Monday, December 28, 2009

Cinta itu datang lagi

12 November 2009.Cinta itu datang lagi.....

Saat aku bertimpuh di tepi jendela, ku renung setiap nikmat yang terhambur di segenap sudut alam yang mengelilingiku. Angin pagi bersemilir menghembus lembut mengusap pipi. Aku ditemani alunan qasidah dari telefon bimbitku yang sempat ku rakam ia dialunkan pelajar-pelajar di sini.


"Ya Badra Tim....Ya Badra Tim...''

Wahai nabi yang tampan bercahaya indah laksana bulan mengambang penuh,

yang telah meraih segala keampunan,

bagaimana kata-kataku mampu mengungkapkan ketinggian sifat-sifatmu?

Engkaulah yang telah terbit mentari ilmumu di ufuk ketinggian dan kemuliaan

lalu dengan cahaya syariatmu, telah engkau lenyapkan segala kesesatan.




Di sisiku, kitab-kitab tulisan guruku tersusun kemas menunggu giliran untuk dihadam akal bagi tujuan mengulangkaji sebentar nanti.

Tirai jendela dan pepohon meliuk lintuk ditiup angin pagi. Segalanya kelihatan begitu damai di bumi yang berkah ini. Bumi ini dan tempat ini telah banyak melahirkan pelapis mujahidin. Pelapis-pelapis mujahidin yang terbius ruhnya dengan cahaya Iman..dan cahaya itulah yang telah membuahkan kesediaan kami untuk memegang utuh ikrar dalam perjuangan ini. Inilah Baitul Qurra' Wal Ilmi, 'rumah' yang telah melahirkan jiwa-jiwa tegar dengan prinsip dan perjuangan, setegar jiwa guruku,uswah hasanah kami.





Tawa dari usik mengusik di kalangan muslimat dari ruang tamu mencuri perhatianku. Aku ralit memerhatikan gelagat mereka. Mereka muslimah harapan. Tawa mereka tawa yang sopan. Ceria mereka ceria yang harapan. Tangis mereka tangis cinta dan pengharapan hanya kepada yang Zat yang memiliki hati mereka.





Aku mengalihkan pandanganku kepada sehelai kanvas berlapikkan buku tebal di ribaanku. Lantas tanganku terasa ingin menari mencoretkan sesuatu.

Maka aku menulis..


Ya allah...Cinta itu subur kembali..

dan Cintamu bukanlah sesuatu yang bersifat murahan.

Takkan aku lakukan kesilapan yang sama berlang kali, ingin mendapatkan cintamu dengan jalan yang singkat, ternyata usahaku dahulu usaha murahan.

Takkan sesekali aku rendahkan nilai cinta itu lagi dengan usaha yang amat sedikit, maka ia menuntut pengorbanan.

Hadirlah diriku di setiap jagaanMu, Engkau Maha Melindungi..

Akan ku gagahi..






.








Hijrah vs Hipokrit




Hijrah vs Hipokrit, mengapa......?




Mengapa bila terdetik di jiwa yang mahu berubah, lantas tercantas dengan perasaan berprasangka kepada diri? Berprasangka kepada diri yang dimaksudkan ialah menerima prasangka manusia yang tidak yakin dengan jiwa kita.




Mengapa perubahan ke arah kebaikan itu mudah tercalar dengan gangguan luaran sedangkan, yang ingin kita buktikan ialah bukti kepada tuhan?




Mengapa kebaikan yang terjadi di depan mata manusia tidak dipositifkan dengan tanggapan manusia itu sedang membangunkan dirinya dalam ransangan persekitaran?itu satu bentuk pendidikan yang memerlukan mediumnya pada peringkat awal perubahan.




Mengapa tidak bulatkan cinta kepada yang maha menerima perubahan , yang maha menerima kepulangan?




Duhai manusia, cukuplah mengkritik saudaramu. Duhai saudara, cukuplah mengkritik jiwamu. dongaklah memandang perjalananmu yang masih jauh ,lakukan sesuatu supaya perjalanan 1500 tahunmu di mahsyar itu satu realiti yg bukan tanggunganmu.






Tuesday, December 22, 2009

Sekilas Info FTA utk Cikgu, mesti tau!



Kerajaan Malaysia secara sulit berbincang dengan Amerika Syarikat untuk menandatangani FTA. Ramai yang hairan dengan sikap kerajaan yang cuba menyembunyikan perkara tersebut daripada rakyat. Dan rata-rata rakyat Malaysia masih lagi baru mendengar perkataan FTA.
Apakah FTA? Suara Keadilan tanyakan soalan itu kepada Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud. Beliau mengupas FTA dengan panjang lebar, ikuti temubual menarik di bawah.

Boleh saudara terangkan apa itu FTA dan apa yang sebenarnya berlaku sekarang?

Syed Shahir: FTA bermaksud Free Trade Agreement, atau Perjanjian Perdagangan Bebas. FTA ini, bersifat bilateral, iaitu perjanjian dua hala melibatkan di antara satu negara dengan satu negara yang lain.

Sebenarnya tidak ramai yang mengetahui apa yang sedang berlaku sekarang ini. Dalam konteks ini, yang lebih dominan dalam rundingan FTA Malaysia-Amerika ialah Amerika, yang juga merupakan kuasa terbesar dunia dalam semua konteks dan dari pelbagai segi.

Amerika lebih menguasai walaupun pada dasarnya, perjanjian ini sepatutnya menguntungkan kedua pihak. Oleh sebab dominasi Amerika, maka rundingan tersebut lebih memihak kepada kuasa dunia itu.

Di rantau ini, Amerika sudahpun memeterai FTA dengan Singapura. Walaupun sepatutnya Amerika memeterai perjanjian yang sama dengan Thailand, tetapi rundingan terpaksa ditangguhkan.

Di satu sisi kelihatan perjanjian FTA ini bagus, antaranya tiada halangan peralihan modal dan produk di antara dua negara terbabit. Apa yang ditentang ialah perjanjian yang tidak seimbang. Misalnya, dalam soal perbankan, praktis di Malaysia sekarang peraturannya agak ketat dan masih dikawal.

Dengan adanya FTA, tiada apa yang boleh menghalang sebuah bank besar Amerika Syarikat, misalnya First Boston Bank, untuk masuk ke negara kita dan menelan tiga atau empat bank tempatan. Dan seperti yang telah dipersetujui dalam rundingan FTA, tiada apa yang bolehmenyekat pembelian tersebut.

Jika kita lihat soal petani misalnya, sekarang kita tahu bahawa sedikit-sebanyak kita masih menghasilkan padi dan beras di Mada, di Kada, di Sungai Manik, di Lembah Kriang, di Tanjung Karang dan sebagainya. Ini adalah merupakan kawasan-kawasan penanaman padi yang memang dibantu oleh pemerintah. Sama ada dari segi subsidi baja, biji benih dan bermacam-macam lagi.

Begitu kita ada perjanjian ini, syarikat asing akan kata bantuan ini tidak adil. Mereka akan kata, “Bagaimana saudara boleh bagi bantuan dan sebagainya kepada petani tempatan sedangkan kami mahu membawa masuk beras kami?” Berbalik kepada soal eksport, seperti minyak kelapa sawit, memang benar perjanjian dengan Amerika membenarkan kita bebas mengeksport dan mengimport.

Tetapi persoalannya, kalau misalnya pengguna di sana enggan menggunakan minyak kelapa sawit, apa kita nak buat?

