Monday, October 26, 2009

Ideologi

SERANGAN IDEOLOGI TERHADAP AQIDAH MASYARAKAT:KENYATAAN HARI INI.

Negara Islam ialah negara yang dalamnya tertegak segala syariat Allah dan ia bebas keseluruhannya dari apa bentuk dan pengaruh ideologi yang mempunyai prinsip yang bercanggah dengan akidah Islamiyyah secara langsung atau tidak langsung. Ia adalah sebuah negara yang didirikan dengan pengecualian prinsip-prinsip selain yang telah digariskan oleh Al-Qur’an dan As Sunnah.

Hakikatnya, pengaruh-pengaruh dari pelbagai ideologi telah lama meresap masuk ke dalam sistem pemerinatahan di majoriti negara-negara di dunia ini sama ada negara Islam ataupun negara yang telah mengishtiharkan negaranya sebagai negara Islam termasuklah Malaysia sendiri. Antara pengaruh hebat yang telah meracuni sistem pemerintahan dan memberi dampak negatif kepada cara hidup rakyat di sesebuah negara ialah komunisma,nasionalisma, sekularisma,liberalisme kapitalisma, materialisma dan pluralisma.

Segala ideologi yang negatif telah berakar umbi dan membarah dalam kehidupan kita sehari-harian. Punca terbesar berlakunya penyebaran ideologi ini ialah kerana sistem pemerintahan yang lemah. Pemerintahan di majoriti negara-negara hari ini telah mengikut sistem pemerintahan yang diajarkan barat yang sememangnya telah melancarkan agenda monopoli ini sejak lama dahulu. Sejak penjajahan barat keatas negara-negara yang dikenal sebagai negara dunia ketiga ini terpaksa memeterai perjanjian yang menjerut diri.

Kini, kesannya dapat dilihat menular dalam cara hidup dan perundangan negara sehingga menenggelamkan cara hidup yang benar iaitu cara hidup dan perundangan Islam . Inilah matlamat yang ingin dicapai oleh barat sepertimana gagasan yang dijuang oleh mereka sejak mula-mula datang ke negara kita dahulu iaitu gospel, gold, dan glory yang bermaksud kitab mereka iaitu agama mereka, kekayaan dan kekuasaan mereka ke atas umat Islam.

” Sejak dahulu hingga sekarang cuma sistem Islam saja di dunia ini, yang menyusun negara mengikut asas ideologi, yang bebas dari segala bentuk nasionalisma dan mengundang manusia membentuk negara tidak berkebangsaan dengan menerima asas-asas ideologinya. Oleh kerana perkara ini baru dan dunia keliling sedang bergerak ke arah yang bertentangan, bukan sahaja orang-orang bukan Islam, tetapi orang orang Islam sendiri pun tidak dapat menyedari sepenuh implikasinya. Idea ini terkeluar langsung dari pencapaian orang orang Islam yang lahirnya Islam, tetapi mendapat pendidikan dan latihan-latihan Barat, yang mempunyai pandangan hidup dan sejarah yang dipinjamkan dari sejarah dan politik Barat. Akibatnya ternyata di negara kita di mana orang-orang Islam lebih ramai dan merdeka, tetapi umat manusia jenis ini terus mengendalikan kerajaan. Mereka tidak nampak bentuk pemerintahan atau sistem negara yang lain kecuali pemerintahan nasional dan negara nasional. Ini disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan Islam dan tasawwur Islam terhadap masalah hidup dan tidak mempunyai konsep sebuah negara yang diasaskan dari kumpulan moral-moral tertentu dan prinsip kerohanian, bukan prinsip ras atau kebangsaan.[1]

Salah satu punca utama tersebarnya ideologi yang menyerang aqidah ini adalah siakp pemimpin sepertimana yang diterangkan dalam petikan diatas. Ia telah menular dengan senyap sehinggakan ramai manusia tidak menyedari dan menerimanya sebara bulat-bulat sebagai cara hidup. Nyatalah umat manusia yang terpengaruh dengan serangan ideologi ini telah membiarkan mindanya ditawan penjajah kuffar tanpa kesdudahan.

Masyarakat minda tertawan pula telah buta mata hatinya dalam menerima kebenaran. Mereka menjadikan Islam itu sebagai perkara kedua malah ada yang mengasingnnya secara total daripada kehidupan mereka. Bertitik tolak dari ara hidup yang salah itulah mereka telah banyak membuat keputusan dan pilihan yang salah bagi keadaan di sekitar mereka seperti memilih dan bersetuju dengan pemimpin yang zalim dalam memerintah tanah air mereka. Inilah anatara haangan-halangan yang telah lama wujud dalam pembentukan Negara Islam sejak dulu hingga hari ini.

