lupa isu Palestin. Sekurangnya stiker itu ada tazkirahnya. Dia selalu ingatkan saya dan semua orang bahawa hanya Allah yang mampu selamatkan Palestin bukannya kamu, saya atau HAMAS sekalipun. Stiker ISA pula akan beri peringatan bahawa di dalam penjara ISA, ada orang yang Aaaamaaaat rindukan isterinya, anaknya dan saudaranya. Mereka letih, sedih, kuyu hati dan raga. Mengeluh dan menunggu bagai gila. Saya di rumah makan cukup. Gaji ada. Tidur lena. Tiada SB ugut saya. Jadi saya lekat dipenjuru cermin kereta MANSUHKAN ISA. Stiker itu ingatkan saya bahawa saya cukup nikmat. Stiker itu 'mungkin' akan menghalang mangsa ISA menyalahkan saya yang bersenang lenang di rumah apabila bertemu di akhirat nanti !
Mungkin stiker bantu kita hapuskan dosa silam….
Ada bertanya apabila berusrah, bercakap isu zaadun a'la toriq, saya jawab stiker juga bekalan dakwah..
Pada saya, tampal sahaja stiker Islam, jihad, dakwah. JPA juga manusia, sekolah kerajaan pun manusia, kilang pun manusia. Jika saya tidak tampal stiker pun saya mati. Jika saya tampal stiker pun mati. Lebih baik saya mati selepas stiker ditampal dengan penuh amanah….
Ini hanya pandangan hati saya. Dah lama fikir begini. Jika ada yang berfikiran lain….saya tak pernah halang."
Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha Teras Perak
Sunday, May 24, 2009
Ad- Dhuha, Cahaya Yang Menerangi hati
2.30 a.m
Selesai bermunajat, aku menyelak nota-nota untuk mengukuhkan hafalanku.
Dalam laptopku, aku mencari contoh Rancangan Pengajaran(RPH). Soalan targetku ialah RPH tahun 6 . Dalam ralitku meneliti huraian sukatan pelajaran dan buku teks tahun 6, aku terpaku pada satu surah kefahaman. Surah Ad-Dhuha.
"mungkin tajuk ni boleh dijadikan contoh.."bisik hatiku.
Aku terus meneliti ayat-ayatnya..
Demi waktu dhuha..
dan malam apabila ia sunyi-sepi ..
Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci (kepadamu)..
Sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya..
Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga Engkau reda - berpuas hati.
> dan seterusnya..
terasa mataku digenangi air..
dan lelehannya mengalir menitik ke atas kertas nota yang ku pegang..
Astaghfirullah....
Ya Allah..
Engkau mendengar, dan engkau menjawab...
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
_________________________________________________________
Ahad, 24 Mei 2009
6.50 pm
Sahabatku Aziana datang ke kamarku, khabarnya tidak jadi ke pantai.
aku lapang. Sambil melayan ym adikku yangberada diperantauan, aku taip
"hati ini merindukan Allah" di Google engine search.
Muncul blog bermaudhuk Religi, penulisnya mahu dikenal sebagai Jendela Umat.
Kali kedua aku mentadabbur surah Ad Dhuha ini membuatkan aku terasa..
Allah sentiasa di sisi..
Sempatkan diri menjawab lamaran cintaNya..
____________________________________________________
Sabda Rasulullah saw :
“Sungguh yang paling kucintai diantara kalian adalah yang paling baik akhlaknya diantara kalian” (Shahih Bukhari)
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Limpahan Puji Kehadirat Allah, Maha Raja Langit dan Bumi, Tunggal dan Abadi sepanjang waktu dan zaman di dalam Kesempurnaan Nya. Nama Yang Paling Indah disebut dan diingat, Nama yang Mengawali segala kejadian dan kehidupan, yang setiap kehidupan berawal dari Keagungan Nama Nya, yang setiap kehidupan berawal dari Kehendak Nya.
Hadirin hadirat…, wahai yang setiap sel tubuh kita yang milik Allah Swt, wahai yang diberi panca indera yang milik Allah..,
Hadirin hadirat sadarkah kita bahwa kita ini ada yang memiliki, ada yang mengatur setiap kehidupannya, ada yang mengatur jumlah nafasnya, ada yang mengatur usianya untuk hidup diatas bumi yang milik Nya, ada yang mendengar setiap ucapan yang diucapkannya, Maha Melihat setiap lintasan pemikirannya, Dialah Allah Swt Yang Maha Dekat kepada segenap hamba Nya tanpa sentuhan dan tanpa jarak.
Tiada menyerupai Nya segala sesuatu, Dialah Allah yang Tidak Serupa dengan segala galanya. Maha Tunggal dan Maha Sempurna. Dengan tidak bisa dibayangkan keberadaan Dzat Nya dan tidak bisa disamakan dengan makhluk Nya.
