Thursday, October 29, 2009

Tafsir Cinta 1

Sehelai daun melayang diterbangkan angin yang datang dari balik semak, berputar sesaat dan berpilin-pilin perlahan, hingga jatuh tepat di hujung kaki kananku. Aku sedang berdiri menyandarkan diri ke kereta kancilku. Dari luar rumah, aku menantikan sahabat serumahku bersiap-siap untuk bertolak ke kuliah.

Ku rasakan hembusan angin yang bersemilir ini. Sejuk angin pagi mengusap lembut pipiku. Ini kasih sayang tuhan.. Setiap pagi, alam menyapa diri mengingatkan kebesaran ilahi. Kicau burung dan tarinya atas dedahan pohonan mencorakkan irama pagi. Dari kejauhan, salju mataku memandang pepohon yang melambai lembut menggugurkan titis-titis jernih embun.

Aku mendekati pohon itu. Dahan lembutnya melentok-lentok ditiup angin pagi. Embun yang terkumpul di hujung daun yang hampir menitis itu kusentuh. Airnya membasahi jariku. Sejuk. Segar. "inilah kitab alam. Ia mengajarkan manusia meneliti kebesaranNya melalui mata indera, yang tertafsir melalui mata hati..."desis hati.

Embun yang membasahi jari jemari.. beginikah dinginnya jika embun membasahi hati?
'Embun membasahi hati'. Itulah ungkapan Iqbal. Katanya, itulah tafsiran bila cintamu yang tulus itu sampai ke hati. Maka bagaimanakah rasanya, ibrah embun membasahi hati..sejuk, dingin, tenang. Novel bermaudhuk "Syahadat Cinta " menceritakan kepadaku dunia Iqbal yang memahami cinta Khaliqnya dari tarbiyyah cinta manusia. Aku gemar novel itu. Mungkin kerana ia membuka kefahaman baru tentang soal cinta.

Lama aku memerhatikan embun yang membasahi dedaun pohonan itu. Semakin lama aku memerhatikan, tidak terasa air mata meleleh di pipiku. Hadirnya embun ini sekadar menjengah di pagi hari. Tak lama lagi, bila mentari memunculkan diri, embun ini akan sirna. Hilangnya tidak terkesan. Yang ada cuma dedaun yang telah menumpangi embun sepanjang pagi.

Sama seperti hati ini. Jika rasa segar, dingin dan tenangnya cinta itu ibrahnya embun membasahi hati, maka apa yang kurasakan kini ialah mentari mehnah duniawi telah memunculkan diri. Teriknya pancaran itu menyirna kesan basahan hati itu. Hati jadi kering, kusam, buruk dan lemah kerananya..

Aku pejamkan mata. Titis air mata yang mengalir terhenti. Perlahan-lahanku ku tarik nafas sedalamnya, kemudian ku hela seluruhnya. Alhamdulillah. Nikmat ini masih tidak terhenti dikurniakan untukku. Aku teringatkan kata-kata dari seorang sahabat yang baru ku kenal. Ummu Aisyah Al-Atsaary dari kota Bandung menasihatiku dengan berhati-hati. Katanya,

" Ana kurang begitu mengenal ukhti kecuali sedikit. Tapi, dalam yang sedikit itu ana kenali bahawa ada kebaikan yang banyak dalam diri ukhti, dan Allah dengan kasih sayangnya selalu menegur ukhti agar ukhti selalu ingat dan kembali kepadaNya. Ukhti adalah mutiara Allah yang tersembunyi. Kerana demikianlah Allah jadikan wanita-wanita solehah sebagai perhiasan sebagai perhiasan terbaikNya di dunia ini. Maka, tetaplah bercahaya ukhti.. Jangan mudah bimbang dan jangan dudukkan diri sepadan dengan akhawat lain yang jahil dan jauh dari cahaya deen. Bertanyalah pada yang tahu ilmunya dan jangan ikuti kebanyakan manusia di muka bumi. Ana berhusnu zhan bahawa Allah hendak membersihkan ukhti dan memantapkan ukhti dalam agama yang diredhoiNya ini agar tetap selalu ada tauladan bagi akhwat lainnya bagaimana menjadi sebaik-baik perhiasan di sisi Allah Azza Wa Jalla... tetap ikhlas ya Ukhti, dan maafkan ana atas kelemahan ilmu ana selama ini. Kasih sayang Allah semoga selalu tercurah untukmu.."

Aku senyum. Cepat-cepat ku kesat air mataku. Ku tenung lagi embun-embun yang sedang bergelayut di hujung dedaun pohon kecil itu. Aku merenung tajam. Ku jentik semua embun-embun itu. Biar gugur meresap ke bumi. sekurang-kurangnya embun-embun yang jatuh itu bisa menyejukkan permukaan tanah tempat pohon itu tumbuh.

"Gugurlah semua, gugur. pohon tak perlu tunggu kau sirna. Dedaun tidak meminta hadirmu, juga tak kisah kau sirna kerana mentari itu."

Aku tersenyum puas. Satu persepsi positif terlakar di benak aqalku. Aku bangun menuju ke keretaku. Deru enjin keretaku sudah perlahan dan stabil. Aku membunyikan hon kereta, memberi isyarat "sila cepat' kepada sahabat-sahabat serumahku.

"kejap kejap!" Serentak sahabat serumahku menjerit dan melaung .

" Ah..lambat kalu, drive sendiri la. hahaha..."Aku melaung ,lalu ketawa.

........................................................................................................bersambung.

2 comments:

  1. alhamdulillah, saye da bace... mabruk (@-@)
    truskan berkarya ..

    salam di angin lalu

    dari:

    @mer

    ReplyDelete
  2. syukran..mohon kritik utk penambahbaikan..

    ReplyDelete

Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.

Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .












Inilah tugas seorang Da’e. Mendidik insan, memanusiakan. (berusaha membentuk manusia yang kembali kepada fitrahnya- tunduk dan patuh kepada RabbNya)
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.





Apa tugas seorang manusia?

1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e





Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.






Dan wahai AL Muaddib, tugas yang tertulis untuk kita adalah berjuang membentuk manusia yang berfungsi sebagai hamba, khalifah dan da’e yang baik. Itulah tugas kita dari satu sudut sebagai mata rantai perjuangan.






Menimba Ilmu, menjaga akhlak, menyalurkan ilmu, membentuk dan mendidik akhlak diri dan mad’u (anak-anak, khususnya kepada Muaddib yang akan berjuang di bidang pendidikan) bukanlah suatu usaha yang mudah.






Kesabaran, Istiqamah, kemahuan dan Azam, serta kesedaran tanggungjawab menjalankan amanah ini perlu dipastikan sentiasa segar buat jiwa, sesegar cinta kita pada perjuangan, jihad.. Ya, dalam konteks yang sama, jihad kita ialah untuk memanusiakan manusia.,Memastikan anak-anak ini mendapat tarbiyyah di peringkat awal supaya laluan mereka untuk menjadi jundiy yang berdiri teguh di saff tenteraNya menjadi mudah, ..InsyaAllah, Walau apapun, hanya Allah yang layak memudahkan segala urusan hambanya, milik Allahlah bagi setiap jiwa, ruh, jasad, niat dan usaha kita.







Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.




Sama-samalah kita berusaha menjernihkan anak-anak yang akan kita didik ini dengan kefahaman Islam yang sejati.






InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…




“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “


( Hadith Sahih)