Amerika akan kata, “Itu bukan salah kami. Masalahnya mereka tidak mahu apa yang kamu eksport kepada kami. Mereka lebih gemar makan minyak soya.” Dan ini dia kata adalah satu perkara yang adil, kerana pengguna tidak mahu. Bila mereka hantar beras ke sini, orang Malaysia lebih suka beras dari AS kerana ia lebih berkualiti, dan harganya lebih murah. Dan mereka akan kata, “Ini juga bukan salah kami, kerana rakyat Malaysia lebih sukakan barangan kami.”

Pada waktu itu, kita tidak boleh sekat kerana ada perjanjian. Mereka bukan sahaja boleh mengemukakan bantahan, malah mereka boleh mengenakan penalti ke atas kita. Banyak negara yang sudahpun dikenakan penalti kerana cuba melindungi syarikat tempatan.Dan hal ini, saya fikir kita perlu ambil perhatian.

Dan yang ketiga, dari segi pekerja misalnya. Apa akan berlaku kepada kita? Syarikat asing akan memberi kesan yang besar kepada kita kerana apabila mereka masuk nanti dan dengan adanya FTA, syarikat-syarikat gergasi AS boleh berbuat apa sahaja yang mereka mahu atas nama perdagangan bebas.

Bukankah persaingan itu bagus untuk ekonomi negara?

Ada orang pernah katakan, kalau kita nak lawan seseorang itu dengan permainan dia, tentu kita akan kalah. Sebagai contoh, mereka ajak kita bermain American Football. Suatu permainan yang asing bagi rakyat kita. Dan kalau kita tengok pemain-pemain mereka, yang paling rendah 5 kaki 8 inci.

Bagi kita, itu paling tinggi tapi bagi mereka itu paling rendah. Lebih dari itu, saiz mereka juga besar. Apakah kita mampu berlawan? Dari segi peraturan, memang adil. Kita kumpulan 20 orang, dia pun 20 orang. Dia pakai helmet, kita pun pakai helmet. Kita pakai kasut but, dia pun pakai kasut but. Tapi dari segi saiz, tidak seimbang.Perbandingan harus dibuat dengan negara-negara yang setara dengan kita seperti Singapura, Thailand dan Korea Selatan.

Apakah perjanjian ini akan memberi kesan kepada pekerja termasuk Perjanjian Bersama (CA)?
Perjanjian FTA tidak sebegitu, ia masih lagi menghormati lagi beberapa hal. Tetapi kita jangan lupa bahawa antara undang-undang dengan tindakan atau dasar ialah dua perkara berbeza. Sebab itu bila kita lihat di beberapa negara, undang-undangnya baik, tetapi jika kita lihat dasardan tindakan, ia menjadi satu hal yang lain.

Sebagai contoh, undang-undang tiada halangan mengenai menubuhkan atau seseorang untuk bergiat aktif dalam kesatuan sekerja. Tetapi proses dan realitinya berbeza sama sekali. Ambil contoh misalnya, dalam konteks, pekerja-pekerja dalam industri elektronik.

Perjuangan untuk membentuk, menubuh kesatuan pekerja dalam industri elektronik ini sudah menjangkau lebih 30 tahun dan masih tidak selesai lagi. Jadi apa ertinya ini? Ertinya dalam konteks tindakan, perlakuan dan dasar berbeza dari undang-undang.

Berbalik kepada soal yang diperkatakan tadi. Apakah nanti CA akan terhapus?

Saya tidak rasa CA akan terhapus, kerana masih ada lagi ruang untuk berunding. Akan tetapi dalam masa yang sama pengaruh dari syarikat-syarikat gergasi multinational ini memang cukup kuat sekali. Dalam beberapa pertemuan dengan wakil-wakil kerajaan AS, saya suarakan keprihatinan kita atas isu-isu kesatuan pekerja dan penubuhannya.

Sebagai contoh, apa yang berlaku kepada sebuah pasaraya besar, Walmart di Quebec, Kanada. Salah satu dari dasar Walmart ialah ‘free environment from unions’, iaitu tiada kesatuan sekerja di dalam syarikat itu.

Di China, keadaannya berbeza sama sekali. Pekerja-pekerja Walmart di China boleh menubuhkan kesatuan pekerja. Apa yang mahu ditekankan di sini ialah, sejauh mana keikhlasan syarikat-syarikat sepanjang mengenai memberi hak kepada pekerja nanti.Ini merupakan satu hal yang kita masih ragu-ragu.

Selain dari itu, apa lagi yang tidak dipersetujui, atau perkara-perkara yang membimbangkan dalam FTA ini?

Dalam FTA ini antara lain nanti tidak akan ada semacam hal-hal yang melindungi. Misalnya kuota untuk sebahagian orang atau kelas dan sebagainya. Ini semua tidak boleh ada.
Menurut FTA, itu adalah perdagangan yang tidak adil. Oleh kerana kita menghadapi syarikat besar, dia sanggup lawan.

Katalah kita hasilkan produk ‘x’, dan mereka kemukakan produk ‘y’ yang jauh lebih murah. Tentu sekali pembeli akan memilih ‘y’. Tetapi bagaimana pula dengan pengusaha kita? Tetapi dari sudut pengguna, itu bagus dan adil bukan?

Ya, dari satu segi itu amat bagus untuk pengguna, tetapi bagaimana pengguna boleh menjadi bagus kalau tiada kerja, atau tiada pendapatan? Ini antara kebimbangan kami. Maknanya, bagus kalau kita beli barang yang murah dan berkualiti, tetapi bagaimana nak beli kalau kita tiada duit?

Apa sebab saya tiada duit? Kerana saya tiada atau hilang pekerjaan. Misalannya, petani padi di Tanjung Karang. Syarikat kata baja boleh dibeli pada harga murah.
Kemudian didatangkan baja, dengan harga satu beg tidak sampai 20 ringgit, dan dijual hanya 13 ringgit. Tetapi bagaimana mungkin dia boleh beli baja-baja itu jika padinya tidak dapat dijual? Itu implikasinya. Ini diantara perkara yang perlu diberi perhatian.

Dan sepanjang rundingan ini, nampaknya wakil-wakil kerajaan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri membisu. Kita tidak menerima sebarang perkembangan atau penerangan dari pihak kerajaan Malaysia.

Bolehkah kita menolak FTA?

Boleh. Bukan semua negara menandatangani FTA.

Tetapi apakah itu akan merugikan kita?

Dari satu segi, ada yang menyatakan ia akan merugikan kita kerana kita tidak mempunyai perdagangan dengan AS. Tetapi bukankah kita ada hubungan perdagangan pelbagai hala dengan pelbagai negara di dunia ini seperti sebelum ini.

Memang ada satu tanggapan, jika tiada FTA, kita akan rugi. Tetapi kita boleh juga belajar dari pengalaman Mexico, Chile dan Jordan. Kita harus teliti, adakah mereka untung atau rugi?
Jika benar perkara ini baik dan mendatangkan faedah, mengapa ia dibuat secara eksklusif? Mengapa tidak dibuka dan kita bincang, jika ia benar-benar baik?

Sepatutnya satu isu yang besar yang melibatkan negara, kerajaan dengar pandangan orang ramai. Parlimen harus tahu, dan perlu jawatan-kuasa yang memantau rundingan tersebut. Mengapa ia dijadikan eksklusif?