Nasionalisma

Nasionalisma adalah satu gagasan yang diketengahkan sebagai satu alasan untuk perpaduan. Ia berteraskan ras, bangsa dan kaum. Bagi negara yang berbilang kaum, semangat nasionalisma atau cintakan negara dipupuk supaya rakyat sentiasa taatkan kepada pemerintah negara. Semangat nasionalisma dijulang seolah-seolah hanya mempunyai satu solusi untuk perpaduan iaitu cintakan negara lebih daripada mencintai Islam. Bagi negara-negara yang telah diacu mengikut acuan barat dan berlatar-belakangkan sejarah politik Barat, mereka tidak mempunyai rancangan hidup yang lain selain dari kehidupan dan sejarah kebangsaan negara-negara di Eropah. Secara sedar atau tidak, mereka telah menjadi mangsa ideologi nasionalis dan apa-apa rancangan yang difikirkan semuanya bercorak nasionalisma.

Tidak cukup hanya setakat ini sahaja, barat telah mendirikan sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dalam rumah Islam (negara Islam) dengan melontarkan rasa ragu dan ideologi atheis ke dalam jiwa anak Islam, mereka mengajar anak-anak Islam bagaimana rendah diri mereka, menghina agama mereka, tanahair mereka, meninggalkan segala adat dan kepercayaan mereka dan mengagungkan tiap-tiap apa yang datang dari barat. Mereka meyakinkan bahawa apa yang dihasilkan oleh orang-orang Eropah sahaja merupakan contoh yang unggul dalam hidup ini. Sekolah-sekolah ini mengandungi anak-anak Islam dan golongan atasan sahaja dan sengaja dikhaskan untuk mereka. Anak-anak Islam dan golongan ini terdiri dari anak-anak para pembesar, pemerintah dan orang yang akan mengambil alih kuasa pemenintahan umat dan rakyat ini tidak berapa lama lagi. Begitulah bagaimana penjajah teah menanamkan semangat nasionalisme dalam jiwa umat islam sejak dahulu.

Nasionalisma mempunyai kesan yang hebat keatas negara-negara yang menggunapakai gagasan-gagasan ini. Kesan yang yang ketara ialah undang-undang Islam dibelakangi oleh pemerintah dan rakyatnya dalam perjanan pentadbiarn sesuah negara. Sepertimana yang kita tahu, undang-undang Islam bersifat syumul dan adil. Maka apabila seseorang pemerintah itu telah menggunapakai sistem atau perlembagaan yang selain daripada sistem atau perlembagaan Isam, maka berlakulah kekacauan dalam pemerintahan negara tersebut. Antaranya ialah berakunya ketidakadilan di kalangan rakyat.

Jika memahami corak sesebuah negara Islam yang berasaskan prinsip-prinsip kerohanian dan akhlak, dengan mudahnya kita akan menyedari tentang sikap, pemikiran dan tindakan serta rancangan kerja tersebut tidak dapat dijadikan asas pembentukan negara Islam. Titik tolak pembentukan negara Islam ialah kita menolak semua soalan tentang kaum, ras dan bangsa , etnik, dan sebagainya. Jika diteliti perkembangan pemerintahan Rasulullah s.a.w ke atas negara Islam Madinah Al Munawwarah, kaum dan suku arab yang wujud di madianh al Muanwwarah ketika itu adalah lebih banyk dan lebih rincing semangat asobiyyahnya. Namun, dengan menggunakan satu perlembagaan dan perundangan Islam yang syumul itu sahaja, segala puak itu dapat disatupadukan dengan mudah. Mereka taat di bawah kepimpinan islam dan wujud masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu.

Justeru, bagaimana pemimpin-pemimpin hari ini masih tidak yakin dengan perlembagaan dan perundangan Islam ini sedangkan contoh kukuk telah ada. Ini hanyalah kerana doktrin ideologi nasionalisma yahudi dan nasrani ini telh berjaya ditanam dengan baik dalam pemikiran dan cara hidup pemimpin hari ini. Inilah yang menjadi kebimbangan yang serius dalam memikirkan cabaran-cabaran bagi pembentukan sebuah negara Islam.

Kapitalisma

Kapitalisma adalah teori yang dilaksanakan secara meluas di dunia Barat. Semenjak dunia Islam dilanda oleh serangan penjajahan kebudayaan, politik, serta ekonomi Barat pada Abad ke-21 ini, maka sebahagian besar dari negara-negara Islam telah mempraktikkan teori ini di negerinya masing-masing. Namun perlu difahami, bahawa Kapitalisme itu berlainan dengan Islam dalam beberapa segi ajarannya. Pada dasarnya, Islam menolak Kapitalisme, dengan alasan bahawa Kapitalisme itu adalah teori ciptaan manusia. Keraan sistem kapitalisma itu dicipta oleh manusia. Islam menilai, bahawa segala teori buatan manusia adalah bermaksud menentang syari’ah serta ciptaan Allah s.w.t. Islam telah ditetapkan sebagai penutup dari Kerasulan dan Kenabian serta agama, dan sudah ditentukan sebagai peraturan yang sesuai untuk masyarakat manusia seluruh zaman.