Tunggal berbeda dari segenap yang ada di langit dan bumi, kasih sayang Nya melebihi segenap kasih sayang, kelembutan Nya melebihi kemurkaan Nya. Sebagaimana firman Nya didalam hadits qudsi riwayat Shahih Bukhari, “Rahmat Ku mengungguli daripada Kemurkaan Ku”. Rahmat Ku terlebih dahulu daripada Kemurkaan Ku dan Kasih Sayang Ku melebihi Kemurkaan Ku.
Menunjukkan ketika hamba telah banyak berbuat salah dan dosa, Kasih Sayang Ilahi tetap terbuka baginya untuk kembali kepada kelembutan Allah. Untuk dimaafkan dan untuk mendapatkan kehidupan yang bahagia dan abadi. Allah Swt Semulia mulia Dzat yang Diingat dan Disebut setiap lisan, Semulia mulia yang Dimuliakan dan Diagungkan, Yang Paling Berhak Dimuliakan dan Dicintai adalah Allah Swt. Semakin seseorang mencintai dan merindukan Allah, menjaga perasaan Allah….
Adakah kita terlintas menjaga perasaan Allah agar Allah tidak kecewa?, Yang memiliki dirimu.., sepantas pantasnya yang kita jaga perasaannya adalah Allah.. Dan kita malam hari ini bertamu di rumah Allah.
Hadirin hadirat semakin besar keinginan seorang hamba untuk mencari keridhoan Tuhannya, untuk membuat Tuhannya senang maka ia semakin dicintai oleh Allah.
Pahami satu jiwa yang termuliakan dari semua jiwa, sanubari yang paling suci dari semua makhluk Nya, adalah Sayyidina Muhammad Saw.. Manusia yang paling menjaga perasaan Allah, Manusia yang selalu ingin berbuat apa apa yang sangat dicintai Allah dan selalu ingin membimbing hamba hamba Allah agar sampai pada kelompok orang orang yang dicintai Allah. Allah kabulkan niat mulia Sang Nabi Saw sehingga Allah berfirman “Qul in kuntum tuhibbunallah fattabi’uni yuhbibkumullah, katakanlah jika kalian mencintai Allah maka ikutilah aku (Nabi Muhammad Saw) maka kalian akan dicintai Allah” (QS. Ali Imran:31).
Allah menjaga perasaan Sang Nabi Saw. Allah tidak biarkan Sang Nabi Saw kecewa dan sedih. Oleh sebab itu ketika terputusnya wahyu beberapa waktu, mulailah penghinaan dari kaum kaum kuffar quraisy terhadap Sang Nabi Saw yang berkata “tampaknya setan yang biasa menyurupimu sudah hilang wahai Muhammad”. Nabi Saw itu kalau turun ayat, beliau menggigil, maka mereka mengumpamakan dg ejekan yaitu kesurupan.
Lalu muncullah firman Allah Swt dari ucapan orang orang kuffar mengatakan itu kemasukkan syaithan. Maka ketika tidak ada wahyu beberapa waktu, orang orang kuffar berkata “berarti sudah sembuh dari kesurupanmu”. Maka sakitlah Rasul saw mendengar pernyataan itu, bukan karena hinaan orang tapi karena takut berpisah dan takut jauh dari Allah. Sangat mencintai Allah dan tidak ingin berpisah dengan Allah walaupun harus berpisah dengan segala galanya.
Termuncul dari ucapan beliau (Nabi Saw) ketika dilempari dan dikejar kejar seraya berkata “in lam yakun laka ghadhabun alayya fala ubaliy, asal Kau (Allah Swt) tidak murka padaku, aku tidak perduli apapun yang menimpaku”.
Inilah jiwa termegah dan jiwa yang paling mulia yang dipuji oleh Allah, “wa innaka la’alaa khuluqin adhim, sungguh kau (Nabi Saw) memiliki akhlak yang agung” (QS.Al Qalam:4).
Ketika Sang Nabi saw didalam puncak kesedihan hingga jatuh sakit karena terputusnya wahyu dalam waktu yang lama, Allah turunkan firman Nya untuk menghibur Sang Nabi saw “Wadhdhuhaa, wallaili idza sajaa, ma wadda a’ka robbuka wamaa qalaa, walal akhiroti khoirullaka minal uulaa, walasaufa yu’thiika robbuka fatardha…., Demi cahaya dhuha, demi cahaya pagi dan demi malam ketika gelap gulita” (QS.Adhdhuha:1-5).