Kalau benar ia baik, kalau benar ia menguntungkan kita, kita tidak akan menentang. Mengapa pula kita akan tentang perkara yang memanfaatkan kita? Kita akan menyokong. Apa yang kita bimbang bahawa, ini akan mendatangkan malapetaka kepada kita dalam jangka masapanjang.
Sekarang ini, dari pemerhatian, apa yang cuba disembunyikan kerajaan?

Saya juga berasa pelik, mengapa isu ini dianggap sebagai satu hal yang tidak boleh dihebahkan. Sedangkan hal ini seharusnya terbuka kerana iamempengaruhi kehidupan rakyat. Lebih dari itu, kerahsiaan ini juga bertentangan dengan seruanketerbukaan Perdana Menteri.
Ada dateline pada rundingan ini?

Menurut pihak AS, rundingan ini melalui proses fast-track. Maknanya, perkara ini disegerakan, mungkin sekitar pertengahan tahun hadapan.

Apakah ini satu bentuk penjajahan ekonomi?

Ya ini memang agenda besar AS. Selain dari politik dan ketenteraan, ini antara salah satu keupayaannya dalam mempengaruhi tiap-tiap negara melalui perdagangan.
Misalnya, dalam perniagaan sekarang ini, ubah struktur lembaga pengarah mudah sahaja. Mereka beli saham dan kuasai syarikat itu, dan dari situ ia boleh ubah. Jadi dalam konteks ini, kalau mereka boleh datang, mereka boleh tawarkan duit sebegini, mengapa tidak?

Apakah ia melibatkan kedaulatan..

Oh Memang! Ini soal yang besar, yang kita sebagai rakyat negara ini harus pandang serius. Ini bukan soal main-main. Tidak perlu lagi mereka datang sepertimana di Iraq atau Afghanistan.
Mereka datang cukup dengan membimbit beg sahaja. Dan kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana kita telah meterai perjanjian FTA. Dan ada klausa-klausa tertentu yang menentukan denda dan hukuman jika gagal mematuhi atau melanggar perjanjian tersebut.

Apa pendirian MTUC dalam hal ini?

Kita mahu satu perjanjian perdagangan yang lebih adil dan bukan lebih memihak kepada satu pihak, baik secara tersurat atau tersirat. Jadi pada hemat kita, kita mahu satu bentuk perdagangan yang betul-betul menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Antaranya, kita boleh eksport ke negara terbabit dan mereka juga boleh mengeksport ke negara ini, dengan cara yang lebih seimbang.

Apa yang harus rakyat Malaysia lakukan?

Saya mencadangkan antara lain, rak-yat perlu menemui wakil-wakil mereka samada diperingkat dewan undangan negeri atau Parlimen dan tanya mengenai perkembangan FTA ini, dan tanyakan juga penyelesaian kepada masalah-masalah berbangkit kerana ini satu isu yang besar.

Kemudian, mereka hendaklah menyatakan sikap secara terbuka kepada pemerintah. Suarakan keprihatinan dan kebimbangan. Ketiga, kita harus mengambil iktibar dari pengalaman negara-negara lain.

Seperti yang saya katakan tadi, mengapa petani-petani Korea sanggup mengeluarkan belanja sendiri dan terbang ke Amerika Syarikat dan berdemonstrasi di Washington DC?
Kita ada lebih 11.6 juta tenaga pekerja di Malaysia, itu satu jumlah yang besar, dan mereka ini yang akan menerima impak dari FTA. Pendirian kami tidak berubah, nasib pekerja ialah perjuangan kami.

Ini bukan soal politik, ini soal tanggungjawab dan kepentingan pekerja. Malah untuk pengetahuan, kesatuansekerja di Amerika Syarikat juga menentang FTA.
Mereka membantah kerana FTA mengganggu-gugat kepentingan pekerja Amerika Syarikat.
Apa yang jelas, tidak semua menyokong FTA ini. Kerana yang benar-benar menerima manfaat besar dari FTA ini ialah syarikat-syarikat gergasi Barat, terutama sekali syarikat Amerika. Malah kita boleh lihat, syarikat-syarikat ini bersungguh-sungguh melobi sehingga sanggupmengeluarkan belanja berjuta-juta ringgit.

Friday, December 4, 2009

Wednesday, November 25, 2009

Jiwa Sabar dan Syukur

"Jangan letakkan nilai kamu pada perkara yang kamu tak dapat kawal"- Abu Saif.

" Setiap yang mahu berjaya pasti akan diuji"


Hari ini, jiwaku amat sensitif. Entah mengapa aku sendiri tidak mengerti. Masalah kecil dan sangat remeh sahaja mampu membuatkan air mataku mengalir lagi. Mungkin kerana jiwa ini dalam kondisi lemah.Ya, terlalu lemah.

Jam 3.30 petang tadi, adikku Muhaymin menelefonku dari sekolah setelah dia tamat menjawab soalan peperiksaan SPMnya. Dia berpesan kepadaku supaya mengemas rumah dan buat apa yang patut untuk menyambut kedatangan sahabatnya Cop yang akan bermalam di rumah kami.

Sememangnya aku amat menyukai kedatangn Cop ke rumah. Dia kulihat satu-satunya sahabat adikku yang beriman. Aku bersyukur adikku punya sahabat sepertinya.

Aku mula bersungguh mengemas rumahku selepas menunaikan solat asar. Aku selongkar bilik adikku yang macam tongkang pecah. Bermula dari katilnya, aku campak semua pakaiannya , bantal dan selimutnya yang bergumpal ke sisi katil. Cadarnya aku ratakan, selimutnya aku lipat, bantalnya aku tepuk supaya rata dan kemas. Frame dan gambar-gambarnya aku betulkan posisinya. Buku-buku dan kertas-kertas yang bersepah-sepah ditepi katil aku susun di satu sudut sehingga benar-benar kemas.

Kemudian, aku beralih ke meja belajarnya. Segala bentuk wayar, headphone, laptop, perfume, bingkai2 gambar yang kecil, lampu, cebisan-cebisan nota dan kraftangan-kraftangan aku susun supaya nampak kemas. Kemudian aku beralih kepada almari bajunya. Apabila aku kuak sahaja pintu almarinya, masyaAllah, jatuh semua baju yang dilonggokkan di dalamnya tertimpa-timpa ke lantai. Semua baju itu aku kumpulkan setempat termasuk baju-baju yang kelihatan seperti berlipat tapi sudah tidak teratur susunannya. Aku lipat semua baju itu. Kemudian, aku kelaskan baju-baju itu mengikut kegunaan termasuk pakaian-pakaian peribadinya. Setelah itu aku susun semuanya di dalam almari dan menggantung sebahagian dari baju2 itu sepertimana sepatutnya. Setelah selesai semuanya, aku menyampu sampah di lantai yang habuk-habuk terkumpul itu jika ditimbang kelihatannya sama seperti 1 kg gula.

Aku menutup lampu dan pintu biliknya setelah selesai.

Adikku pulang tidak lama selepas itu. Dia masuk ke rumah dan menjemput Cop ke bilik. Mereka berbual-bual di dalam.Aku juga mengalu-alukan kedatangan Cop. Aku menanti-nanti reaksi adikku. Senyap. dan aku meneruskan beberapa kerja lain dengan mengganggap dia tidak kisah. Tak apalah, dia memang begitu.

