Saturday, October 10, 2009

Teori Syukur-Sabar

"haaaah...tak laratnya......! "
" Jenuh la kalau tiap2 hari macamni.....!" bentak hati.

Perhatikan kata-kata di atas. Walaupun ia bukanlah apa yang disemburkan dari mulut untuk meluahkan segala ketidakpuasan hati tetapi,hati tetap berkata-kata, seolah-oleh dengan nada yang paling lembut tapi tajam!

Itu tandanya merungut.

Tiba-tiba aqal memintas. " Mengapa hati berkata begitu?"

"kerana aku memang tak larat" jawab hati.Kemudian hati berkata lagi, " aku tahu aku perlu bersabar, kerna itu adalah apa yang diajarkan Allah dan Rasulnya".

"Mengapa ya Allah dan Rasulnya menyuruh kamu bersabar?" tanya aqal.

" Kerana itu arahanNya. Jangan ditanya lagi. Taat sahajalah" jawab hati.

" Tidak. aku tahu diri kamu. Ketaatanmu akan pudar sekiranya kamu tidak benar-benar mengerti mengapa kamu masti bersabar" Tegas aqal.

" Kamu wahai aqal, aku tidak berani mempersoalkannya. aku akan cuba sedaya upaya mentaatinya. Mengapa Allah meminta hambanya bersabar itu aku serahkan kepadaNya. Yang aku tahu, segala yang disuruhNya adalah untuk kebaikan hambanya ini" hati berhujah pendek, merendah diri.

" Haah..betul kata aqal, sejauh mana kamu mampu bersabar. Bukankah manusia itu lemah. Kesabarannya akan tumpul juga. Lupakan sahaja kesabaran itu untuk kali ini. Bermujahadahlah untuk dugaan selepas ini. Kamu perlu kumpul kekuatan dahulu!" tiba-tiba nafsu menyampuk.

" Alasan. diam kamu nafsu!" sergah aqal.

" Entahlah... benar juga kata nafsu'' hati merungut lagi.

" Wahai hati, jangan bersikap lemah begitu. Biar kita rungkaikan persoalan demi memahami hikmahNya yang besar ini. supaya kita sama-sama sedar, ketakutan dan ketaatan kamu itu adalah kerana Allah cintakan kita" jelas aqal memujuk hati.

" Iyakah? Bagaimana itu?" hati gembira mencerah diri.

" Sekarang, cuba kamu beritahu aku, agak-agaknya mengapa manusia disuruh bersabar untuk dapat pahala. Mengapa bersenang-senang atau menyerah sahaja itu tidak dapat pahala?''

" hm..pahala itu ganjaran bukan.Sesuatu yang bernilai. sungguh aku tidak tahu jawapannya, tapi aku dapat menyimpulkan bahawa sabar itu adalah ukuran nilaian. Nilai sesuatu perkara itu bergantung kepada sabar" jawab hati hampir keliru.

" Iyakan? Ibrah seorang hamba yang memerlukan sebantang pen. Tiba-tiba ada pula seorang sahabat memberikan sebatang pen kepadanya. Lantas, dia boleh menerimanya, dan menulis dengan mudah. Cuba bayangkan jika si hamba itu tidak ada yang memberi pen kepadanya. Lantas dia akan berusaha untuk ke kedai dan membelinya. Cuba bayangkan pula sekiranya kedai itu tutup atau pen itu kehabisan, pasti si hamba itu akan mencarinya juga di kedai-kedai yang lain. Dan akhirnya dia jumpa pen yang dimaksudkan dan menggunakan untuk menulis. Ui...susahnya....tapi...sepanjang pencariannya, ada kesabaran yang terselit di hatinya bukan? Cuba bayangkan perasaan si hamba itu apabila menemui pen setelah bersabar untuk terus berusaha mencarinya... Pasti dia keharuan, puas hati. Dan yang paling penting, dia akan bersyukur kerana akhirnya dia berjumpa juga dengan pencariannya. Bersyukur kerana Allah memrikan nikmat untuknya memperolehi sebatang pen. Di situ, dia akan meletakkan nilai
sebatang pen itu sebagai nikmat Allah yang jauh lebih tinggi dari nikmat-nikmat harta benda lain yang diperolehnya tanpa bersabar tadi atau dengan percuma sahaja. dan si hamba itu sudah tentu akan menggunakannya bukan untuk perkara sia-sia dan menjaganya dengan baik sebagai tanda syukurnya..." aqal menamatkan hujahnya, mengharapkan hati faham perkaitan sabar dan syukur yang dimaksudkannya.

" hm.... alhamdulillah. satu lagi hikmah yang mencerahkan diriku.. benarlah, aku perlu bersabar kerana aku perlu bersyukur atas segala nikmatnya. Fitrahku, bila diriku menjauh dari iman, aku tidak menyedari bahawa syukur itu adalah haqq segala nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada si hamba ini. Tidak ada yang lebih penting seandainya seorang hamba pandai 'menghargai' tuhannya.' Menghargai ' Allah itulah yang dinamakan mengagungkannya, mengawlakannya dalam setiap perilaku dan keputusan kerana Allahlah yang paling penting dalam hidup seorang hamba.. " hati insaf, sayu,.. dan anak mata yang terkesan dengan rasa itu menerima isyaratnya lantas air mata terembes keluar dan mengalir melalui kelopak mata...

