
hatiku bergetar lagi
akal ligat mencari jawapan
hati resah dengan pengharapan
Gerunnya dunia itu
Tatkala manusia memakmurkannya,
ada manusia yang meruntuhkannya
Tatkala manusia mengecapi nikmat
ada yang menyalahguna
Tatkala manusia menilaikan diri dengan pengorbanan2nya
ada manusia yang memperlekehkannya
Saat harapanku terbina
dengan azam langkah terkencang
jasadku mengupayakan diri mencari kekuatan
ruhku tega mempertahankan prinsip
upaya hati tetap terjaga , tidak sesekali terlena
ini sahaja yang aku ada
sekeping azam, seurat kekuatan, segulung prinsip
azam jiwa muda yang perlu dipantau setiap masa
supaya tidak menyalahi dari yang terdahulu makan garamnya,
kekuatan org muda yang mungkin terkondensasi
dek terik pancaran mehnah duniawi,
prinsip insan muda yang mungkin akan berhipokrit
dek taqlid, bebas dari bimbingan yang murabbi dan mursyid.
Ya rabbi..
Di manakah bimbingan itu
Upaya dan usaha diri ini mahu bersinergi
ingin kujauhi prinsip mengatakan
"yang paling benar adalah diriku ini!"
maka dengan azam, kekuatan dan prinsip itu
kubukakan hati
menerima manusia seadanya
mempercayai mereka setulusnya
menyerahkan akal untuk diberi ilmu pengetahuan
menyerahkan hati untuk diberikan peringatan
tapi hampa...
kerana disebalik penyerahan aqal dan hati
ada penyerahan harapan dari jiwa kerdil ini
harapan yang diisbatkan pada manusia
hampa belaka...
Ya rabbi...
kemana lagi harus kutujukan langkah kaki ini
Mahu menyerah diri ke kiri?
Maka natijahnya, kegetiran hidupku takkan berakhir
Mahu menuju ke kanan?
Firqah itu jelas, tabiat yang berlainan itu memagari
Mahu berpatah ke belakang?
Aduh!!! jangan sesekali memori lalu melintasi
luka ini berdarah kembali, air mataku mengalir tidak kusedari
fahamilah daku tak mungkin mampu menghadap ujian itu lagi..
sakitnya luka itu belum terubat dan belumku jumpa tabib yg mampu mengubati.
mahu terus kehadapan?
bagaimana? hampa sudah menjadi jawapan.
dan sekali lagi, aku terduduk terpaku berteleku
lututku lemah hatta untuk menongkat jisim jasadku
bagaimana dunia ini Ya Rabbi !!!
gerunku kini mengatasi ikhtiar diri
untukku, mungkin tidak pernah akan ada murabbi.
Nukilan luahan,
Hanisah Wanasan
27 oktober 2009
5.34 pm.
No comments:
Post a Comment