Setelah selesai kerja, aku masuk ke bilik untuk on9 semula. Aku dapati broadbandku telah tiada. Maka dengan suara yang agak kuat aku bertanya kepada adikku dari ruang bilikku. Rupanya dia telah mengambilnya tanpa memberitahuku. Tak apalah. Aku menerangkan kepadanya bahawa aku memerlukannya untuk melakukan beberapa tugas. Tiba-tiba adikku menunjukkan reaksi seperti menyampah dan memberikan semula broadbandku kepadaku dengan cara yang agak kasar di hadapan Cop. Aku terkilan. Adik perempuanku pula menegurku supaya jangan bergaduh. Jiwa egoku berkata tiba-tiba.

Jiwa ego : Apa ni? aku tak niat nak gaduh pun. Aku cakap baik-baik ja lah.

Dan aku melontar kata-kata egoku itu melalui lisanku. Adik perempuanku cepat-cepat keluar dan bertindak seolah-olah penenang keadaan.

Jiwa ego : Apahal ni... kenapa orang menganggap aku nak cari gaduh pula. Salahkan aku pula, tak faham!

Jiwa sabar : Sabar. Diam sebentar. cuba fikirkan kenapa.

Akal : Tadi aku berkata-kata menggunakan suara yang kuat.Mungkin adik aku menganggap dia dimarahi. Suara aku jadi tinggi dan kecil bila selesema. Mungkin didengari seperti leteran padanya?

Jiwa ego : Memanglah kena cakap kuat-kuat. Duduk pun jauh-jauh. cakap slow bukannya nak dengar. Dia tu sepatutnta minta izin aku dulu. Aku bukannya marah pun, just bertanya biasa sahaja. Kenapa mesti ada orang nak terasa. Please la, hal kecik aja..

Jiwa sabar: Sabar..sabar.. terimalah kelemahannya.

Jiwa ego : Sampai bila adik aku nak ego macamtu. Penat lah, aku saja yang jaga hati dia? Dah la satu habuk terima kasih pun tak cakap lepas kemas bilik dia saja yang makan masa 2 jam tu.

Jiwa syukur: Aku kemas kerana nakkan penghargaan adikku kah? itu tanggungjawab aku lah.. jadikanlah latihan, buat kerja kerana Allah, buat kebajikan kerana kita ingin bersifat dengan sifat ithar..berlapang dada. sesama muslim perlu ithar, apalagi adik-beradik.. rileks la.. matang sikit... diakan adik, terima kelemahannya... bersyukurlah ini sebenarnya ujian sabar yang paling rendah, paling mudah. Make it simple, take it easy..

Jiwa ego : Aku dah banyak susah payah sbb sayangkan dia. Sampai hari ni aku tak nampak dia bangga aku jadi kakaknya. Ya lah aku kan blajar stakat dalam Malaysia sahaja. Kakaknya yang sorang lagi tu blaja luar negara. Sebab tu dia tertunggu-tunggu, sebut-sebut dan expose dan bangga dengannya. Aku ni, walau usaha macammanapun, tetap tak dapat dihargainya. aku pun tak ada lansung perasaan jelous pada adik perempuanku itu. lansung tak ada. Cumanya aku mahukan perhatian adik lelakiku sorang tu. C'monla, aku nakkan perhatiannya pun sebab aku nak aku mudah untuk menasihatinya dalam hal-hal keagamaan. Kalau dia tak 'pandang' aku, macammana dia nak makan nasihat aku?aku berfikir dan terasa ni pun dalam soal dakwah ape!.

Jiwa sabar : Sabar..duduk,duduk. kawal akal. jangan biar akal memikirkan ''sampai hati''nya adik aku buat begitu. Take it positif.

Aku memandang laptopku yang tidak dihidupkan. Air mataku mengalir deras. Deras sekali. Aku merasa sangat sedih dan pelik. Sedih kerana sebab-sebab diatas dan pelik kerana aku terlalu sedih, pelik kerana jiwa ini terlalu sensitif hari ini.

Jiwa sabar : Something goes wrong right now. Pergi amik wudu' dan solat dua rakaat.

Aku bangun dan menuju ke bilik air. Aku keluar bilik dalam keadaan tunduk, bimbang ahli rumahku ternampak mataku yang merah dan berair ini. Dalam perjalananku ke bilik air, jiwa sabar sempat berbisik.

Jiwa sabar : Positif. Positif. Positif. Matang. Jangan letakkan nilai pada perkara yang aku tak boleh kawal. Aku ok.

Aku tanggalkan tudung. Aku berkumur, aku basahkan mukaku, tangan, sedikit bahagian kepala, telinga, dan kakiku.

Air mataku yang mengalir sejak tadi terhenti. Jiwa syukur dan sabar datang berpadu berhujah dan berdoa
.

" Ya Allah.. apa yang engkau tetapkan padaku, aku takkan dapat mengelaknya. Apa yang engkau telah tetapkan padaku, segalanya untuk kebaikanku. Segala dugaan yang kecil terasa besar atau yang besar terasa kecil adalah dalam genggamanmu, disebaliknya tersurat kekuatan yang engkau ingin hadiahkan kepadaku. Aku gemarkan kekuatan itu, tapi, untuk memperolehninya aku perlu bertahan dengan dugaanmu. Ya Allah, aku terima segalanya walau bagaimanapun bentuk dugaan itu, yang kecil terasa besar atau yang besar terasa kecil, cuma yang aku harapkan ialah, untuk dugaan kesekian kalinya, janganlah kau biarkan aku bertindak melulu kepada perkara yang tidak bermanfaat untuk agamaku kerana jiwa egoku, tetapi, datangkan dengan kadar segera jiwa sabar dan syukur ini agar aku tetap menghargai bukan sekadar menerima apa-apa yang diatangkan olehMu, hari ini mungkin jiwa sabar dan syukur ku telah menang, tapi esok lusa aku tak tahu Ya Allah..selamatkanlah aku dari kejahatan diriku.Ya Rahman..Ya Rahim"

Dan aku memakai tudungku semula. Aku melangkah keluar dan masuk kebilik. aku menghampar sejadah dan memakai telekung. Jiwaku terasa tenang sekali...dan aku mengangkat takbir.........

Friday, November 13, 2009

PANDUAN MENGHAFAZ AL-QUR'AN

( p/s Nota ini dipetik dari "Kitab At Tibyan fi adab Hamlati Al-Qur'an" Imam Nawawi, dalam bab ke 5, dbawah tajuk 'Panduan Menghafaz Al-Qur'an, edisi terjemahan) (^_^)


Diantara adab-adab menghafaz Al-Qur’an ialah:

1) Mesti berada dalam keadaan paling sempurna dan perilaku paling mulia, hendaklah dia menjauhkan dirinya dari segala sesuatu yang dilarang Al-Qur’an, hendaklah dia terpelihara dari pekerjaan yang rendah, berjiwa mulia, lebih tinggi darjatnya dari para penguasa yang sombong dan pencinta dunia yang jahat, merendahkan diri kepada orang-orang sholeh dan ahli kebaikan, serta kaum miskin, hendaklah dia seorang yang khusyuk memiliki ketenangan dan wibawa.

Diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khattab ra bahawa dia berkata:
“Wahai para qari (yang mahir membaca) Al-Qur’an, angkatlah kepalamu! Jalan
telah jelas bagimu dan berlombalah kamu untuk berbuat kebaikan dan janganlah
kamu menggantungkan diri kepada orang lain.”

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud ra, katanya:
“Hendaklah penghafaz Al-Qur’an menghidupkan malamnya dengan membaca Al-Qur’an
ketika orang lain sedang tidur dan siang harinya ketika orang lain sedang
berbuka. Hendaklah dia bersedih ketika orang lain bergembira dan menangis
ketika orang lain tertawa, berdiam diri ketika orang lain bercakap dan
menunjukkan kekhusyukkan ketika orang lain membanggakan diri.”