" Ya...Al-Khaliq jugalah yang mengilhamkan segala hujah antuma pada kali ini.. Inilah tanda cinta.. Itulah kesimpuannya.. sabar itu perlu untuk mensyukuri, syukur itu perlu untuk tetap mentauhidkanNya.. Bukankan Allah telah berfirman bahawa syukur itu lebih 'pantas' dari sabar .. dan itu semua adalah asas ibadah untuk mentauhidkanNya... sabar penting sebagai pemula usaha, sabar penting untuk mengistiqamahkan syukur, sabar penting untuk mengahdirkan ruh setiap ibadah... " Iman datang memberikan hujahnya yang menyinari hati dan aqal.

Akal kembali menyendiri dengan sebak. Ia hanya mahu mengingati Al Khaliq.
Hati pula merasakan suatu ketenangan yang tidak ada hujahnya lagi..

2 comments:

  1. Salaam, saya ingin melantik anda menjadi ejen bagi produk saya berkaitan aktiviti & permainan islami..

    Komisyen ejen 30%-40%.

    Sampel produk boleh dimuat turun secara percuma di

    http://www.4shared.com/file/126105026/c5bc6234/25_Sample_-_Aktiviti_dan_Permainan_Kreatif_Islami.html

    Jika berminat, hubungi saya
    Bro Yusry 014-231 1856 / 019-632 0905 / yusryyusopp@gmail.com
    Lawati creativesifu.blogspot.com

    Bro Yusry @ CReaTiVe SiFu
    'Merintis Revolusi Pembelajaran Islam Luar Dari Biasa!'

    ReplyDelete
  2. wasalam.
    saya sudah reply pelawaan yang anda hantar melalui facebook.

    ReplyDelete

Selamat Datang... Kita Mendidik Kerana Allah

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani…

Assalamualaikum wa rahmatullahhi wa barakatuhu.

Salam setulus hati buat para sahabat-sahabatku, para muaddib yang bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. Kita semua adalah muaddib, pembentuk adab. Mengapa ana menekankan konotasi ‘AL-Muaddib di sini berbanding Al-Muallim, atau Al Mursyid? Kerana Al Muaddib ialah insan yang membentuk akhlak, satu konotasi yang membawa maksud terus kepada matlamat akhir (hadaf al a'liyy) bagi tugas seorang pendidik .












Inilah tugas seorang Da’e. Mendidik insan, memanusiakan. (berusaha membentuk manusia yang kembali kepada fitrahnya- tunduk dan patuh kepada RabbNya)
Sahabatku, setiap individu telah tercatat padanya tugas dan amanah masing-masing yang perlu dikemudikan dengan penuh kesabaran saban hari.





Apa tugas seorang manusia?

1) Sebagai hamba
2) Sebagai Khalifah
3) Sebagai Da’e





Sebagai hamba,hak-hak seorang hamba perlu dilakukan. Sebagai Khalifah, kewajipan kita ialah menunaikan amanah sebagai ‘seorang yang mengurus (mengikut kemampuan seorang hamba) dan sebagai da’e, kita mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mengajak manusia tunduk dan patuh pada Allah dengan penuh ketaqwaan.






Dan wahai AL Muaddib, tugas yang tertulis untuk kita adalah berjuang membentuk manusia yang berfungsi sebagai hamba, khalifah dan da’e yang baik. Itulah tugas kita dari satu sudut sebagai mata rantai perjuangan.






Menimba Ilmu, menjaga akhlak, menyalurkan ilmu, membentuk dan mendidik akhlak diri dan mad’u (anak-anak, khususnya kepada Muaddib yang akan berjuang di bidang pendidikan) bukanlah suatu usaha yang mudah.






Kesabaran, Istiqamah, kemahuan dan Azam, serta kesedaran tanggungjawab menjalankan amanah ini perlu dipastikan sentiasa segar buat jiwa, sesegar cinta kita pada perjuangan, jihad.. Ya, dalam konteks yang sama, jihad kita ialah untuk memanusiakan manusia.,Memastikan anak-anak ini mendapat tarbiyyah di peringkat awal supaya laluan mereka untuk menjadi jundiy yang berdiri teguh di saff tenteraNya menjadi mudah, ..InsyaAllah, Walau apapun, hanya Allah yang layak memudahkan segala urusan hambanya, milik Allahlah bagi setiap jiwa, ruh, jasad, niat dan usaha kita.







Wahai sahabat-sahabatku, diri yang penuh dhaif ini menyeru kita bersatu tega mempertahankan manhaj pendidikan yang benar, kaedah pendidikan asli yang diajarkan Rasullullah, menapis segala bentuk doktrin pendidikan orientalis, yahudi atau nasrani yang telah lama cuba mengucar-kacirkan sistem hidup dan pemikiran kita.




Sama-samalah kita berusaha menjernihkan anak-anak yang akan kita didik ini dengan kefahaman Islam yang sejati.






InsyaAllah… ikhlaskan niat tugas mendidik ini untuk Allah semata, pasakkan keyakinan bahawa kemenangan itu telah disediakan, yakin dengan janji-janjinya , suburkan kesabaran dalam menghadapi mehnah…




“Dari Sahabat Annas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Orang yang berjuang di jalan Allah, dia menjadi tanggunganku, jika aku memegangnya (mengambil nyawanya) aku wariskan syurga kepadanya. Dan jika aku mengembalikannya ( tidak mati dalam perjuangan), aku kembalikan dia dengan pahala atau ‘harta rampasan’(hasil)… “


( Hadith Sahih)