Al Hafidh Al Musnid Al Imam Qurthubi didalam tafsirnya menukil sedemikian banyak penafsiran tentang ayat ini. Dari salah satu penafsirannya yang tsigah, Al Imam Qurthubi mengatakan makna kalimat wadhdhuha disini adalah melambangkan cahaya yang menerangi hati orang orang yang dipenuhi cinta kepada Allah (qulubul arifin), dipenuhi cahaya khusyu’. Allah bersumpah dengan cahaya yang ada di sanubari ahlul khusyu’, ahlul sujud dan ahlul munajat. Orang yang jiwanya dipenuhi kerinduan kepada Allah, Allah bersumpah dengan cahaya itu yang menerangi jiwa mereka.
Dan dari sedemikian banyak jiwa yang memiliki cahaya rindu kepada Allah, tentunya pemimpinnya adalah Sayyidina Muhammad Saw. Allah sedang melambangkan indahnya iman pada jiwa Sang Nabi Saw dan para arifin (ahli makrifah) lainnya.
“wallaili idza sajaa, demi malam ketika gelap gulita” (QS.Adhdhuha:2). Al Imam Qurthubi menafsirkan salah satu dari makna penafsiran ini adalah demi malam ketika gelap gulita. Allah bersumpah menqiyaskan jiwa orang orang kuffar yang memusuhi Sang Nabi saw dalam gelap gulita. Tidak mengenali kemuliaan dan imam. Maksudnya antara jiwa Sang Nabi saw dan orang orang yang dimuliakan Allah dan orang orang yang gelap hatinya dengan kemuliaan.
“Ma wadda a’ka robbuka wamaa qalaa, Allah tidak akan meninggalkanmu wahai Muhammad dan tidak akan murka kepadamu” (QS.Adhdhuha:3). “walal akhiroti khoirullaka minal uulaa, hal hal yang akan datang jauh lebih baik daripada yang sekarang ini” (QS.Adhdhuha:4). “wa lasaufa yu’thiika rabbuka fatardha, Allah akan memberimu anugerah sampai kau benar benar ridha dan puas” (QS.Adhdhuha:5).
Al Imam Ibn Abbas dalam tafsirnya menafsirkan makna ayat “wa lasaufa yu’thiika rabbuka fatardha” adalah Syafa’at Nabi Muhammad Saw di yaumal qiyamah. Ayat ini juga menenagkan orang orang yang merindukan Allah Swt karena pemimpin mereka Nabi Muhammad Saw ditenangkan oleh Allah dengan turunnya ayat ini. Dan ayat ini juga diperuntukkan bagi kita. Tenangkan diri kita dengan cahaya Keagungan dan Kasih Sayang Illahi.
Hadirin hadirat yang dimuliakan Allah,
Oleh sebab itu Sang Nabi Saw selalu ucapan bibirnya mengucap Nama Allah, berdzikir, berdoa dalam segala hal. Bahkan diriwayatkan didalam Shahih Bukhari, beliau (Nabi Saw) selalu mengucapkan “labbaik allahumma labbaik” mulai dari medan Arafah saat beliau pergi haji sampai Mudzdalifah, dari Mudzdalifah sampai Mina. Terus ucapan ini diucapkan “labbaik allahumma labbaik”, aku datang pada Mu wahai Allah, aku datang. Dan ucapan ini, para ahlul ma’rifah (para ulama) kita sering mengucapkannya walau bukan di musim haji dan umrah. Tapi dari cinta mereka kepada Allah, mengatakan “wahai Alllah wahai Allah, kami datang kepada kasih sayang Mu, kepada Rahmat Mu, kepada Pengampunan Mu, kepada Majelis Dzikir Mu, kepada Masjid masjid Mu, kepada Panggilan Shalat Mu”. seluruh bentuk ibadah dan taat kepada Allah adalah bentuk talbiyah dan ucapan aku datang kepada Mu wahai Allah. Seluruh bentuk ibadah. Setiap sujud adalah bentuk daripada ucapan labbaika allahumma labbaik. Wahai Allah aku datang pada Mu wahai Allah dalam setiap shalat kita, dalam setiap ibadah kita.
Jadikan dirimu siang dan malam dipenuhi cahaya talbiyah (aku datang kepada Mu wahai Allah). Datang siang, malam dalam kebaikan dan ibadah.
Hadirin hadirat, dan ketahuilah segala kemuliaan bukan hanya muncul pada ibadah ibadah yang khusus saja tetapi ibadah untuk menyenangkan hati orang orang yang shalih atau orang orang yang beriman atau ayah bunda kita adalah bentuk ibadah. Seseorang berkata (barangkali kalau zaman sekarang menyenangkan hati orang lain itu bukan ibadah). Hadirin hadirat, kalau dibilang ibadah syirik nanti. Tentunya tidak demikian. (tidak syirik), Menyenangkan hati seorang muslim, seorang mukmin apalagi ayah bunda apalagi shalihin atau bahkan Nabi Muhammad Saw adalah merupakan ibadah yang diganjar pahala oleh Allah. Sebagaimana firmannya “jangan sesekali mengeraskan suara pada ayah bunda kita namun ucapkan pada mereka kalimat yang baik”.(QS Al Isra 23). Kenapa? karena ucapan yang baik baik itu ibadah walaupun kepada kedua orangtua kita, bukan kita menyembah ayah bunda kita tapi mengikuti tuntunan Sang Nabi saw adalah ibadah. Karena firman Allah “athi’ullah wa athi’urrasul, taatilah Allah dan taatilah Rasul”. Bakti kepada orangtua adalah ibadah.