Diriwayatkan dari Al-Hasan bin Ali ra, katanya: “Sesungguhnya orangorang
sebelum kamu, menganggap Al-Qur’an sebagai surat-surat dari Tuhan
mereka. Maka mereka merenungkan pada waktu malam dan mengamalkannya
pada waktu siang.”

Diriwayatkan dari Al-Fuadhai bin Iyadh, katanya: “Penghafaz Al-Qur’an
tidak boleh meminta keperluannya dari seorang khalifah (penguasa) dan dari
orang yang berada di bawah kekuasaannya.”

Diriwayatkan dari Al-Fudhai juga, katanya: “Penghafaz Al-Qur’an
adalam pembawa bendera Islam. Tidaklah patut dia bermain bersama orang
yang bermain dan lupa bersama orang yang lupa, serta tidak berbicara yang siasia
dengan kawannya untuk mengagungkan Al-Qur’an.”

Masalah ke-23:
Hal yang perlu diberi penekanan dari apa yang diperintahkan kepada
penghafaz Al-Qur’an ialah agar menghindarkan diri dari perbuatan menjadikan
Al-Qur’an sebagai sumber penghasilan atau pekerjaan dalam kehidupannya.
Diriwayatkan dari Abdurrahman bin Syibil ra, katanya: Rasulullah s.a.w
bersabda:

(Teks Bahasa Arab)

Terjemahan: “Bacalah Al-Qur’an dan jangan menggunakannya untuk
mencari makan, jangan mencari kekayaan dengannya, jangan menjauhinya dan
jangan melampaui batas di dalamnya.”
Diriwayatkan dari Jabir ra, dari Nabi s.a.w: “Bacalah Al-Qur’an sebelum
datang suatu kaum yang mendirikannya seperti menegakkan anak panah
dengan terburu-buru dan mereka tidak mengharapkan hasilnya di masa depan."
(Riwayat Abu Dawud)

Dia meriwayatkannya dengan maknanya dari riwayat Sahl bin Sa’ad,
artinya mereka mengharapkan upahnya dengan segera berupa uang atau
kemasyuran dan sebagainya.

Diriwayatkan dari Fudhai bin Amrin ra, katanya: “Dua orang sahabat
Rasulullah s.a.w memasuki satu masjid. Ketika imam memberi salam seorang
lelaki berdiri kemudian membaca beberapa ayat dari Al-Qur’an, kemudian dia
meminta upah. Salah seorang dari keduanya berkata, Innaa lillahi wa innaa ilaihi
raaji’un.’”

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang suatu kaum
yang meminta upah kerana membaca Al-Qur’an. Maka siapa yang meminta
upah kerana membaca Al-Qur’an, janganlah kamu memberinya.”
Isnad hadits ini terputus kerana Al-Fudhai bin Amrin tidak mendengar
dari sahabat.

Sementara mengambil upah kerana mengajar Al-Qur’an, maka para
ulama berlainan pendapat.

Imam Abu Sulaiman Al-Khattabi menceritakan larangan mengambil upah
kerana membaca Al-Qur’an dari sejumlah ulama, di antaranya Az-Zuhri dan
Abu Hanifah. Sejumlah ulama mengatakan boleh mengambil upah jika tidak
mesyaratkannya, iaitu pendapat Hasan Bashri, Sya’bi dan lainnya berpendaapat
boleh mengambil upah. Jika menyinggung dan dengan akad yang benar, ada
hadits sahih yang mengharuskannya kerana telah kerana telah ada hadits-hadits
sahih yang mengharuskannya.

Ulama yang melarangnya berhujah dengan hadits Ubadah bin Shamit
bahawa dia mengajarkan Al-Qur’an kepada seorang lelaki penghuni Shuffah,
kemudia dihadiahkan kepadanya sebuah busur. Maka Nabi s.a.w berkata
kepadanya:

(Teks Bahasa Arab)

Terjemahan: “Jika engkau suka dipakaikan kalung dari api di lehermu,
maka terimalah hadiah itu.”
Hadits itu adalah hadits masyur yang diriwayatkan oleh Abu Dawud
dan lainnya. Dan berhujjah pula dengan banyak athar dari ulama Salaf.
Para ulama yang mengharuskan boleh mengambil upah tadi menjawab
tentang hadits Ubadah itu dengan dua jawapan:

a) Bahawa dalam isnad hadits itu ada masalah.
b) Orang itu menyumbangkan tenaga untuk mengajar, sudah tentu dia
tidak berhak mendapat apa-apa. Kemudian dia diberi hadiah sebagai tanda
terima kasih, maka dia tentu tidak boleh mengambilnya. Lain halnya dengan
orang yang mengadakan akad dengannya sebelum mengajar. Wallahu’alam.

Masalah ke-24:
Hendaklah dia memelihara bacaan Al-Qur’an dan memperbanyak
bacaanya. Ulama salaf mempunyai kebiasaan-kebiasaan yang berlainan tentang
tempo dan jangka masa mengkhatamkan Al-Qur’an. Ibnu Abi Dawud
meriwayatkan dari sebagian ulama Salaf bahawa mereka mengkhatamkan Al-
Qur’an sekali dalam setiap dua bulan, manakala setengah dari mereka
mengkhatamkan Al-Qur’an dalam setiap bulan.

Setengah dari mereka mengkhatamkannya sekali dalam sepuluh malam
dan setengahnya mengkhatamkan sekali dalam setiap delapan malam. Banyak
dari mereka mengkhatamkan dalam setiap tujuh malam. setengahnya
mengkhatamkannya dalam setiap enam malam. Dsan ada pula dari mereka
mengkhatamkannya dalam setiap lima malam.

Sedangkan setengah dari mereka ada yang mengkhatamkannya dalam
setiap empat malam, setiap tiga malam atau setiap dua malam. bahkan setengah
dari mereka mengkhatamkannya sekali dalam sehari semalam.Di antara mereka ada yang mengkhatamkannya dua kali dalam seharisemalam dan ada yeng tiga kali. Bahkan setengah dari mereka mengkhatamkkannya delapan kali, yaitu empat kali pada waktu malam dan
empat kali pada waktu siang.

Diantara orang-orang mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam sehari
semalam ialah Usman bin Affan ra Tamim Ad-Daariy, Said bin Jubair, Mujahid,
Asy-Syafi’i dan lainnya.

Diantara orang-orang yang mengkhatamkan tiga kali dalam sehari
semalam ialah Sali bin umar ra Qadhi Mesir pada masa pemerintahan
Mu’awiyyah.

Diriwayatkan bahawa Abu Bakr bin Abu Dawud ra mengkhatamkan Al-
Qur’an tiga kali dalam semalam.

Diriwayatkan oleh Abu Bakar Al-Kindi dalam kitabnya berkenaan dengan
Qadhi Mesir bahawa dia mengkhatamkan Al-Qur’an empat kali dalam semalam.
Asy-Syeikh Ash-Shahih Abu Abdurahman As-Salami ra berkata:
“Aku mendengar Asy-Syeikh Abu Usman Al-Maghribi berkata,
‘Ibnu Khatib ra mengkhatamkan Al-Qur’an empat kali pada waktu siang dan
empat kali pada waktu malam.”