Kapitalisme membentuk jurang perbezaan dalam masyarakat secara ekonomi. Ia hanya mengutamakan beredamya harta dan segala hasil yang diperolehi kalangan kelas itu saja. Kapitalisma mengutamakan kekuatan dan kedaulatan kelas, yang turut mempunyai modal dan saham. Cara yang seperti ini tidak dibenarkan dalam Islam. Islam menetapkan perlunya mengatur hak milik individu, dan menghapuskan perbuatan mengumpul kekayaan. Islam menetapkan peraturan-peraturan yang menjamin penghapusan pengumpulan harta-harta itu, dan memerintahkan supaya harta itu dibahagikan di kalangan masyarakat, dengan cara yang sebaik-baiknya.

Selain itu, kapitalisme mengamalkan kebebasan individu, dan membolehkan pengumpulan. Ajaran ini menyebabkan manusia menjadi semakin rakus . Dalam sistem ini, segelintir individu-individu yang kaya dan merugikan golongan masyarakat yang miskin. Tentulah ini bertentangan dengan Islam, kerana semenjak dari langkah pertamanya, Islam sudah mengutamakan kesejahteraan masyarakat seluruhnya, dan mengharamkan berbuat sesuatu yang membahayakan kepentingan umum. Islam mengharamkan pengumpulan harta benda, merampas hak orang lain, atau memakan harta mereka dengan cara yang salah yang diamalkan dalam sistem kapitalisma.

Liberalisma

Liberalisma iaitu kebebasan berfikir dan bertindak individu tanpa had adalah satu fahaman yang muncul di Eropah juga.. Fahaman ini menyerap ke dalam masyarakat Islam melalui proses penjajahan dan pembaratan sekitar abad ke-16 atau ke-17. Reaksi umat Islam kemudiannya terpecah dua kelompok iaitu kumpulan yang menolak pengaruh barat dan kumpulan yang menerima. Kumpulan tradisionalis yang berpegang kepada asas-asas fundamental Islam telah menolak dan menentang barat dengan liberalismanya. Kumpulan kedua yang lazimnya mendapat pendidikan Barat atau liberal dan terpegun dengan kemajuan Barat yakin bahawa apa yang datang dari Barat adalah baik belaka. Mereka diminta meniru dan mendewakan Barat dan perkara ini berlaku di seluruh dunia Islam.

Ancaman paling ketara keatas Islam kini ialah munculnya kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai moderat islam. Kumpulan Islam Liberal ini membawa idea-idea liberal ke dalam pengalamalan Islam dalam kehidupan mereka. Kehadiran Muslim liberal telah menyebabkan cara hidup Islam yang syumul sebagai “ad-din” sedang diturunkan statusnya untuk menjadi agama sivil atau agama peribadi semata-mata. Konsep “moderat” tidak lagi diukur dengan skala al-Quran dan al-Sunnah yang hakiki seperti konsep keadilan (ummatan wasatan). Pada masa ini beberapa kosep seperti jihad dan dakwah serta institusi asas Islam seperti madrasah dan sebagainya sedang dicairkan dengan acuan barat amerika.

Golongan liberal ini tidak berminat berpegang kepada hadis nabi. Mereka mempertikaikan kesahihan hadis dan menolak outhoritinya. Di Malaysia kumpulan ini telah menolak hadis. Hadis menurut mereka hanyalah rakaman sejarah masa lalu. Ia boleh dibaca jika perlu. Sedangkan dalam Islam, Allah SWT telah memerintahkan hambanya taat kepada Tuhan melalui patuh kepada al-Quran, turut dan patuh kepada Rasulullah SAW sebagai Nabi dan juga Rasul. Gologan Liberal ini juga menolak autoriti agama. Mereka menekankan kebebasan memberi dan menentukan fikiran. Apa pun permasalahan agama, semua orang berhak memberi pendapat. Semua orang boleh berijtihad. Authoriti agama hanya diada-adakan. Oleh itu, para ulama’ tidak diperlukan.