Rasul saw bersabda didalam hadits yang kita baca tadi “diantara kalian yang paling kucintai diantara kalian adalah yg paling baik akhlaknya”. Hadirin hadirat, ini menujukkan Sang Nabi saw memberi kesempatan kepada kita untuk berlomba lomba menjadi orang orang yang beliau saw cintai. Kenapa ucapan ini muncul? diantara kalian yang paling kucintai adalah yang paling baik akhlaknya.
Disini Sang Nabi saw mengajak kita berlomba lomba menjadi orang yang paling dicintai oleh beliau. Kenapa? karena orang yang paling dicintai beliaulah orang yang paling dicintai Allah.
Demikian hadirin hadirat rahasia dari makna hadits ini. Menunjukkan perbuatan perbuatan yang mengarah kepada hal hal yang menyenangkan Sang Nabi saw adalah ibadah dan hal tersebut merupakan bakti kita kepada Nabi Muhammad Saw.
Kehadiran kita ditempat ini adalah salah satu bentuk yang sangat membuka gerbang keridhoan Allah yang menggembirakan Sang Nabi saw. Apa sih yang membuat Sang Nabi saw gembira? yang membuat Nabi saw gembira itu adalah hal hal yang diridhoi Allah. Itu yang membuat Sang Nabi saw gembira, diantaranya akhlak yang indah. Jaga lidah kita jangan mencaci muslimin, jaga hati kita jangan membenci muslimin, jaga hari hari kita jangan mengganggu saudara saudari kita muslimin, apalagi ayah bunda kita, tetangga kita, keluarga kita, guru kita apalagi Nabiyyuna Muhammad Saw. Jangan sampai kita berbuat hal hal yang mengecewakan mereka.
Hadirin hadirat, “sungguh yang paling dicintai dihadapanku diantara kalian adalah yang paling baik akhlaknya diantara kalian”. Hadits ini jelas mengajak kita berlomba lomba menjadi orang yang paling dicintai olejh Nabi Muhammad Saw. Semoga Allah menjadikan kita orang orang yang paling dicintai Allah.
Diriwayatkan didalam Shahih Bukhari, ketika Rasul saw menyebutkan “aku mendengar hentakkan sandalmu wahai Bilal dihadapanku di surga”. Saat Rasul saw Mi’raj sampai ke surga, beliau mendengar suara langkah sandalnya Bilal. Kita bertanya kenapa bukan Bilal yang masuk ke dalam surga Nya, tapi langkah sandalnya? ini menunjukkan perbuatan Bilal dicintai oleh Allah dan dicintai oleh Nabi Muhammad Saw. Para Muhaddits menjelaskan makna daripada hadits ini bahwa Bilal itu ketika ditanya akan hadits ini, kenapa bisa demikian? Bilal berkata “tidaklah aku batal wudhu terkecuali aku berwudhu lagi”. Batal wudhu, berwudhu lagi dan shalat sunnah 2 rakaat. Perbuatan itu dicintai oleh Allah dan Rasul. Dan Rasul melafadhkannya kepada umat ini agar sampai kepada kita. Untuk apa? Menunjukkan perbuatan memperbanyak wudhu itu dicintai oleh Rasul dan itu dicintai oleh Allah Swt.
Oleh sebab itu hadirin hadirat, perbanyak perbuatan yang membuat Rasul saw senang kepada kita. Bagaiman kalau kita mendengar hadits beliau, “seseorang bersama dengan orang yang ia cintai”. Pahamlah kita disini, munculkan kecintaan kepada Nabi Muhammad Saw itu akan membuat kita dicintai oleh Allah dan akan membuat kita dicintai oleh Rasul saw.
Cinta kepada Allah dan Rasul itu akan membenahi keadaan kita, membenahi sifat kita, membenahi apa apa yang kita perbuat sehingga kita akan semakin terbimbing untuk mengikuti akhlak Nabiyyuna Muhammad Saw.