Ini adalah jumlah terbanyak yang saya ketahui dalam sehari semalam.
Diriwayatkan oleh As-Sayyid, Ahmad Ad-Dauraqi dengan
isnadnya dari Manshur bin Zaadzan ra, seorang tabi’in ahli ibadah bahawa dia
mengkhatamkan Al-Qur’an di antara waktu Zuhur dan Ashar, kemudian
mengkhatamkannya pula antara maghrib dan Isyak pada bulan Ramadhan dua
kali. Mereka mengakhirkan sembahyang Isyak pada bulan Ramadhan hingga
berlalu seperempat malam.

Diriwayatkan dari Manshur, katanya: “Ali Al-Azadi mengkhatamkan Al-
Qur’an di antara Maghrib dan Isyak setiap malam pada bulan Ramadhan.”
Diriwayatkan dari Ibrahim bin Said, katanya: “Ayahku duduk sambil
melilitkan serbannya pada badan dan kedua kakinya dan tidak melepaskannya
hingga selesai mengkhatamkan Al-Qur’an.”
Sedangkan orang yang mengkhatamkannya dalam satu rakaat banyak
sekali hingga tidak terhitung jumlahnya. Diantara orang-orang yang terdahulu
ialah Usman bin Affan, Tamim Ad-Daariy dan Said bin Jubair ra yang
mengkhatamkan dalam setiap rakaat di Kaabah.

Manakala yang mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam seminggu, di
antara mereka adalah Usman bin Affan r.a: Abdullah bin Mas’ud, Zaid bin
Thabit dan Ubai bin Ka’ab ra Dan dari tabi in antara lain ialah Abdurrahman bin
Zaid, Alqamah dan Ibrahim rahimahullah. Hal itu berbeda menurut perbedaan
orang-orangnya.

Barangsiapa yang ingin merenungkan dan mempelajari dengan cermat,
hendaklah dia membatasi diri pada kadar yang menimbulkan pemahaman yang
sempurna atas apa yang dibacanya. Demikian jugalah siapa yang sibuk
menyiarkan ilmu atau tugas-tugas agama lainnya dan kemaslahatan kaum
muslimin yang bersifat umum, hendaklah dia membatasi pada kadar tertentu
sehingga tidak mengganggu apa yang wajib dilakukannya.

Jika kita belum termasuk ke peringkat yang di capai orang-orang yang
disebut ini, maka bolehlah kita memperbanyak membaca Al-Qur’an sedapat
mungkin tanpa menimbulakan kejemuan dan tidak terlalu cepat membacanya.
Sejumlah ulama terdahulu tidak suka mengkhatamkan Al-Qur’an dalam
sehari semalam. Mereka bertolak dari hadits sahih yang diriwayatkan Abdullah
bin Amrin bin Al-Ash ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersada:

(Teks Bahasa Arab)

Terjemahan: “Tidaklah orang yang membaca (mengkhatamkan) Al-
Qur’an dalam waktu kurang dari tiga hari.”
(Riwayat Adu Dawud, Tirmidzi, Nasa’I dan lainnya)
Tirmidzi berkata, ini hadits hasan sahih. Wallahua’lam.

Sementara waktu permulaan dan pengkhataman bagi orang yang
mengkhatamka Al-Qur’an dalam seminggu, maka telah diriwayatkan oleh Abu
Dawud bahawa Usman bin Affan ra memulai membaca Al-Qur’an pada malam
jumat dam mengkhatamkannya pada malam Khamis.

Imam Abu Hamid Al-Ghazali rahimahullah berkata dalam Al-Ihya: “Cara
yang lebih baik ialah mengkhatamkan sekali pada waktu malam dan sekali pada
waktu siang dan menjadikan pengkhataman siang pada hari Isnin dalam dua
rakaat fajar atau sesudahnya serta menjadikan pengkhataman malam pada
malam jumaat dalam dua rakaat Maghrib atau sesudahnya supaya awal
siangnya berhadapan dengan akhirnya.”

Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dawud dari Umar bin Murrah At-Tabi’I,
katanya: “Mereka suka mengkhatamkan Al-Qur’an dari awal malam atau dari
awal siang.”

Diriwayatkan dari Thalhah bin Musharif seorang At-Tabi’I Al-Jalil,
katanya: “Barangsiapa mengkhatamkan Al-Qur’an pada waktu manapun pada
waktu siang, maka para malaikat mendoakan baginya sampai petang. Dan siapa
yang mengkhatamkan Al-Qur’an pada waktu manapun dari waktu malam,
maka para malaikat mendoakan baginya sampai pagi.” Diriwayatkan juga dari
Mujahid hadits seperti itu.

Diriwayatkan oleh Ad-Darimi dalam Msunadnya dengan isnadnya dari
Sa’ad bin Abi Waqqash ra katanya: “Jika pengkhataman Al-Qur’an bertetapan
dengan awal malam, maka para malaikat mendoakan baginya sampai pagi. Dan
apabila pengkhatamannya bertetapan dengan akhir malam, maka para malaikat
mendoakan baginya sampai petang.” Ad-Darimi berkata, ini hadits hasan dari
Sa’ad.

Diriwayatkan dari Habib Abi Thabit seorang tabi’in bahawa dia
mengkhatamkan Al-Qur’an sebelum rukuk. Ibnu Abi Dawud berkata,
“Demikianlah dikatakan oleh Ahmad bin Hanbal rahimahullah.”
Selanjutnya fasal ini akan dikemukakan lagi pada bagian berikutnya,
insya-Allah .


Masalah ke-25:
Memelihara membaca Al-Qur’an pada waktu malam. Hendaklah seorang
penghafaz Al-Qur’an lebih banyak membaca Al-Qur’an pada waktu malam dan
dalam sembahyang malam. Allah berfirman:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “…diantara ahli kitab itu ada golongan yang berlaku lurus,
mereka membaca ayat-ayat Allah s.w.t pada beberapa waktu di malam hari,
sedang mereka juga bersujud (sholat). Mereka beriman kepada Allah s.w.t dan
hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari
yang munkar dan bersegera kepada (mengerjakan) berbagai kebajikan; mereka
itu termasuk orang-orang yang sholeh.
(QS Ali Imran: 113-114)


Diriwayatkan dalam kitab Shahih Bukhari dan Muslim dari Rasulullah
s.a.w bahawa baginda bersabda:

(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Sebaik-baik lelaki ialah Abdullah, seandainya di
sembahyang pada waktu malam.”

Dalam hadits lainnya dalam kitab Shahih disebutkan bahawa Nabi s.a.w
bersabda:

(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Wahai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si fulan;
dia kerjakan sembahyang malam, kemudian meninggalkannya.”
Diriwayatkan oleh Thabrani dan lainnya dari Sahl bin Sa’ad ra dari
Rasulullah s.a.w baginda bersabda:
“Kemulian orang mukmin adalah sembahyang di malam hari.”
Banyak hadits dan athar diriwayatkan berkenaan dengan hal ini.
Diriwayatkan dari Abu Ahwash Al-Jusyamiy, katanya: “Ada orang mendatangi
sebuah kemah pada waktu malam. Dia mendengar suara dari penghuninya
seperti dengungan lebah. Katanya: “Kenapa mereka merasa aman dari apa yang
ditakutkan oleh orang lain?”