Di Malaysia, apabila institusi-institusi agama, pihak berkuasa dan rakyat terbanyak masih kukuh pegangan agama, kumpulan minoriti ini tidak berani membuat pengisytiharan terbuka. Terdapat idea-idea yang mencabar sensiviti umat Islam umpamanya pengolahan semula al-Qur’an. Menurut mereka, Tafsir al-Quran banyak ditafsir oleh lelaki. Perempuan perlu tafsir al-Quran menurut cara berfikir wanita dan poligami tidak lagi relevan.

Menurut mereka, hukum faraid perlu penafsiran baru kerana hukum itu lebih memihak kepada kepentingan lelaki. Mereka menggunakan medium tulisan khasnya dalam bahasa Inggeris untuk mengembangkan idea mereka. Fokus mereka ialah golongan elit berpendidikan tinggi dan mahir berbahasa Inggeris mereka ini mempunyai jaringan dengan gerakan-gerakan luar Negara. Mereka juga mengkritik Islam dengan membandingkan dengan gagasan hak asasi manusia. Perlembagaan Negara pun dikritik khasnya hal-hal yang menyentuh Islam. Kumpulan Sister in Islam adalah pendukung kuat gerakan ini.[2]

Kumpulan liberal ini telah mendakwa bahawa liberalisma adalah pemodenan fikiran Islam. Mereka menyoal keteoritian al-Quran, Rasulullah s.a.w, Rukun Islam dan Rukun Iman Kumpulan Liberalisma ini sangat radikal. Mereka mahu menolak al-Quran, Syariah, menyamakan akidah Islam dengan lain-lain agama, menentang amanah lelaki, menolak ketentuan faraid dalam al-Quran dan lain-lain lagi. Gerakan kumpulan ini wajib dihapuskan.

Aliran pemikiran Islam liberal adalah bertentangan dengan prinsip aqidah Islam. Pemikiran Islam liberal boleh menjadikan seorang Muslim menjadi murtad, kufur, syirik dan fasiq. Ia berlawanan dengan doktrin Ahli sunnah Wa al-Jamaah.
Adalah jelas bahawa gerakan pemikiran Islam liberal telah mulai berhasil menimbulkan keraguan akidah dan seterusnya memecah-belahkan umat Islam seperti yang kini sedang berlaku di Malaysia. Golongan Muslim liberalis kini mendapat dokongan moral dan material dari pelbagai individu terutamanya dari Dunia Barat. Ini dapat dilihat dari persidangan, seminar, bengkel yang dianjurkan di dunia Islam.

Di Malaysia, pada tahun 2003 telah diadakan satu persidangan antarabangsa mengenai Islam dan cabaran madeniti yang dinamakan KALIF. Dalam seminar tersebut telah dihadirkan ramai tokoh-tokoh liberal Muslim dengan tujuan untuk mempengaruhi inteligensia Muslim di Malaysia supaya bersikap kritis terhadap warisan Islam. Inilah realiti usaha islam liberal keatas negara ini.



[1] Abul A’la A Maududi, Proses Revolusi Islam
[2] Khalif Munawwar. 2006. Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana ISLAM LIBERAL. Kajang. Akademik Kajian Tamadun

No comments:

Post a Comment

Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.

Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .












Inilah tugas seorang Da’e. Mendidik insan, memanusiakan. (berusaha membentuk manusia yang kembali kepada fitrahnya- tunduk dan patuh kepada RabbNya)
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.





Apa tugas seorang manusia?

1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e





Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.






Dan wahai AL Muaddib, tugas yang tertulis untuk kita adalah berjuang membentuk manusia yang berfungsi sebagai hamba, khalifah dan da’e yang baik. Itulah tugas kita dari satu sudut sebagai mata rantai perjuangan.






Menimba Ilmu, menjaga akhlak, menyalurkan ilmu, membentuk dan mendidik akhlak diri dan mad’u (anak-anak, khususnya kepada Muaddib yang akan berjuang di bidang pendidikan) bukanlah suatu usaha yang mudah.






Kesabaran, Istiqamah, kemahuan dan Azam, serta kesedaran tanggungjawab menjalankan amanah ini perlu dipastikan sentiasa segar buat jiwa, sesegar cinta kita pada perjuangan, jihad.. Ya, dalam konteks yang sama, jihad kita ialah untuk memanusiakan manusia.,Memastikan anak-anak ini mendapat tarbiyyah di peringkat awal supaya laluan mereka untuk menjadi jundiy yang berdiri teguh di saff tenteraNya menjadi mudah, ..InsyaAllah, Walau apapun, hanya Allah yang layak memudahkan segala urusan hambanya, milik Allahlah bagi setiap jiwa, ruh, jasad, niat dan usaha kita.







Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.




Sama-samalah kita berusaha menjernihkan anak-anak yang akan kita didik ini dengan kefahaman Islam yang sejati.






InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…




“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “


( Hadith Sahih)