Hadirin hadirat, oleh sebab itu Rasul saw berkata (riwayat Shahih Bukhari) “tidak diperbolehkan untuk berselisih antara sesama muslim melebihi 3 hari”. Menunjukkan Rasul saw memahami perselisihan itu mungkin ada antara muslimin tapi tidak boleh lebih dari 3 hari, kata Rasul. Kalau tidak saling jumpa, tidak saling silaturahmi selama berpuluh puluh tahun tentunya tidak mengapa tapi jangan ada permusuhan., jika muncul permusuhan tidak boleh lebih dari 3 hari dan diantara 2 orang yang berselisih yang paling afdhol (kata Rasul saw) adalah yang memulai dengan mengucap salam kepada temannya. Dari orang yang berselisih, mana yang paling mulia diantara mereka? yaitu yang memulai salam terlebih dahulu. Itulah yang lebih mulia, kata Rasul saw.
Jika kita kaitkan ayat ini dengan habluminallah dan habluminannas. Subhanallah!! Betapa besarnya cinta Allah kepada kita. Kita tidak boleh berselisih lebih dari 3 hari, tapi kalau Allah harus 5X sehari kita menghadap. Demikian besarnya cinta Allah Swt kepada kita.
Wahai yang tidak bersujud kecuali hanya kepada Allah, benahi penghadapanmu kepada Allah dalam 5 waktu setiap harinya, karena itu adalah bentuk cinta Allah kepada kita dan jawablah lamaran cinta Allah Swt kepada kita. Bagaimana dengan kita?, dengan menunaikan shalat 5 waktunya, tambah lagi kalau mampu dengan qabliyah dan ba’diyah. Tidak mampu saya sibuk banyak pekerjaan di sekolah atau dalam pekerjaan dikantornya atau didalam perdagangannya atau lainnya. Ada waktu shalat witir malam hari setelah shalat isya, ada waktu shalat dhuha, ada waktu qiyamullail. Ada banyak waktu yang diluar waktu kesibukkan kita. Sempatkan waktu menjawab cintanya Allah yang wajib dan yang sunnah.
Hadirin hadirat, hiasi hari harimu dengan hal hal yang dicintai Allah, perbuatlah terus dan perbuatlah terus sebagaimana Allah menjanjikan “tiadalah seorang hamba beramal hal hal yang fardhu dan tiadalah hamba Ku berhenti pada hal hal yang fardhu saja tapi ia teruskan dengan hal hal yang sunnah sampai Aku mencintainya”. Amal yang fadhu semampumu perjuangkan, lebihkan lagi dengan hal hal yang sunnah, akan sampai waktunya Allah mencintaimu. Rabbiy pastikan kami semua sampai kepada nafas nafas yang Kau cintai wahai Rabb.
Hadirin hadirat yang dimuliakan Allah,
Penyampaian saya yang terakhir adalah munculnya banyak pertanyaan tentang hukumnya memakai minyak wangi yang mengandung alkohol atau minum obat batuk yang mengandung alkohol. Hadirin kalau minyak wangi itu alkoholnya tidak dihukumi “khamr”, bukan arak. Sebagian besar ulama membolehkannya karena bukan najis. Yang disebut alkohol yang diharamkan dan najis itu adalah yang memabukkan. Kalau minyak wangi dan obat bius lokal dikulit itu tidak memabukkan tapi itu racun. Kalau diminum tidak mabuk, tapi mati.
Oleh sebab itu tidak diharamkan, tidak najis hukumnya. Tapi yang diharamkan adalah diantaranya obat batuk yang mengandung alkohol. Obat batuk yang mengandung alkohol itu bukan racun tapi itu obat penenang yang juga menghilangkan rasa sakit dan lainnya itu adalah hal yang tidak diperbolehkan oleh syariah. Banyak obat batuk anak anak (mengandung alcohol), cari obat yang lain karena masih banyak yang tidak mengandung alkohol. Demikian hadirin hadirat yang diharamkan adalah yang melewati proses yang diperbuat sepeprti membuat arak. Memabukkan bila diminum itu haram hukumnya, walaupun sedikit. Hadirin hadirat demikian. Tapi kalau proses dibuatnya bukan untuk memabukkan maka tidak haram hukumnya dan hukumnya bukan hukum khamr.
Demikian hadirin hadirat yang dimuliakan Allah,
Semoga Allah swt membangkitkan kecintaan didalam jiwa kita untuk selalu berbuat hal – hal yang dicintai Allah. Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzaljalali wal ikram terangi jiwa kami dengan pelita keindahan Nama Mu, terbitkan keindahan Nama Mu didalam jiwa kami dengan cahaya yang tiada pernah terbenam, Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzaljalali wal ikram kami benamkan seluruh doa dan munajat kami didalam doa kami, didalam dzikir kami, kami memanggil Nama Mu Yang Maha Luhur..