Diriwayatkan dari Ibrahim An-Nakha’I bahawa dia berkata: “Bacalah Al-
Qur’an pada waktu malam, walaupun lamanya seperti memerah susu kambing.”
Diriwayatkan dari Yazid Ar-Raqasyi, katanya: “Jika aku tidur, kemudian aku
terbangun, kemudian aku tidur, maka kedua mataku tidak dapat tidur.”
Saya katakan: “Sesungguhnya sembahyang malam dan membaca Al-
Qur’an ketika itu amat diutamakan kerana ia lebih menyatukan hati dan lebih
jauh dari hal-hal yang menyibukkan dan melalaikan. Di samping itu ia lebih
mampu menjaga dari riya’ dan hal-hal lain yang sia-sia. Dan ia menjadi sebab
timbulnya kebaikan-kebaikan pada waktu malam.”

Sesungguhnya Isra’ Rasulullah s.a.w terjadi pada waktu malam. disebut
di dalam hadits:
(Teks Bahasa Arab)

Terjemahan: “Tuhanmu turun setiap malam ke langit dunia ketika berlalu
sepertiga malam yang awal, kemudian berkata: “Aku adalah Raja (2x), siapa
yang memohon daripada-Ku maka Aku perkenankan.”
Diriwayatkan dalam hadits bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
(Teks Bahasa Arab)

Terjemahan: “Pada waktu malam ada suatu saat di mana Allah s.w.t
mengabulkan doa setiap malam.”
Diriwayatkan oleh penulis Bahjatul Asraar dengan isnadnya dari
Sulaiman Al-Anmathi, katanya: “Aku pernah melihat Ali bin Abu Thalib ra
dalam mimpi berkata:
“Kalau bukan kerana orang yang sembahyang di malam hari dan lainnya
puasa pada waktu siang. Niscaya bumimu telah digoncangkan dari bawahmu
kerana kamu kaum yang buruk dan tidak taat.”
Ingatlah bahawa keutamaan sembahyang malam dan membaca Al-Qur’an
ketika itu akan menghasilkan sesuatu dan tercapainya yang sedikit dan yang
banyak. Semakin banyak hal itu dilakukan, semakin baik, kecuali jika meliputi
seluruh malam kerana yang demikian itu makruh dan boleh membahayakan
dirinya.

Hal yang menunjukkan tercapainya keutamaan itu dengan amalan sedikit
ialah hadits Abdullah bin Amrin Ibnu Al-Ash ra, katanya: Rasulullah s.a.w
bersabda:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Barangsiapa sembahyang malam dan membaca sepuluh
ayat, dia tidak ditulis (dimasukkan) kedalam golongan orang yang lalai.
Barangsiapa yang sembahyang dengan membaca seratus ayat, dia ditulis dalam
golongan orang yang taat. Dan barangsiapa yang sembahyang membaca seribu
ayat, dia ditulis ke dalam golongan orang yang berlaku adil.”
(Riwayat Abu Dawud dan lainnya)
Ath-Tha’labi menceritakan dari Ibnu Abbas ra, katanya: “Barangsiapa
sembahyang dua rakaat pada waktu malam, lalu dia bermalam dalam keadaan
sujud dan berdiri menghadap Allah s.w.t.”

Masalah ke-26:
Perintah memelihara Al-Qur’an dan peringatan agar tidak melupakannya.
Diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy’ari ra dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:

Terjemahan: “Peliharalah Al-Qur’an ini. Demi Tuhan yang nyawa
Muhammad berada di tangan-Nya, sungguh dia lebih mudah lepas dari unta
dalam ikatannya.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Terjemahan: “Sesungguhnya perumpamaan penghafaz Al-Qur’an adalah
seperti unta yang terikat. Jika dia memperhatikan unta itu, dia boleh
menahannya. Dan jika dilepaskan, ia akan pergi.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Ditunjukkan kepadaku pahala-pahala umatku hingga
(pahala) kotoran yang dikeluarkan seseorang dari Masjid. Dan ditunjukkan
kepadaku dosa-dosa umatku. Maka tidaklah kulihat dosa yang lebih besar
daripada surah atau ayat dari Al-Qur’an yang dihafaz oleh seseorang, kemudian
dilupakannya.”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)

Hadits ini dipersoalkan darjat dan kedudukannya.
Diriwayatkan dari Sa’ad bin Ubadah dari Nabi s.a.w, banginda bersabda:
(Teks Bahasa Arab)
Terjemahan: “Barangsiapa membaca Al-Qur’an, kemudian
melupakannya, dia berjumpa dengan Allah Azza wa Jalla pada hari kiamat
dalam keadaan sedih yang amat.”
(Riwayat Abu Dawud dan Ad-Darimi)
_________________________________________

Pesanan penulis:

Bab ini adalah sebagahian dari intipati kitab ini. Secara keseluruhannya kitab ini mengandungi 9 bab. Tajuk-tajuknya adalah seperti berikut:


• Bagian I :KEUTAMAAN MEMBACA DAN MENGKAJI ALQUR’AN.
• Bagian II : KELEBIHAN ORANG YANG MEMBACA AL-QUR’AN.
• Bagian III : MENGHORMATI DAN MEMULIAKAN GOLONGAN
AL-QUR’AN.
• Bagian IV : PANDUAN MENGAJAR DAN BELAJAR AL-QUR’AN.
• Bagian V : PANDUAN MENGHAFAL AL-QUR’AN.
• Bagian VI : ADAB DAN ETIKA MEMBACA AL-QUR’AN.
• Bagian VII : ADAB BERINTERAKSI DENGAN AL-QUR’AN.
• Bagian VIII : AYAT DAN SURAH YANG DIUTAMAKAN
MEMBACANYA PADA WAKTU TERTENTU.
• Bagian IX : RIWAYAT PENULISAN MUSHAF AL-QUR’AN.

Untuk rujukan lanjut bagi tajuk-tajuk lain, sila klik sini.
Untuk maklumat tambahan, sila klik sini.-(Menghafaz Al-Qur'an, Yusuf Qardhawi)

Saranan Penulis:
sebarang komen, kritikan, pembetulan atau ulasan bolehlah dimuatkan dalam ruangan komen ini untuk ke''hazar''an semua.Diingatkan juga agar pembaca tidak hanya bebas menyalin dan menjadikannya nota peperiksaan semata-mata, tetapi mestilah bertanggungjawab melengkapkan disiplin ilmu ini. Hormatilah ilmu yang agung ini dengan mengamalkannya, bukan terpendam dalam fakulti teori minda semata-mata, satu cabaran utk bakal guru-guru yang bergelar murabbi! Terima Kasih. Semoga kalian dipermudahkan urusan. Selamat menduduki peperiksaan, selamat mengamalkan ilmu, selamat menghafaz...

Saturday, November 7, 2009

Monolog

Apa yang harus aku lakukan sekarang?
-Terus taat

Untuk apa Taat?
-kerana adanya aku kerana Dia ada. Dia yang jadikan aku.
Dia memerhatikan aku.

(terima kasih ya Allah, kerana memberikan aku kehidupan dan peluang-peluang yang ada di dalamnya untuk ke syurga)

Bagaimana meraih syurga?
- Cari keredhaanNya

Bagaimana?
-usaha

Usaha itu susah, kadang kala berhasil, kadang kala tidak
-Redha Allah hanya perlukan usaha,bukan hasil yang maujud pada realiti material, tapi maujud pada qudrah dan iradahnya.

Usaha itu tetap susah kerana di dalamnya mengandungi pelbagai kesukaran.
- syurga Allah bukan murah. Perlu dibeli dengan usaha. Matawangnya ialah pahala..