Hadirin hadirat setiap kali kau memanggil Nama Allah maka saat itu kalimat itu, kau telah memanggil Sang Pemilikmu, Yang Memilikimu didunia hingga di akherat, Dialah Allah Swt, Dzat Yang Paling Lembut dan paling mencintaimu, memberikan kepadamu kehidupan yang tidak bisa diberikan oleh sesama makhluk satu sama lain, Dialah Allah Yang Maha Tunggal dan Abadi.
Faquuluuu jamii’an (ucapkanlah bersama sama) Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah..
Faquuluuu jamii’an (ucapkanlah bersama sama) Laillahailallah Laillahailallah Laillahailallah Muhammadurrasulullah
Washollallahu ala Sayyidina Muhammad Nabiyyil Ummiy wa Shohbihi wa Sallam.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diposkan oleh Jendela_umat di 01:32
Bahtera Hidupku
Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa...
Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buar menggunung menghempas dosa...
Kala tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani
Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu
Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi....
Jernih danau nurani bersih
berwudhu'air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidup matiku hanya untukMu....
Bahtera Hidup: Zulfan
Saturday, May 23, 2009
Mentari Hidup
Ya Allah... bagaimana harus ku ungkapkan...

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan
Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali...
Saturday, May 16, 2009
Pentadbiran Ujian
(Langkah Am Penyediaan Item Ujian)
1) Menentukan tujuan ujian
Dalam pembentukan soalan ujian terhadap pelajar Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, saya telah menetapkan tujuan khas iaitu mengesan kemampuan pelajar tentang penguasaanya terhadap pembelajaran yang telah dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan sepanjang sesi praktikum tersebut.
2) Menentukan isi kandungan ujian.
Berdasarkan tujuan ujian yang telah ditetapkan, isi kandungan bagi tajuk-tajuk tertentu telah dipilih. Isi kandungan tersebut mengandungi kemahiran-kemahiran dalam satu atau bebarapa topik yang telah dipelajari. Kemhiran-kemahiran yang dipilih sebagai isi kandungan pula adalah berdasarkan sukatan pelajarn.
Aras kemahiran yang dimaksudkan ialah mengikut enam aras kemahiran Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan, aras kefahaman, aras aplikasi, aras analisis, aras sintesis dan aras penilaian. Selain itu, aras kemahiran telah ditentukan khusus untuk setiap item atau soalan ujian.
3) Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian.
Setelah topik-topik dan aras kemahiran ditentukan, Jadual Spesifikasi ujian disediakan untuk memastikan pemberatan yang wajar bagi topik-topik serta aras kemahirannya sesuai dengan kebolehan murid-murid keseluruhannya.
Bentuk jadual spesifikasi ujian mengandungi dua perkara penting iaitu topik-topik disusun dalam pasdi mencancang dan aras kemahiran disusun dalam paksi mengufuk. Bilangan item soalan dinyatakan dalam petak-petak Jadula Spesifikasi Ujian mengikut aras kemahiran yang ditetapkan.
Dengan adanya Jadual Spesifikasi Ujian, item/soalan yang dibina dapat dipastikan untuk mempunyai ciri-ciri ujian yang baik seperti cirri keesahan dan kebolehpercayaan. Ia juga memastikan kemahiran-kemahiran adapat diuji secara menyeluruh serta pemberatannya adalah mengikut aras kemahiran tersebut dapat dibahagikan secara berpatutan.
4) Menulis item/soalan berdasarkan item ujian.
Berpandukan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah dibentuk, item/ soalan dibentuk dan dibahagikan kepada soalan berbentuk objektif dan soalan berbentuk sumatif. Pemilihan ujian subjektif atatu ujian objektif sebagai bentuk ujian bergantung kepada tujuan ujian itu.
Pada amnya, jika tujuan ujian adalah untuk penilaian sumatif, ujian objektif biasanya digunakan kerana ujian jenis ini dapat menguji banyak topik dalam tempoh masa yang singkat. Sekiranya tujuan ialah menguji kebolehan calon menyelesaikan masalah dengan langkah-langkah penyelesaian secara bersistematik atau menguji kemahiran menulis, maka ujian subjektif adalah wajar digunakan.
5) Menyemak Item/ soalan
Setelah item/ soalan selesai digubal, item/ soalan tersebut disemak supaya bebas dari sebarang kesilapan sebelum ujian ditadbirkan. Dalam hal ini, item soalan disemak dari segi bentuk, isi dan bahasa yang digunakan untuk menggubal soalan. Di samping itu, arahan perlu dipastikan jelas dan mudah difahami dan masa peruntukan adalah berpatutan dengan bilangan soalan. Item soalan juga dipastikan disusun dari mudah ke sukar.
6) Menilai Item Ujian
- Semakan dan penilaian terhadap perkara-perkara berikut:
- Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami pelajar.
- Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumatat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.
- Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan seimbang untuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.
- Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mencukupi dan seimbang untuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.
- Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.
6) Membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.
Kajian rintis bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada pelajar yang setara dari segu keupayaan dengan pelajar sasaran. Biasanya, kajian rintis tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian. Bagimanapun, kajian rintis perlu dibuat untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam bank soalan. Kajian rintis begini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
- Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajardan tidak ada kesilapan ejaan/ istilah yang digunakan.
- Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.
- Soalan –soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar guru dan tidak ada soalan yang ‘terkeluar’ daripada kandungan tersebut.
- Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendak soalan.
SEMASA PELAKSANAAN UJIAN
1) Memastikan tempat pelaksanaan ujian berada dalam keadaan yang baik.
Sepertimana bilik darjah yang kondusif diperlukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah, begitulah juga suasana yang kondusif diperlukan semasa ujian dijalankan supaya para pelajar dapat memberikan tumpuan semasa menjawab soalan. Para pelajar akan berada dalam keadaan berfikir yang kritikal yang memerlukan kepada suasana yang tenteram semasa menjawab soalan. Adalah menjadi tanggungjawab guru bagi membina suasana ini dengan mengambilkira aspek susun atur kerusi meja dan aspek kepentingan kemudahan pelajar seperti penyediaan jam di dalam dewan atau kelas.
2) Memastikan pengawas mengambil tempat atau posisi yang betul bagi mengawas perjalanan peperiksaan.
Dalam pentadbiran ujian yang sebenar, pengawas perlu ditempatkan di sudut-sudut tertentu bertujuan mengawal sebarang pergerakan atau tingkah laku pelajar semasa menjawab soalan. Sebelum itu, pengawas peperiksaan perlulah mengadakan perbincangan sesama mereka untuk membahagikan tugas pengawasan amsing-masing semasa peperiksaan dijalankan.
3) Mengedarkan soalan peperiksaan dengan angka giliran yang betul.
Soalan peperiksaan diedarkan mengikut susunan para pelajar untuk memudahkan guru memeriksa jawapan murid dengan sistematik. Biasanya, Kedudukan para pelajar di dalam dewan peperiksaan ditentukan berdasarkan angka giliran manakala peperiksaan yang dijalankan di dalam kelas ditentukan berdasarkan turutan nama.
4) Membuat taklimat ringkas tentang kertas soalan yang akan dijawab oleh pelajar.
Sebelum peperiksaan dimulakan, satu taklimat ringkas kepada para pelajar perlu diadakan. Isi taklimat adalah pengumuman tentang arahan-arahan yang terdapat dalam kertas soalan, peraturan-peraturan peperiksaan, peruntukan masa, pembetulan soalan jika ada, dan semakan soalan serta muka surat. Taklimat ringkas ini penting bagi memastikan pelajar dapat menjawab soalan tanpa sebarang gangguan dari kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak sekolah. Sebarang kesilapan soalan boleh menjejaskan markah pelajar atau keseluruhan soalan ujian yang disediakan.
5) Mengawas tingkah laku pelajar semasa ujian dilaksanakan.
Disiplin pelajar adalah penting semasa pelaksanaan ujian. Bagi memastikan diziplin pelajar terjaga semasa perjalanan ujian, pengawas peperiksaan bertanggungjawab mengawas tingkah laku pelajar. Sebarang tindakan yang mencurikan perlulah dilaporkan kepada ketua pengawas yang bertugas. Pelajar yang disyaki menuri dalam peperiksaan hendahlak dikenakan tindakan disiplin seperti yang telah ditetapkan dalam mesyuarat. Biasanya, pelajar yang ditangkap meniru dalam peperiksaan tidak dibenarkan meneruskan pepriksaanya dan akan dikenakan tindakan disiplin oleh guru disiplin.
6) Peka dengan keperluan pelajar.
Guru perlu peka terhadap sebarang permintaan pelajar seperti kertas tambahan. Biasanya, kertas jawapan untuk menjawab bahagian esei akan diberikan kepada pelajar dengan secukupnya, tetapi sekiranya pelajar meminta kertas tambahan, guru perlu memberikannya kerana ia adalah hak pelajar.
7) Mengumumkan perjalanan masa menjawab soalan.
Masa baki perlulah diumumkan kepada pelajar supaya mereka berjaga-jaga dengan perjalanan masa. Ini bagi mengelakkan sikap bertangguh-tangguh dalam menjawab soalan dan bagi membantu pelajar membuat perancangan atau pembahagian masa dalam menjawab soalan yang terbahagi kepada bahagian-bahagian objektif dan subjektif.
Biasanya, 10 minit sebelum masa menjawab tamat, guru atatu pengawas akan mengumumkannya kepada pelajar supaya pelajar dapat mempertimbangkan peruntukan masa baki untuk menyelesaikan kesemua soalan yang disediakan.