Bagaimana boleh tahu kita mampu berusaha atau tidak?
- Allah memberikan kehidupan, Allah memi njamkan qudrah dan iradahnya kepada kita dan Allah tidak menjadikan penghalang kepada usaha kita melainkan kemudahan semata-mata. Kita tidak cacat angota, dikurniakan biah yang selamat tanpa halangan yang berat, dikelilingi ilmu-ilmu dan sumber ilmu yang mudah.

Bagaimana untuk mengahadapi kesukaran dengan jayanya
- kamu perlu CINTA, dengan Cinta kamu mampu.ia diiringi takut.

Cinta?
-Kamu perlu cintakan Allah.

Bagaimana?
- Dengan menyedari bahawa Allah mencintaimu.

Tidak!! Aku hina. Bagaimana aku layak dicintai.
- Kamu tidak yakin dengan janji Allah

Bagaimana untuk yakin?
- kenali diri kamu, rasai kelemahan kamu. Maka kamu akan mengenali dan merasai kebesaran Allah itu. Apabila kamu merasai, barulah kamu meyakini kata-kata dan janjinya.

( Ya Allah... kenalkan diri hamba dengan kelemahan diri hamba ini..)

Aku lemah..adakah Allah mencintaiku?
- jangan bertanya adakah Allah itu mencintaimu.. Tapi tanyalah dirimu adakah kamu itu MENYEDARI bahawa kamu dicintaiNya? Allah sesuai dengan ’siapa dia yang diberitakan pada hambanya’ -Ar rahman..Ar Rahim.

Kamu adalah makhluk Allah yang paling sempurna.

Di sisi makhluk2 Allah, Malaikat yang diperintahkan sujud kepadamu kerana kedudukanmu hebat di sisi Allah. Kamu dilantik menjadi ketua(khalifah) kerana malaikat, jin, binatang atau syaitan sebagai makhluk yang lain tidak layak mendapat taklifan itu.


Di sisi manusia, kamu sempurna kerana tidak ada cacat celanya pada anggotamu, masih muda, masih mempunyai peluang yang banyak secara adatnya, ilmu2 disekitarmu, guru-guru mengelilingimu, sumber2 ilmu di merata-rata, kamu dikurniakan harta sebagai rezki yang lebih berbanding manusia lain, kamu tidak punya halangan yang berat, kamu punya sahabat yang tidak menentang, kamu punya sahabat yang menyokong dan kamu punya biah jihad yang terhampar luas. Maka..Usahakanlah tanpa penat jemu,Tinggalkan sikap berlemah diri. Bersyukurlah..Jadikan Allah teman akrabmu, harapannmu, cintamu, matlamat hidupmu, tujuan hidupmu.

Jemputan ke Akademi Dakwah


































Tentatif Program Madrasah Aktivis Umat (MAD’U) @ Akademi Dakwah 2009
Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) dengan Kerjasama Persatuan Ulama' Malaysia Pulau Pinang(PUMPP)

30 Dis 09


- Pengenalan dan Taaruf
- Pandangan Alam Tentang Perspektif Islam
- Pengantar Gerakan Islam Sg. Dua, Pulau Pinang

1 Dis 09


Serangan Pemikiran Islam Liberal & Isu-isu Syariah
-Pengenalan Pemikiran-pemikiran Islam
- Islam & Pemikiran (LDK)
- Apa itu Liberalisma?
- Peranan pemuda mendepani dakyah-dakyah sesat

2 Dis 09


Sistem Pendidikan Islam
- Falsafah Disebalik Sistem Pendidikan Islam
- Menyelongkar Isu-isu Pendidikan Semasa
- Kajian Kes (LDK)
- Halatuju Sistem Pendidikan Negara





3 Dis 09
Konflik Umat Islam Global
- Pembahagian Isu Umat Islam Antarabangsa
- Merungkai Permasalahan Umat Islam Sedunia, Peranan Individu Muslim
- Kajian Kes: Memahami Realiti Sebenar Krisis Selatan Thai
- Plan Tindakan Krisis Selatan Thai (LDK)



4 Dis 09
Sosio Ekonomi Umat Islam
- Pengenalan Sistem Ekonomi Islam, Perbezaannya Dengan Kapitalisma dan Sosialisma
- Kajian Kes Isu Perkampungan Melayu dan Tanah Wakaf: Turun Lapangan ke Tg. Tokong & Kg. Makam.



5 – 6 Dis 09
Masyarakat Orang Asli dan Anak Yatim
- Permasalahan dan Aktiviti Dakwah Orang Asli di Malaysia
- Permasalahan Anak Yatim Di Malaysia
- Turun Lapangan ke Perkampungan Orang Asli Kuala Mu Perak -





7 – 9 Dis 09
Alam Sekitar dan Kepenggunaan
- Isu Alam Sekitar Di Malaysia
- Erti Pembangunan Sebenar
- Islam Dan Ekologi
- Kajian Kes: Pembangunan Vs Kuari Jerai
- Bagaimana Mengadu Dan Mendapatkan Hasil
- Story Of Stuff
- Turun Lapangan: Soal selidik Isu Alam Sekitar dan Strategi Tupperware.





10 – 11 Dis 09
Permasalahan Sosial
- Situasi Permasalahan Sosial Negara
- Pengenalan Dakwah Lapangan Dan Pemetaan Komuniti
- Strategi Hemoi dan Kaunseling Lapangan
- Turun Lapangan: Isu Gam, Arak, Pusat Hiburan, Mat Rempit, Dadah dan Pergaulan Bebas.
- Membuat Laporan dan Bantahan





12 Dis 09 Penulisan
- Membina Asas Penulisan
- Bagaimana Menganalisa Isu
- Bagaimana Menulis Artikel?
- Bagaimana Menulis Di Akhbar?





13 Dis 09
Resolusi dan Perancangan Gerak Kerja
- Satu Dunia Baru
- Bergerak Dalam Satu Angkatan
- Strategi Masa Depan

Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.

Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .












Inilah tugas seorang Da’e. Mendidik insan, memanusiakan. (berusaha membentuk manusia yang kembali kepada fitrahnya- tunduk dan patuh kepada RabbNya)
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.





Apa tugas seorang manusia?

1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e





Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.






Dan wahai AL Muaddib, tugas yang tertulis untuk kita adalah berjuang membentuk manusia yang berfungsi sebagai hamba, khalifah dan da’e yang baik. Itulah tugas kita dari satu sudut sebagai mata rantai perjuangan.






Menimba Ilmu, menjaga akhlak, menyalurkan ilmu, membentuk dan mendidik akhlak diri dan mad’u (anak-anak, khususnya kepada Muaddib yang akan berjuang di bidang pendidikan) bukanlah suatu usaha yang mudah.






Kesabaran, Istiqamah, kemahuan dan Azam, serta kesedaran tanggungjawab menjalankan amanah ini perlu dipastikan sentiasa segar buat jiwa, sesegar cinta kita pada perjuangan, jihad.. Ya, dalam konteks yang sama, jihad kita ialah untuk memanusiakan manusia.,Memastikan anak-anak ini mendapat tarbiyyah di peringkat awal supaya laluan mereka untuk menjadi jundiy yang berdiri teguh di saff tenteraNya menjadi mudah, ..InsyaAllah, Walau apapun, hanya Allah yang layak memudahkan segala urusan hambanya, milik Allahlah bagi setiap jiwa, ruh, jasad, niat dan usaha kita.







Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.




Sama-samalah kita berusaha menjernihkan anak-anak yang akan kita didik ini dengan kefahaman Islam yang sejati.






InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…




“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “


( Hadith Sahih)