8) Mengumunkan masa tamat menjawab peperiksaan dan memastikan pelajar mematuhi arahan tersebut.
Setelah tamat masa menjawab soalan, guru perlu mengumumkannya dengan jelas. Setiap pelajar mestilah dipastikan meletakkan pensel atau pen yang digunakan untuk menjawab. Sebarang tindakan melanggar arahan oleh pelajar mestilah ditegur supaya guru bersikap adil kepada semua pelajar.
9) Mengutip kertas soalan mengikut tertib kelas atau angka giliran.
Kertas soalan hendaklah dikutip mengikut tertib. Sepertimana yang diterangkan diatas, ia penting bagi memastikan pemeriksaan kertas jawapan dan pemarkahan dilaksanakan dengan sistematik. Guru juga mestilah memastikan bahawa tidak ada kertas soalan yang tercicir semasa ia dikutip. Semasa menjalankan ujian, kertas soalan dikutip berdasarkan tempat duduk pelajar dan disusun mengikut senarai nama yang telag disedikan bagi memudahkan saya membuat jadual pemarkahan setelah diperiksa dan dianalisis keputusan peperiksaan.
10) Membuat kompilasi berdasarkan pembahagian kelas dan menyimpan kertas-kertas tersebut untuk disemak.
Setelah kertas jawapan atau kertas soalan yang dijawab dikumpulkan, guru atau pengawas akan mengasingkannya mengikut kelas atau subjek atau angka giliran.. Semasa kertas soalan ini dikutip dan dikumpul mengikut klasifikasinya yang telah ditetapkan, disiplin pelajar masih perlu dikawal supaya tidak berlaku sebarang gangguan terhadap tugas guru pada masa tersebut.
11) Mengumamkan masa bersurai dari kelas atau dewan.
Setelah guru selesai mengumpulkan semua kertas jawapan pelajar, pengumuman bersurai dari dewan peperiksaan dilakukan. Sebelum itu,para diminta untuk membersihkan tempat duduk masing-masing dari kotoran serta membuang atau mengumpulkan kertas contengan untuk dibuang.
SELEPAS PELAKSANAAN UJIAN
1) Mengumpul kertas soalan dan memeriksa jawapan berdasarkan skema jawapan.
Selepas ujian dijalankan dan kertas jawapan dikutip, guru melaksanakan tugas setrusnya, iaitu memeriksa skrip jawapan. Beberapa perkara yang diberi perhatian semasa memriksa skrip jawapan seperti bentuk ujian yang diberikan, jawapan yang diberikan oelh pelajar sama ada dalam kertas jawapan yang disediakan atau jawapan dalam bentuk esei. Bagi jawapan berbentuk objektif, adalah mudah bagi guru memeriksa dengan menebuk kertas jawapan ‘master’ dan seterusnya menanda pada skrip jawapan pelajar.
Sekiranya jawapan dibuat pada boring OMR adalah lebih mudah memeriksa boring jawapan melalui mesin memproses boring jawapan OMR. Sebaliknya, jawapan yang berbentuk esei pula memerlukan guru memeriksanya dengan teliti dan tidak wajar diperiksa oleh sesiapa sahaja, berbanding jawapan berbentuk objektif. Lazimnya, pemeriksaan skrip jawapan berbentuk esei memrlukan guru pakar dalam mata pelajaran tertentu.
Jawapan yang perlu diperiksa oleh guru dalam ujian yang telah dijalankan adalah berbentuk jawapan di atas kertas soalan . Dalam kertas soalan, runag jawapan telah disediakan. Guru hanya perlu meneliti jawapan murid berdasarkan pilihan jawapan yang telah ditandakan pada bahagian objektif dan jawapan yang telah ditulis pada bahagian subjektif.
- Skema jawapan.
2) Memberikan markah yang sewajarnya kepada pelajar.
Markah yang sewajarnya perlulah diberikan kepada pelajr dengan adil. Semasa penyediaan markah, sebuah jadual pemarkahan telah dibina. Markah dikira berdasarkan bilangan jawapan yang betul dan markah keseluruhan adalah hasil tambah peruntukan markah bagi jawapan yang betul.
3) Membincangkan hasil keputusan dan membuat penilaian keseluruhan terhadap prestasi
Biasanya,setelah hasil keputusan dibentung dalam menyuarat atau satu sesi pertemuan khas, prestasi pelajar dibincang dan dinilai. Setiap pelajar seharusnya dinilai dengan kritikal dari setiap aspek yang berkaitan. Hasil penilaian direkodkan oleh guru sebagai rujukan dalam membincangkan tindakan lanjut yang perlu dilakukan untuk memperbaiki prestasi pencapaian.
Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah
Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.
Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .

Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.
1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e
Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.

Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.

InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…
“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “